Followers

Friday, October 9, 2009

Pembuat dan Pelaksana Dasar

Di sesebuah negara moden yang mengamalkan demokrasi, sesebuah parti yang menang majoriti boleh membentuk kerajaan. Parti berkenaan akan mengemudikan hala tuju negara berkenaan selama mandat yang diberi dalam pilihanraya hingga pilihanraya berikutnya.

Sesebuah parti politik merupakan pembuat dasar. Orang yang melaksanakan dasar yang dibuat oleh pemimpin politik merupakan pegawai kerajaan. Apa akan jadi jika pelaksana dasar ie pegawai kerajaan tidak kemas atau engkar dalam melaksanakan dasar yang dibuat oleh kerajaan?

Dalam Berita Harian hari ini, kerajaan mengumumkan pemberian kontrak dan urusannya akan selesai dalam masa 14 hari tidak berbulan-bulan seperti sebelum ini. Ketika Tun Abdullah mula-mula menjadi PM kita sudah dengar janji yang hampir serupa ini tetapi hakikatnya kontraktor tetap menderita dengan 'karenah birokrat'.

Di mana salahnya?

Jika kita ambil pengalaman jiran kita Singapura,Lee Kuan Yew membuktikan, wawasan beliau yang luarbiasa itu tidak akan tercapai jika tanpa bantuan 'brilliant goverment servant'. Dalam kata lain, tidak kira betapa hebat pun polisi, jika pelaksana dasar buat kerja separuh hati dan tidak cemerlang, dasar itu tidak akan ke mana. Ini sebab mengapa salah satu tugasan Lee Kuan Yew apabila beliau menjadi Perdana Menteri Singapura adalah mendisiplinkan pegawai kerajaan.

Di Malaysia ketika era Tun Mahathir yang mewarisi keusangan birokrasi pasca Inggeris telah dikemaskini oleh Tun sendiri sebelum beliau menlancarkan gagasan perkasa beliau iaitu Wawasan 2020. Kita masih ingat innovasi yang dibuat oleh Tan Sri Ahmad Sarji bersama Tun Mahathir dalam mendisiplinkan pegawai kerajaan dengan punch card dan berbagai lagi.

Dan masalah yang sama dihadapi oleh mana-mana pembuat dasar jika jentera kerajaan sebagai pelaksana dasar tidak memberi kerjasama yang sepatutnya. Apatah lagi sekarang ini dengan jentera kerajaan yang besar - 1 juta orang anggota - boleh membuat tuntutan politik yang berbagai dan tidak memahami dasar kerajaan serta menyokong parti lawan begitu hebat cabaran kepada parti pemerintah.

Segala-galanya akan ditanggung oleh kerajaan kerana rakyat akan menilai setiap lima tahun walaupun ada antara masalah wujud kerana kelemahan jentera kerajaan melaksanakan dasar. Jadi amat mustahak bagi mana-mana pemerintah mem'overhaul' jentera kerajaan ini dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan yang lain.

1 comment:

YANG GAMBI said...

Sikap pegawai kerajaan yang macam inilah sebenarnya pengkhianat kepada kerajaan, pembelotan mereka menyebabkan rakyat marah pada kerajaan....... kalau perlu disingkirkan, apa lagi yang pro pembangkang, mereka bukan sahaja pemgkhianat malah menjadi makhluk perosak negara....