Followers

Friday, January 6, 2012

Hasan Ali 'Tampar' Anwar.




Menjelang Himpunan Bebaskan Anwar 901, Anwar menerima 'tamparan' hebat dari Hasan Ali yang menyifatkan Anwar sudah diberi ruang yang cukup secara adil untuk mengemukan hujah mempertahankan kesnya. Beliau juga menyifafkan kes Anwar ini merupakan kes peribadi, dan tidak perlu mengheret parti-parti lain untuk membelanya.

Hasan Ali juga membayangkan beliau tidak senang cara Anwar menghasut anak-anak muda mahasiswa dengan menyeret mereka berdemo sedangkan mereka sepatutnya menumpukan kepada pelajaran. Dalam kenyataan yang sama, Hasan Ali membidas Dr Abdul Rani Othman yang mengarahkan ahli PAS turut serta dalam Bebas Anwar 901. 

Dalam twitter, beberapa orang kuat PKR telah tweet nada Hasan Ali sudah berbunyi UMNO. Nampaknya baik PAS dan PKR tidak boleh menerima pandangan dari ahlinya yang bercanggah dengan pemimpin mereka. Mana demokrasi? UMNO membiarkan saja Aspan Alias, Sakmongkol dan bahkan Ku Li dalam mengkritik pimpinan parti, tidak mengeluarkan 'gag order' dan tidak crucify mereka, tetapi ramai orang kuat PAS dan PKR sudah menganggap Hasan Ali sebagai duri dalam daging.

Kebimbangan Hasan Ali wajar. Makin PAS dan PKR terjebak dan terjebak dalam soal moral Anwar dan soal menyeret anak-anak muda berdemo, semakin mereka akan kehilangan undi Melayu. Pengundi bukan mahukan sebuah alternatif kepada BN hanya membawa agenda remeh temeh seperti ini. Pengundi mahukan a better goverment. Dan terbukti PR hanya pandai menunjukkan orang lain buruk tanpa perlu upgrade mereka lebih baik.

Hasan Ali sedar PKR dan PR semakin kehilangan undi Melayu kerana perjuangan mereka semakin tidak relevan dalam soal memperjuangkan Melayu, Islam dan rakyat. Juak PKR yang bingai mengatakan hanya Melayu yang masih menyokong UMNO tetapi India dan Cina menyokong PR.

Mereka lupa satu perkara. DAP juga perlukan sokongan Melayu. Dalam senario ini, andainya Cina memberi undi kepada PKR dan PAS, tanpa majoriti undi Melayu untuk DAP, PAS dan PKR, PR tidak akan memenangi pilihanraya.

Lihat apa yang DAP lakukan di Penang. Mereka memberi kontrak kepada pemuda Melayu berusia 19 tahun, dan banyak peluang kepada bumiputera. Mereka tahu ini yang Melayu dan pengundi inginkan. PAS dan PKR tidak akan mampu melakukan apa yang DAP lakukan kerana mereka bangkrap idea. PKR hanya parti yang memperjuangkan kebajikan Anwar Ibrahim dan PAS pula modalnya hanya agama.

Dan bukan satu kesilapan jika Hasan Ali menyifatkan kegagalan PAS untuk hadir ke Majlis Perhimpunan Sejuta Umat itu fatal buat PAS. Menyertai Himpun 901 pula menampakkan PAS meletakkan perjuangan kuasa mengatasi perjuangan Islam.

Hasan Ali jauh lebih bijak dan terpelajar dari Mat Sabu dan Mahfuz Omar, tapi dalam dunia orang gila, mungkin orang waras dianggap gila.




























5 comments:

Anonymous said...

Satu posting yang kurang lengkap. Melepaskan Betok di tangga.

peja kadir said...

salam tuan.. tuan buleh invite saya agar dapat masuk blog alter terahsia bangsa melayu tak? terima kasih

Anonymous said...

AKU HENSEM

Satu posting yang kurang lengkap. Melepaskan Betok di tangga.

January 6, 2012 9:21 PM

______________________________________

Satu komen yg bodoh. Mcm org cirit tk abis

Anonymous said...

Dr Hasan Ali bertindak mengikut akal
dan undang2.Begitulah caranya orang
berilmu dan mencari kebenaran.

Penyukong keburukan akan menggunaka
segala macam penipuan dan pembohongan supaya kesalahan dilihat
betul.Maka bergandalah keburukan,
penipuan dan fitnah akan berlaku.Itu
tanda2 manafikum yang amat sangat...
Mohon Allah hindarkan drp kita...tk

sri tribuana said...

Salam semua,

Peja Kadir, saya bukan admin blog berkenaan, tapi saya akan usahakan, insyaAllah.

AKU HENSEM, biarla dia nak kata apa, itu pandangan dia.