Followers

Tuesday, January 10, 2012

Suka Sama Suka.

Alhamdulillah kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim dengan bekas pembancuh kopinya, Saiful Bahari sudah mendapat keputusan. Hakim membebaskan Anwar tanpa syarat, dalam keputusan yang dibaca kurang dari 10 minit. Hakim yang dituduh Anwar dalam kandang salah ala-ala Mandela sebagai dicucuk hidung, perkakas BN dan sebagainya.

Seperti Barcelona, Anwar suka berlakon dan membawa masalah peribadinya sebagai masalah 'rakyat'. Beliau dizalimi, beliau tidak diberi perbicaraan yang adil, beliau difitnah, sistem kehakiman Malaysia corrupted, tidak bebas dan sebagainya. Saya tidak nampak dimana masalah rakyat, sedang selama 16 tahun dalam UMNO, Anwar sudah mengecapi berbagai kemewahan.

Kes liwat ini adalah masalah antara si tertuduh(Anwar) dengan si pengadu(Saiful) tetapi telah di spin hingga semua orang terlibat - Dr. Mahathir, DS Najib, Rosmah Mansur, PDRM, kerajaan BN dan semuanya. Untuk menyelesaikan kes ini hanya perlukan sebuah mahkamah, defendan melantik seorang peguam dan seorang pendakwa raya. Itu saja.

Namun Anwar menyeret semua orang hingga ke rakyat, drebar teksi, student-student yang gullible, orang kampung, menteri, PM malah isteri PM. Kes ini bermula di era Tun Abdullah lagi sebenarnya, bukan dalam era Najib. 

Anwar menangguhkan kes ini sebanyak 69 kali, dan jika dia memberi kerjasama sejak dari awal, tidak takut pada bayang-bayangnya kes ini tidak sampai 3 tahun pun. Sudah lama dia dibebaskan dan semua rakyat Malaysia boleh move on dari masalah peribadi Anwar. Tak semena-mena, Hasan Ali kena pecat.

Menarik, dalam dua gambar Wan Azizah setelah Anwar dibebaskan tidak menampakkan riak beliau gembira suaminya terlepas dari hukuman. Tengok bawah ini:


Gambar bernilai dari beribu perkataan.


dan bawah ini:

Samsidar kelihatan lagi gembira dari Wan Azizah.


Mari kita imbas fakta kes: dakwaan ini dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan, iaitu kejadian liwat berlaku dengan paksaan. Ini merupakan kes jenayah, onus of proof memang terletak pada bahu pendakwaraya. Onus of proof bermakna beban membuktikan kejadian berlaku tanpa keraguan munasabah itu terletak pada pendakwaraya.

Dalam erti kata lain, pendakwaraya memerlukan bukti yang sangat kukuh, kukuh sekukuhnya untuk membukti pihak yang didakwa bersalah. Dalam hal ini, unsur paksaan itu sepatutnya 'beyond a reasonable doubt'.

Sample air mani  Anwar dalam lubang dubur Saiful tidak membuktikan paksaan. Selain dari kenyataan Saiful sendiri, hakim tidak mempunyai bukti lain. Ini menimbulkan keraguan munasabah bahawa adanya unsur paksaan dalam kejadian berkenaan.

Tambahan lagi, Karpal Singh sebagai peguam Anwar telah menyatakan apabila Saiful datang secara sukarela, membawa KY Jelly membuktikan tidak ada paksaan dalam perlakuan tersebut. Saiful tidak berusaha untuk lari, minta tolong dan menyelamatkan dirinya, malah boleh minum kopi bersama Anwar setelah kejadian yang didakwa berlaku. Dalam kata lain, ianya  suka sama suka

Anwar bebas dari tuduhan seksyen 377B, beliau bebas dari tuduhan meliwat Saiful secara paksa. Adakah beliau bebas dari meliwat secara suka sama suka? Mahkamah rakyat akan menghukum.

Keputusan luar jangka ini sebenarnya memberi banyak kesan kepada politik. Antaranya, Anwar sudah silap selama bertahun-tahun spin mahkamah milik BN, hakim dicucuk hidung dan sistem kehakiman tidak telus tetapi keputusan hari ini membukti segalanya hanyalah spin sahaja. Paranoia, takut pada bayang-bayang sendiri. Semuanya hanya pembohongan Anwar secara besar-besaran.

Anwar mensasarkan kedatangan penyokong seramai 100 ribu orang pada hari semalam, namun yang hadir hanya seramai lebih kurang 4500. Ini berbeza dengan kes liwat 1998, kita boleh lihat begitu ramai yang turun secara sukarela tanpa menggunakan jentera parti seperti AMK lakukan semalam. Di sini sudah membayangi samada Anwar bersalah atau tidak, sokongan terhadapnya sudah merosot. Jauh merosot.

Kemudian, Pakatan sudah bersedia dengan calon, dan strategi masing-masing tanpa Anwar sekarang kena menilai semula strategi mereka. DAP contoh, mengrekruit calon-calon Melayu kerana percaya tanpa Anwar, calon-calon Melayu PKR tidak akan mampu menggugat calon UMNO. Sekarang strategi ini boleh membuat DAP berebut kerusi Melayu dengan PKR.

Kesan paling ketara, Wan Azizah masih tidak ceria walaupun suaminya dibebaskan. Tidak meliwat secara paksa, kata mahkamah. Suka sama suka bukan satu jenayah, setidak-tidaknya dibawah seksyen 377B Kanun Keseksaan.

Segalanya sudah terbongkar, kepada sesiapa yang berfikir.

8 comments:

njah50 said...

Walaupun bebas dari tuduhan lewat. Tapi umum telah mengetahui bahawa perlakuan yang ditegah oleh Islam dan yang mengakibatkan kaum Lut dibinasakan oleh Allah SWT telah pun dilakukannya. Hanya Allah yang mengetahui dan Maha pengampun

Anonymous said...

analisis tepat bagi sesiapa yg berfikir...demi kebenaran !

Anonymous said...

Bukan kita cakap tapi kapalSink yg cakap...suko sama suko...sebab tuu suko nyer diooo...jijah tunduk malu muka anwar merah padam dlm mahkamah hari tuu...semua yg hadir nampak...makcik pakcik adik kakok ..pikaaq laa sendiri naaaaa !!

Anonymous said...

Anon 11:40 AM,

Maaflah cakap ,dia orang tidak ada
rasa malu,sebab tak ada meruah keluarga.Perhatikan kapada gelagat
dia orang.....sedikitpun tidak rasa
malu dan bersalah....termasuk neki
ajiz aka wali seliper ,suruh orang
minta maaf pada Anugey,,,dah jauh sangat drp agama dan resam MELAYU.

grup ini telah ubah carahudup dan tak ada muka..
Ada buntut.
Malu buntut.
Bagi buntut.
Jaga air buntut.
Angkat buntut...semunya terbalik,
dan kerja dia orang membuntut.

Tun Doll, Kitol ketawa puas..

Anonymous said...

Tuan tuliskan ... Anwar bebas dari tuduhan seksyen 377B, beliau bebas dari tuduhan meliwat Saiful secara paksa.

Nak tahu ... ade seksyen lain tentang liwat ni ... ie liwat adalah satu kesalahan dalam undang-undang Malaysia ?

Jika ade ... adakah pendakwaraya ... sengaja nak kasi DSAI lepas kerana tahu susah nak buktikan 'secara paksa'.

Silap guna seksyan dalam kanun kesiksaan ... kut ?

sri tribuana said...

memang ada, dalam seksyen sama fasa berlainan, dan mengapa AG tidak prosecute bawah itu, wallahualam

sri tribuana said...

sorry bukan fasa, clause

pukimaq said...

Aku suka.. Jijah tu mesti fobia takut kena sembelit. Kalau dah biasa, takkan kena sembelit.