Followers

Tuesday, January 3, 2012

Sakmongkol: Brutus Baru Melayu.

Berita dua orang blogger dari UMNO, Aspan Alias dan Sakmongkol aka Dato Ariff Sabri menyertai DAP sedang hangat diperkatakan. Pihak PR spin kononnya kedua mereka blogger UMNO. Sejak dari awal saya tidak setuju mereka blogger UMNO. Mereka menulis tidak mencerminkan langsung perjuangan UMNO. Mereka hanya mungkin masih ahli UMNO.

Bagi saya isu ini simple. Sesiapa boleh saja menyertai mana-mana parti politik yang disenanginya. Kita ambil contoh Zahid Ibrahim. Dari UMNO ke PKR dan akhirnya menubuh parti sendiri: KITA. Ini keindahan demokrasi. Sesiapa boleh tidak bersetuju dengan apa saja.

Saya tidak persoalkan pendirian mereka untuk menyertai DAP dan mungkin bertanding atas tiket DAP. Tidak ada masalah. Sebenarnya lebih baik beliau menjadi lebih gentleman dengan menyertai sesebuah parti, dari masih menjadi ahli UMNO dan mengkritik UMNO dengan alasan kononnya dia sayangkan UMNO. Sekarang sudah jelas, dia bukan lagi Brutus yang kononnya menyayangi UMNO lebih dari Datuk Seri Najib. Dia sudah bakar jambatan. Dan menjadi anak jantan.

Dalam posting Malays Should Not fear DAP, Sakmongkol telah memberi kewajaran mengapa menyertai DAP bukan bererti beliau anti-Melayu. Menurutnya, DAP sebuah parti yang menuntut ketelusan setelus Nga Kor Ming yang mendapat projek melalui isterinya. DAP merupakan parti yang sangat demokratik jika dibanding dengan UMNO, terlalu demokratik hingga sejak tertubuh DAP hingga kini, seorang tokoh masih bertanding di kawasan parlimen walaupun sudah berusia 70an.

DAP parti yang tidak mengamalkan kroni hingga apabila si bapa mengosongkan jawatan Setiausaha Agung, beliau akan pastikan HANYA anaknya saja yang akan menyandang jawatan Setiausaha Agung - satu jawatan yang lebih berkuasa dari presiden dalam DAP dan parti komunis lain.

Berbagai-bagaiu lagi hujah yang diberi oleh beliau termasuk DAP tidak berniat untuk menghancurkan dominan Melayu kerana sedar mereka hanya boleh menang 50-55 kerusi paling tinggi. Saya tidak tau samada beliau ikhlas dalam analisa terakhir beliau, atau beliau sangat naive. Inggeris juga minoriti apabila datang ke India dan Tanah Melayu, tetapi mesti mengrekrut talibarut untuk mengawal politik native.

Dan mungkin itu antara sebab mengapa DAP sangat ingin spesies seperti Sakmongkol dan Aspan Alias. Yang paling melucukan dalam posting terbaru; hutang UMNO pada budi orang Melayu Sakmongkol menegaskan bahawa dia dan Aspan Alias tidak bertindak berlandaskan dendam atau rasa tidak puas hati. Semuanya kerana prinsip.

Saya ingat pesan Tun Dr. Mahathir pada Anwar: "Jangan jadi Brutus dalam UMNO". Sekarang Sakmongkol mungkin akan mendakwa bukan kerana dia tidak sayang UMNO/Melayu, tapi dia lebih sayangkan Malaysia. Justeru itu beliau menyertai DAP.

Dulu Anwar dikenali dengan nama 'menteri nawaitu'. Masalahnya keikhlasan hanya diketahui oleh Allah, jadi tidak perlu defensif. Masuk saja DAP, tak perlu alasan. Ini negara demokrasi.


Period.


4 comments:

bat8 said...

Bro,

1. Gua tabik dengan pendirian demokratik bro. Memilih wadah perjuangan politik adalah hak individu yang kita perlu hormati sebagaimana kita meminta pendirian dan wadah kita pilih dihormati. Asalkan wadah kita pilih itu merupakan sebuah organasasi yang sah, bukan organasasi yang haram disisi undang-undang negara.

2. Kita juga harus bersikap terbuka dalam politik dan memerima kepelbagaian yang wujud dinegara kita setelah 50 tahun merdeka. berbeza wadah politik bukan bermakna bukan seperti murtad Islam. Kita terima perbezaan ini atas dasar politik yang sihat sebagai tanda satu kemajuan dikalangan kita berbangsa melayu setelah 50 tahun merdeka.

3. Atas asas ini, kita yang berlainan wadah politik seharusnya bersaing secara sihat untuk memberi alternatif terbaik kepada rakyat demi bangsa dan negara. Wadah-wadah politik yang ada macamlah peniaga yang nak tarik pembeli-pembeli membeli barangan kita.

Wadah politik adalah jenis service atau perkhidmaatan. Bukan sekali-kali sebagai platform untuk memiliki puncak kuasa semata-mata untuk membalun harta negara.

Ke guaner pandangan bro

bat8

sri tribuana said...

Salam saudara bat8,

pertama saya percaya apa yg marcus aerelius cakap: opinion is everything. kedua apa yg voltaire ckp: i may not agree with u but i will defend ur right to express ur opinion.

ini negara bebas.

Megat Alam Gempita said...

dua manusia Melayu yang masuk DAP ni akan jadi kuda trojan dan double agent jer untuk hancurkan DAP dari dalam. Segala maklumat DAP akan mudah diketahui.

Anonymous said...

to bro megat,
kalau macam tu baguslah, cuma..takut2 dua orang tu yang diperkudakan oleh DAP..

to bro sri tri buana,
agreed...tak perlulah defensif. nak masuk DAP...masuk sajalah. bak kata orang `datang tak dijemput, pergi tak dihalau'.

tapi premature lah kalau nak kata DAP to demokratik sangat. masuk lah dulu dan bergiat. dah lama nanti barulah boleh kata macam tu.

aneh ya. sungguh demokratik DAP ni hingga ada satu nama saja yang sinonim dengan parti itu hingga kini.

sedangkan UMNO sangat tidak demokratik sampaikan Tun Dr Mahathir hari ini hanyalah seorang ahli parti yang biasa di Kedah...

ish..ish..ish..demokratik sungguh DAP dan tak demokratik sungguh UMNO....

to Aspan dan Sakmongkol, good luck..