Followers

Wednesday, January 25, 2012

ABU dan HINDRAF.

Program kebencian terhadap sebuah parti bernama ABU yang dianjur oleh Chegu Bard dan Haris Ibrahim bersama satu pertubuhan extreme bernama HINDRAF telah menjadi kecoh dengan insiden pergaduhan pada hari Sabtu malam Ahad baru-baru ini.

Program berkenaan diadakan di Jalan Kebun, Klang. Sekumpulan remaja telah memprovokasi kaum India yang berhimpun didalam dewan hingga berlaku insiden seorang India dibelasah oleh remaja Melayu. Remaja berkenaan turut menyerang dewan dengan kayu dan helmet.

Seperti biasa insiden begini akan segera mendapat liputan dengan intepretasi yang berbagai, sudut pandangan yang berbagai seperti filem Rashomonnya Akira Kurosawa. Chegu Bard tanpa segan silu segera menunding jari kepada UMNO. Executive Director Suaram, E. Nalini mengatakan remaja berkenaan memakai logo dan lambang UMNO/BN.

Sementara Helen Ang pula lebih kepada mengkritik tindakan polis yang bagaikan 'melepaskan batok ditangga' dalam menangani isu ini. Polis dikatakan datang setengah jam selepas kejadian berlaku. Beberapa penyokong UMNO pula mengatakan ini sebahagian dari lakonan PKR, dan penyerang adalah upahan Chegu Bard sendiri.

Blog MyMassa pula memberi gambaran sebenar statistik komposisi pengundi Jalan Kebun, yang dalam DUN Sri Muda, manakala  wakilnya orang PKR. Ini statistiknya:

Jumlah Pengundi: 2596 orang
Melayu: 2383 orang
Cina: 132 orang
India: 73 orang
Lain-lain: 8 orang.

Ulasan saya dalam isu ini sangat mudah. Pertama, jelas kawasan ini adalah kawasan Melayu. Helen Ang mempersoalkan tidak boleh ke program anti-UMNO atau ABU diadakan dikawasan Melayu? Jawapannya mudah, bukan semua Melayu penyokong UMNO.  

Namun logik mempersoalkan apa urusan HINDRAF buat program tanpa kebenaran polis dan ada sumber mengatakan bahkan ADUN Sri Muda, ADUN PKR sendiri tidak dimaklumkan berkenaan program berkenaan, di kawasan majoriti Melayu? Saya tidak nampak ini isu kepartian. Ini isu perkauman.

Isunya adalah orang Melayu dikampung berkenaan tidak suka acara yang diadakan oleh HINDRAF yang berbau perkauman. Menyeret UMNO hanya kerana ada logo UMNO bukan bukti yang kukuh. Malah Datuk Rokcy mempersoalkan jika UMNO benar berniat untuk bergaduh, mereka akan cuba menyembunyikan sebaik mungkin logo mereka.

Menuduh lakonan PKR juga susah untuk dibuktikan. Kedua-duanya adalah salah apabila dengan cepat Melayu pukul India menjadi beban UMNO, dan menuduh PKR merencana pukulan terhadap peserta program mereka. Kedua-dua tuduhan ini tidak ada bukti.

Sesuatu yang jelas adalah, walaupun tak salah untuk mengadakan program ABU dikawasan Melayu, bahkan ada kawasan majoriti Melayu ABU sangat mendapat sambutan namun niat penganjur mengadakan program bersama HINDRAF dikawasan majoriti Melayu adalah tidak bijak.

Atau sememang Chegu Bard berharap perkara sebegini berlaku supaya senang beliau menyalahkan UMNO, seperti yang biasa mereka lakukan. Seperti mahasiswa, saya cuma nampak PKR cuba menwujudkan 'keadaan tertindas' semua golongan untuk menunjukkan kezaliman UMNO.

Dengan niat ini saja sebenarnya, PKR adalah sebenarnya parti yang zalim, menggunakan darah sesiapa saja untuk mengukuhkan gerakan ABU mereka. Lagipun, rakyat wajar mengundi PKR lebih dari hanya slogan kebencian terhadap sesuatu parti.

Jika benar UMNO teruk, PKR perlu menyediakan wadah yang lebih baik, bukan hanya mencipta keburukan UMNO tanpa memberi pilihan yang lebih baik kepada rakyat.























6 comments:

Anonymous said...

http://tehtarikgelasbesar.blogspot.com/2012/01/asal-usul-serbanistas.html

betulkah kronologi yg ditulis?

belang said...

Dari satu sudut, jika ianya diterjemahkan dlm bentuk persepsi politik, PR mungkin telah kehilangan sokongan majoriti senyap melayu. Insiden kg pandan dalam dan jalan kebun jika benar terjadi secara rawak atau instant decision dan bukan pre-plan oleh mana2 organisasi politik atau NGO berkepentingan bakal menunjukan bhw sokongan kaum melayu yg menjadi tunjang PR mungkin telah luntur dan tidak lagi se gah era PRU12.

pukimaq said...

Tak suka ABU tapi suka seksualiti merdeka.

sri tribuana said...

Salam anon 5:06, sy bc link tersebut. Terus terang saya tidak terdedah kpd idea atau karya ibnu taimiyah tp saya tahu islam lebih toleran diawal2 kewujudannya dari sekarang. Seorang ilmuwan pernah memberitahu saya islam berkembang maju dari segi sains dan teknologi di spain, namun ada beberapa ilmuwan yg gagal dan jumud tidak dapat mengembangkn ajaran mereka di sana. Mereka ini datang ke sebelah timur dan nusantara. Mungkin itu ajaran ibnu tarmiyah.
Kemudian kononnya kebangkitan Islam bermula selepas revolusi Iran 1979, dan semua dunia Islam taksub nak ke bank islam, perubatan islam, negara islam, kejuruteraan islam etc etc. Dan mungkin ketika itu muncul ABIM n co n 'you know who' segera menggunakan Islam sebagai pentas utk naik. Dunia Islam terlalu tercari2 tokoh atau wira serta role model utk membawa kembali kpd kegemilangan, tanpa menyedari kita semua merupakan wira andainya menguasai ilmu.

Anonymous said...

terima kasih atas ulasan tuan, melayu dahulu bersatu kerana Islam, melayu sekarang berpecah kerana Islam...

mae said...

Yang mendengar ceramah tu boleh dibilang dengan jari. nampaknya orang-orang yang duduk atas pentas berucap tu cuma gila kuasa atau perasan lebih. kelako.

Chegu Bard tu rupa-rupanya ada iras India .... fahamlah aku knp perangainya macam tu.