Followers

Monday, August 31, 2009

August

Bulan Ogos akan meninggalkan kita. Bagi orang Malasyia, 31 Ogos merupakan tarikh keramat kerana ianya hari Malaysia dimerdekakan dari penjajah British.

Ogos merupakan bulan ke lapan dalam kalender yang telah di reform oleh Julius Caesar dan dipakai hingga ke hari ini. Sebagai diktator Rom, Julius Caesar telah menambah dua bulan dalam setahun dan mengurangkan bulan Februari kepada 28 hari, dan tahun lompat selama empat tahun ada hari ke 29.

Julius Caesar juga menambah hari ke 31 pada bulan kelahirannya, Julai. Apabila cucu saudaranya, Octavius Caesar menjadi maharaja Rom, beliau pula menambah hari ke 31 dalam bulan kelahirannya iaitu bulan Ogos untuk menyamai kemasyuran datuk saudaranya.

Ketika Octavius Caesar berumur 35 tahun dan senate menjadikannya Maharaja Rom, baginda dikenali dengan nama Augustus Caesar. Augustus atau 'August' bermakna 'the venerable' atau 'the majestic'.

Baginda juga menamakan bulan kelahirannya sebagai 'August' yang bererti 'the venerable' dan 'the majesctic'. Maka muncul bulan August dalam kalendar yang direform oleh Julius Caesar dan digunakan hingga ke hari ini.

3 comments:

Mat Kelubi said...

memang betul tu bulan august ni mencipta pelbagai peristiwa. kita sambut ramadan kita sambut merdeka n terjadi satu peristiwa sorang mamat ni membawa diri merentasi benua. semua nya menjadi sejarah . slmt la sempena bulan august ni slmt harijd ke slmt pengantin br ke slmt dpt ank br ke ikut la ye.

AKK-KAY said...

my caesar, happy days ahead xx

rizal said...
This comment has been removed by a blog administrator.