Saya seorang nasionalis, dan patriot. Patriot saya kepada bangsa Melayu sangat tinggi. Saya tidak rasa ini satu assabiyah dan tidak bercanggah dengan Islam. Islam merupakan deen, a way of life dan saya tidak ada masalah menjadi Melayu dan menjalani way of life yang Allah redha melalui panduan yang diturunkan dalam Quran. Menjadi nasionalis bukan satu isu pun sebenarnya.
Menjadi nasionalis bukan bererti saya merasakan bangsa saya yang terbaik, atau seperti konsep Israel sebagai a choosen race. Saya cuma ingin lihat bangsa saya maju dan berjaya. Bahkan sesama muslimin saya ingin lihat Melayu gagah dan perkasa lantas boleh menjadi teras kepada Islam.
Malangnya, ramai orang Melayu dan terutama remaja terkeliru tentang ini. Mereka mengatakan konsep bangsa tidak boleh mengatasi Islam. Seperti saya katakan diatas, ini bukan isu pun, terutama di Malaysia. Malaysia meletakkan dalam perlembagaan bahawa Melayu itu adalah beragama Islam. Jika Melayu kuat di Malaysia, maka Islam juga turut kuat.
Sekarang saya sedang membaca buku 'The Malays' oleh Anthony Milner. Milner merupakan seorang professor dari Australia dalam pengajian Sejarah Asia. Kemudian saya faham mengapa sejak dari awal Melayu sering keliru dengan identiti bangsanya. Namun demikian, saya tidak sepenuhnya setuju apa yang diperkatakan oleh Milner tetapi ada hujah-hujah yang menarik yang mengujakan untuk dibincang.
Pertama, Melayu satu istilah yang longgar digunakan, dan tidak disedari oleh golongan yang dinamakan Melayu itu sendiri hingga kuasa Barat datang. Kedua, konsep Melayu ini berkait rapat dengan sistem feudal yang mana berpaksikan raja atau sultan dan konsep ke'raja'an. Ketiga, Melayu tidak didefinasikan berdasarkan keturunan atau nasab, lebih kepada golongan yang bertutur bahasa yang sama, mengamal budaya sama dan dalam ke'raja'an tertentu. Dan yang terbaru, menjadi Islam untuk diterima sebagai Melayu di Malaysia menambahkan lagi kompleksiti konsep yang sudah sememangnya ruwet.
Hanya Melayu Malaysia dan Brunei yang boleh menjadi model kuasa yang mereka miliki sendiri, menurut Milner. Melayu Singapura, Melayu Sri Lanka dan Cape Town sebagai contoh, menjadi etnik minoriti dan tidak dapat mencorakkan masa depan politik mereka sendiri.
Sementara di Indonesia, mendefinisikan Melayu dari negara itu sangat complicated. Pertama, sejak merdeka Sukarno lebih menekankan bangsa Indonesia, lalu Melayu menjadi minoriti. Melayu di Indonesia menetap di Sumatera namun beberapa etnik seperti Batak, Karo bahkan Minangkabau enggan mengaku kemelayuan mereka. Mereka pernah menjadi 'melayu' dibawah kerajaan Melayu seperti Sriwijaya dan Deli, tetapi setelah kedua kerajaan itu pupus, mereka tidak menganggap mereka sebagai Melayu lagi.
Ini contoh klasik bagaimana ke'raja'an Melayu mendefinasikan subjek mereka sebagai Melayu tanpa mengikut keturunan mereka. Apa lagi dalam kes Karo dan Batak majoriti mereka adalah Kristian.
Di sini Melayu berbeza dengan kaum Cina. Cina sangat menitikberatkan nasab dan keturunan mereka dengan dibantu oleh nama marga atau surname. Kita boleh lihat dari segi budaya, walau mereka beragama sama ada Islam, Kristian dan Budha, kaum Cina tetap menyambut Tahun baru kalendar Cina.
Sebelum kedatangan Barat, konsep 'bangsa' bagi Melayu bukan merujuk kepada race, tetapi kepada tingkat susila dalam ke'raja'an. Bangsa bagi Melayu adalah 'bangsa wan' atau aristokrat, 'bangsa raja', 'bangsa hamba' dan sebagainya. Ini punca Melayu lemah dalam memahami bangsanya sendiri.
Dalam posting akan datang, saya akan huraikan mobiliti 'Melayu' yang sering mendefinasikan ke'raja'an bukan berdasarkan 'tanah air' tetapi 'kingdom' yang diperintah oleh seseorang raja Melayu. Ini juga punca mengapa Melayu sering mengabaikan harta dan tanah kerana tidak seperti kaum Cina, bagi Melayu tanah hanya untuk diguna bukan di miliki,
Bersambung.
3 comments:
untuk faham apa yang di perkata dengan lebih dalam, baca lah buku sejarah tingkatan 4. Sekarang zaman moden , politik demokrasi menguasai nya. Ingat Di Negara ini saja yang mempertahan kan sistem raja berpelembagaan, sistem ini yang mencermin kan bangsa melayu. INi lah cabaran orang melayu. Di india dan china tiada raja kerana mereka homogenous dan kita multi bangsa.
dan lagi satu sy nk tambah..
Kalau tiada raja di negara ini.. org cina dan india lagi senang nk "claim" bahawa mereka juga penduduk asal negara ini sedangkan mereka dibawa masuk oleh kolonial British lewat kurun ke-19...
Bapa sy selalu kata, mula-mula org putih dtg Tanah Melayu ni dia tak jumpa muka lain selain Melayu yg telah ada kerajaan dan pentadbiran sendiri yg beraja-kan seorang Sultan dan pembesar2 sebagai penasihat. Mengamalkan budaya melayu dan beragama Islam.
British dtg mengadap sultan melayu.. British tak datng mengadap Ah Seng atau Muthusamy.
Ada juga org asli yg berkhidmat dgn Sultan seperti Si-puntum yang membunuh J.W.W Birch di Perak.
Raja adalah lambang kekuatan org mlayu di Malaysia. Tanpanya, melayu tak boleh claim lagi mereka penduduk asal dan berhak berkuasa di negara ini.
Perlu ingat, asalnya Tanah Melayu juga "negara-satu-bangsa" tetapi British bwk masuk pulak immigrant dari India dan China, jadi secara tak langsung bertukar menjadi multi-racial state SECARA SEDAR MAHUPUN TIDAK!
cant wait for your next post!
Post a Comment