Melalui posting yang pertama, pembaca perlu faham bahawa konsep 'Melayu' sebenarnya bukan bermaksud bangsa, kerana bangsa bagi orang-orang 'Melayu' adalah pangsa atau kedudukan dalam masyarakat. Contohnya 'bangsa raja', atau 'bangsa hamba' atau 'bangsa pedagang' dan sebagainya.
Oleh itu, ke'Melayuan' seseorang itu ketika zaman beraja ditentukan oleh ke'raja'an atau ke'datu'an, lebih bersifat territorial dari ikatan nasab dan keturunan. Seperti halnya orang Karo dan Batak di Sumatera, mereka menjadi Melayu ketika diperintah oleh kesultanan Deli dan semasa kerajaan Sriwijaya, kemudian mereka kembali kepada kesukuan mereka iaitu suka Karo dan Batak.
Hal yang sama berlaku di Borneo kepada orang Dayak. Mereka pernah menjadi 'Melayu' semasa daerah mereka dibawah kuasa kesultanan Brunei dan Sulu, apabila sudah bebas dari kedua-dua kesultanan itu, mereka memilih untuk menjadi 'Dayak'.
Jadi konsep ke'Melayu'an itu merupakan seperti tamadun, atau peradaban yang sentiasa berkembang dan sentiasa boleh di definasikan semula mengikut keadaan. Dalam kata lain, Melayu sebenarnya dinamik dan cosmopolitan - hingga keturunan seperti Arab dan India boleh diterima sebagai Melayu.
Untuk memahami lagi konsep 'Melayu' itu, ada dua perkara yang perlu difahami. Pertama, konsep 'Melayu' tidak dapat dipisahkan dari 'kesultanan' atau ke'raja'an. Kerajaan di sini bukan bererti 'government' tetapi 'kingdom'.
Oleh kerana orang Melayu tidak boleh wujud tanpa raja, maka pada zaman polity iaitu zaman muncul ke'raja'an kecil-kecil seperti Deli, Siak, Pasai, Kedah, Langkasuka, Melaka dan Riau, orang-orang Melayu akan menjadi Melayu dengan hanya adanya kerajaan atau hidup bawah naungan sesuatu kerajaan.
Begitu juga denga raja, baginda tidak boleh hidup tanpa rakyat. Namun rakyat sesebuah kerajaan tidak wajib untuk bersetia dengan sesuatu kerajaan. Mereka boleh berpindah dan menukar raja mereka iaitu dengan merantau dan menjadi rakyat di bawah sesebuah kerajaan yang lain.
Dengan kata lain, mereka akan mencari kemakmuran dengan sesebuah kerajaan besar, contohnya Melaka apabilla Melaka menjadi pusat perdagangan antarabangsa ketika zaman kegemilangannya. Oleh kerana seseorang rakyat boleh 'keluar dan masuk' ke mana-mana kerajaan mereka suka berlandaskan ke'Melayu'an pemerintahnya, ini menanam sikap yang tidak akrab dengan tanah air atau tanah.
Bagi orang Melayu, tanah hanya digunakan, bukan dimiliki. Ini kerana mereka sentiasa bergerak dari sesuatu ke'raja'an Melayu kepada satu lagi ke'raja'an Melayu yang lain. Apabila Sultan Mahmud tewas kepada Portugis, ramai orang Melayu mengikut baginda ke Johor-Riau kerana orang Melayu tidak setia kepada bumi Melaka tanpa rajanya.
Oleh kerana Melayu tidak taksub kepada tanah, dan merasakan mereka boleh membuka di mana saja tanah baru asalkan adanya ke'raja'an Melayu, ini memberi sikap yang contrast dengan kaum Cina yang datang kemudiannya. Bagi kaum Cina, tanah dan harta adalah segalanya. Mereka faham konsep 'hakmilik' dan 'jualbeli' harta.
Tidak seperti orang Melayu yang akan tinggalkan harta dan tanah apabila merantau, kaum Cina akan pastikan apa saja yang dimiliki akan boleh di tunaikan. Mungkin ini juga punca Melayu kurang membuat wasiat, atau mengagihkan harta kepada keturunan mereka sebelum mereka mati. Berapa banyak tanah orang Melayu kembali kepada kerajaan kerana tidak difaraidkan.
Dalam posting akan datang, saya akan huraikan perbezaan contrast tentang konsep kekayaan bagi orang Melayu dan kaum Cina.
Bersambung.
1 comment:
Aku tak peduli dengan bangsa Melayu.Aku ambik berat nasib homo cun yang seangkatan denganku saja...
Post a Comment