Followers

Tuesday, August 11, 2009

Menyusu Kera Di Hutan

Dalam satu perjumpaan Wacana 1Malaysia, dianjur oleh GEMPITA, seorang pensyarah dari sebuah universiti tempatan bertanyakan Tun Dr. Mahathir tentang apa pandangan kaum bukan Melayu terhadap dasar affirmative action yang diambil oleh kerajaan.

Perkataan yang beliau gunakan adalah, "put Tun in their shoe" yang maknanya minta Tun Dr. Mahathir membayangkan jika Tun menjadi kaum bukan Melayu, apa perasaaan Tun terhadap dasar 'diskriminasi' yang dilaksanakan oleh kerajaan yang seolah-olah menafikan hak kaum bukan Melayu.

Pensyarah berkenaan seorang Melayu. Dalam blog saudara Keyrodin, seseorang - juga Melayu - telah menyifatkan kata-kata yang saya petik dari Al-Marhum Tunku Abd. Rahman di dalam blog saya ini 'tidak relevan dengan zaman dan sesuai untuk tahun 1956.

Saya cukup hairan bagaimana bangsa kita berfikir. Dalam keadaan Melayu masih ramai yang ketinggalan, daif dan tidak menguasai ekonomi dibumi warisan nenek moyang mereka, masih ramai Melayu yang bersimpati dengan kaum lain sedangkan kaum mereka sendiri masih ramai yang perlu dibela.

Saya tidak hairan jika pemerintah melakukan sedikit 'concenssion' demi untuk mengekalkan kuasa dan menjadi popular kerana itu 'survival' parti-parti tertentu, tetapi jika rakyat biasa Melayu menjadi sympathizer kepada perjuangan kaum lain, memang ada yang tidak kena dengan jati diri bangsa kita.

Kaum Cina menguasai ekonomi, mempunyai monopoli dalam perjudian, penjualan arak dan hiburan dan ini bukan calang-calang industri. Jika kerajaan melindungi beberapa peluang perniagaan kepada bangsa Melayu, saya hairan jika orang Melayu sendiri minta kita memikirkan perasaan kaum lain.

Bahkan sifat yang terlalu apologetic bangsa Melayu amat menghibakan. Tolenrasi yang tidak berkesudahan, menyusu kera di hutan anak dirumah mati kelaparan, dagang lalu ditanak diambil kesempatan oleh kaum lain yang dapat menghidu kelemahan bangsa Melayu. Dan bukan satu kebetulan jika mereka berani meminta hak kita untuk sama rata atas nama liberalisasi, malah sudah berani mempersoalkan hak-hak istimewa penduduk asal Tanah Melayu.

Mereka tahu, sebahagian besar bangsa Melayu sendiri sangat bersimpati dengan mereka. Cuba bayangkan jika kita yang berhijrah ke negera China atau India, dapatkah kita simpati mereka? Mereka tidak ada masa untuk bersimpati sesama bangsa mereka lagi, apatah lagi bersimpati dengan nasib kaum pendatang.

Sedarlah kita sebelum terlewat.

3 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

Cuba tanya balik kepada yang berkenaan, macam mana kalau dia berada di Negara Cina ?

Dapatkah berdemonstarsi macam kat Malaysia ?

Lihat sahaja umat Islam yang dibunuh kerana mengaadakan demonstrasi jalanan.....

Wak Labu Farm said...

Anak2 muda hari ini terlalu giarah berpolitik. Malang nya mereka sangat kurang atau terlalu cetek tentang 'kuasa politik'.

Kuasa politik Tanah Melayu harus di terajui oleh Melayu/Islam. Ertinya ketua pentadbiran Melayu/Islam dan EXCO nya mestilah lebih 51% Melayu/Islam. Jika perkara ini TIDAK berlaku ini bermakna 'kuasa politik Melayu/Islam' tidak ujud.

Perkara ini sudah berlaku di negeri Perak. Walaupun PAS cuma ada 6 kerusi DUN, wakil PAS menjadi Menteri Besar Perak. Tetapi jika di lihat pada barisan EXCO nya, PAS cuma ada seorang ahli sahaja. Sedangkan DAP/PKR ada 9 ahli EXCO nya.

Jika di pecahkan kepada kaum, Melayu/Islam cuma ada 3 ahli EXCO berbanding DAP/PKR 7(bukan melayu/Islam). Inilah yang di namakan Melayu/Islam sudah kehilangan 'kuasa politik' nya.

Mat Kelubi said...

orang melayu ni mudah sangat rendah diri klu orang pompuan mesti dia kata sy tak cantik....
skrg ni orang melayu kena kuat la baru bangsa pendatang tajaan british ni tak naik tocang. tampal kat semua papn kenyataan 7 wasiat raja2 melayu, perlembagaan negara
bagi orang melayu lebih2 lagi golongan muda ni paham n tau