Dalam banyak-banyak negeri ditadbir oleh Pakatan, Pulau Pinang selalu menjadi contoh, dan sering diteladani. Kononnya Pulau Pinang berjaya mengurangkan hutang sebanyak 95%. Lim Guan Eng dengan bangga mendakwa kerana kepimpinannya dia berjaya membayar 600 juta dan masih berbaki 30 juta hutangnya dengan Pusat.
Kononnya, itu merupakan pembayaran paling banyak oleh mana-mana negeri di dalam Persekutuan Malaysia. Penipuan Lim Guan Eng ini berjaya ditepis oleh blogger SatD. Apa yang berlaku sebenarnya adalah pusat mengambil beban hutang Pulau Pinang sebanyak 600 juta, dan menukar ke status sebagai geran selama 45 tahun. Persetujuan ini dibuat ketika Pulau Pinang masih di bawah BN.
Tanpa segan silu dan rasa malu, Lim Guan Eng mendakwa 'under his remarkable leadership' kununnya beliau berjaya mengurangkan hutang sebanyak 95%. Pemimpin tanpa credibility, tanpa malu mendakwa usaha orang terdahulu merupakan hasil kerjanya. Terdesak?
Satu lagi yang menarik, Lim Guan Eng bangga kononnya beliau dan exconya mengisytihar harta, dan mengutuk kerajaan BN yang tidak berbuat demikian. Peliknya dalam PR, hanya Pulau Pinang sahaja yang isytihar harta, adakah bermakna Selangor, Kedah dan Kelantan tidak telus dan juga pengamal rasuah mengikut standard DAP kerana tidak mengisytihar harta?
Dan ketelusan DAP ini hanya ilusi, tidak seperti yang digambarkan. Lim Guan Eng tidak sebenarnya mengisytiharkan pendapatannya sebagai Ketua Menteri, ahli parlimen, ADUN dan berbagai lagi jawatan yang dipegangnya.
Menurut blogger JUST READ, pendapatan LGE mencecah RM 100 ribu sebulan, kerana mendapat elaun Ahli Parlimen Bagan, ADUN Air Putih, sebagai Ketua Menteri dan isterinya juga mendapat elaun sebagai ADUN di Melaka. LGE juga mendapat elaun dari berbagai anak syarikat Pulau Pinang seperti Penang Development Corporation dan InvestPenang.
Sebenarnya tidak salah mempunyai pendapatan sebanyak itu tetapi mengapa tidak isytiharkan? Che Guevara sebagai Menteri Kewangan Cuba menolak elaun sebanyak 1000 Peso, hanya menerima elauan sebanyak 250 Peso sebagai Comandantate. Dan Che memang pemimpin rakyat.
Bandingkan dengan Lim Guan Eng khalifah wannabe Umar Abd Aziz mendapat 100 ribu sebulan sedang ramai rakyat Pulau Pinang mempunyai pendapata garis kemiskinan. Umar Abd Aziz hidup zuhud, mungkin PAS masih belum berjaya tarbiah LGE. Atau sebenarnya PAS sudah ditarbiyah oleh LGE.
Menyedari hakikat pendapatan pemimpin PR yang suka mendakwa demi rakyat sangat jauh jurangnya dari rakyat yang mereka kononnya bela, mungkin itu antara sebab LGE segan mengisytiharkan pendapatannya yang mencecah 100 ribu atau lebih sebulan.
Begitu juga dengan Teresa Kok. Beliau memegang 7 jawatan menurut blogger The Kuala Lumpur Chronicle.
1. Ahli Parlimen Seputeh dengan elaun dan gaji
2. ADUN Kinrara dengan elaun dan gaji.
3. EXCO Selangor dengan elaun dan gaji
4. Pengarah PKNS
5. Chief DAP Selangor
6. National DAP organising secretary
7. Wanita DAP organising sectretary.
Jadi inilah pemimpin gerakan rakyat. Sementara rakyat ramai kemiskinan, mereka mengumpul duit juga. Dan mereka menuduh pemimpin BN bermewah-mewah. BN tidak pernah menerima rasuah, dan ada pemimpinnya mengamalkan rasuah ditangkap dan dihukum.
Ambiga pula menggesa PR jika menjadi kerajaan lepaskan pengamal rasuah kecil-kecilan tapi tangkap ikan besar. Dengan kata lain, rasuah kecil-kecilan dibenarkan dalam PR, dan didoktrinkan.
Pemimpin rakyat my foot!