Followers

Thursday, September 26, 2013

Perebutan UMNO: Melayu Liberal v Melayu.

Tun Mahathir menulis mengenai 'Dilema Melayu.' Tidak ramai yang memahami psychology orang Melayu moden ini kecuali Tun M. Abdullah Mursyi adalah antara pemula yang memahami, dan mengkritik, psychology Melayu sebelum Tun pada zaman feudal dan penjajah.

Baca posting saya terdahulu: Orang Luar.

Dengan ringkas, membahas tentang keMelayuan bangsa Melayu ini sangat ruwet, seperti yang dinyatakan oleh Milner. Baca juga posting terdahulu saya di sinisini, dan sini dari trilogy posting 'Konsep Bangsa bagi Orang Melayu'. 

Oleh kerana sulitnya bagi saya dengan tiga posting untuk membentangkan apa ciri-ciri keMelayuan itu, saya masih yakin post-mortem Tun Mahathir berkenaan psychology orang Melayu dalam 'Dilema Melayu' masih tepat. Justeru 'Dilema Melayu' menjadi 'Mein Kempf' Tun Mahathir, grand design atau blueprintnya bagaimana mengubah Melayu menjadi dinamik.

Dari mulut beliau sendiri selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, beliau akui beliau gagal mengatasi 'Dilema Melayu'. Melayu masih mudah lupa dan tidak mahu berubah.

Menyentuh sejarah perjalanan bangsa Melayu selepas Tun Mahathir, zaman Tun Abdullah merupakan zaman 'kekosongan' dan hampir tiada pengisian. Tun Abdullah adalah contoh birokrat menjadi ahli politik dan tidak tahu peranan sebenar menjadi Perdana Menteri.

Dan kita semua tahu siapa sebenarnya yang menjalankan agenda di sebalik tabir semasa era Tun Abdullah Mereka dinamakan 'Tingkat 4'(kebetulan no 4 adalah no sial bagi kaum Cina) dan dikepalai oleh 'most powerful 28'. Kelulusan Oxford bukan kekuatannya. Title SIL(bukan Sir) itu sebenarnya sumber kekuatannya.

Kita maju kehadapan selepas PRU ke 13. Trend yang ditunjukkan oleh pengundi Melayu adalah mereka takutkan ancaman DAP. 'Undi popular' PR sebenarnya diraih dari hanya tiga negeri iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Perak yang mana kaum Cina mendaftarkan pengundi lebih ramai.

Sudah ramai blogger mendedahkan kajian statistik bahawa kaum Cina yang hanya 1/3 pengundi mempunyai undi lebih dari Melayu. Hanya 1/3 Melayu yang daftar mengundi. Statistik juga menunjukkan lebih dari 90% pengundi Cina tidak mengundi BN. Ini menjelaskan undi popular PR. 

'Tsunami Cina' itu satu kenyataan dan bukan 'Tsunami Malaysia' seperti yang cuba dispin oleh PR.

Di sebalik segala ini, kesetiaan Melayu kepada BN, kerajaan yang mereka undi masih bersikap liberal dan mengenapi sentimen kemarahan Melayu yang merasa mereka dikhianati. Saya bukan tidak setuju dengan segalanya tentang liberalism, tetapi konsep yang dibawah oleh pemimpin UMNO ini akan merugikan orang Melayu.

Di mana bermulanya liberalism ini? Saya percaya ia tidak terjadi sendiri. Saya tidak percaya adanya 'kebetulan' dalam politik.

Perlu diingat, DS Najib seorang liberal. Beliau disekolahkan di UK dan tidak pernah bersekolah di Malaysia. Walaupun Tunku, Tun Dr. Ismail dan Tun Razak mendapat pendidikan di Barat(Tun Dr. Ismail di Australia),  namun jiwa Melayu mereka tidak dapat dipersoalkan.

Sebaik memegang tampuk, DS Najib menghapuskan Kementerian Usahawan yang mana kementerian khas menjaga kepentingan Melayu. Dan beliau tidak gantikan dengan kementerian lain. Ini permansuhan, bukan pembaikpulihan.

Dalam masa yang sama, semasa era Tun Abdullah, masih dikepalai oleh 'most powerful 28', golongan 'liberal' ini sudah menguasai beberapa tempat strategik. Jika digali lebih dalam, mereka bukan hanya sekadar individu yang 'kebetulan' menjadi liberal. Mereka merancang untuk meliberalkan UMNO sejak zaman student mereka lagi.

Presiden UMNO sememang sudah kebetulan liberal. Tiga naibnya, adalah orang-orang Presiden. Jawatan Ketua Pemuda perlu dimenangi oleh penyandang, bukan hanya kerana beliau liberal tapi bercita-cita untuk meliberalkan Pemuda. KJ sudah mengeluarkan kenyataan dibawahnya, Pemuda UMNO akan menjadi centrist, bukan right wing lagi.

Ini menghapuskan sama sekali peranan tradisi Pemuda UMNO yang selama ini instument 'check and balance' dan golongan pendesak. Jika dahulu, kerajaan melupakan agenda Melayu, Pemuda akan bangkit mendesak menyedarkan kerajaan. 

KJ sebenarnya minta Pemuda menjadi geek, nerds yang lembik untuk berlawan dengan DAP dan PKR yang lebih jantan dijalanan. Sayap lawan sayap tapi Pemuda UMNO lebih berminat mengira projek dan kereta mewah.

Kemewahan melembikkan mereka. 

Sekadar catatan, bukan liberal per se itu tidak elok cuma, perlu ingat, UMNO adalah parti orang Melayu. Parti Bersatu Sabah pun tahu menjaga kepentingan Kadazan, adakah kita mahu parti yang mendakwa parti Melayu ini menjaga kepentingan 'lain-lain'? 

Justeru UMNO makin hanyut dari perjuangan asal maka cambah NGO Melayu seperti Perkasa. Jangan kerana dek terlalu ghairah ingin mejadi 'liberal' nanti, dalam PRU ke 14, UMNO sendiri sudah tidak diterima oleh orang Melayu. Perlu ingat, sudah dua pilihanraya sejak KJ muncul dalam UMNO, BN tidak mendapat 2/3 lagi.

Kebetulan, atau dirancang?









2 comments:

Anonymous said...

It is not a zero sum game.

Masni said...

Di Sabah, sebenarnya, undi dr Kadazan-Dusun pun sdh beralih kpd pihak Pakatan (cth : DUN Matunggong & Parlimen Penampang). Sungguhpun pahit, kita mesti akui, ianya bukan hanya Chinese-Tsunami, ttp jg Non-Muslim Tsunami.