Followers

Saturday, October 10, 2009

Allah

Saya akui saya bukan authority yang boleh bercakap pasal ini. Dan isu ini juga boleh mengundang kontroversi. Namun saya ada jumpa fakta yang menarik dan ini boleh diketengahkan di sini.

Ketika saya membaca tafsir Al-Quran dalam bahasa Inggeris oleh Abdullah Yusuf Ali, saya terjumpa fakta dalam pendahuluannya tentang nama Allah. Sebelum wahyu di turunkan kepada Baginda S.A.W, Kaabah merupakan rumah ibadat orang Arab dan dinamakan Rumah Allah walaupun oleh orang Quraish Jahiliyah.

Quraish pula tidak pula hanya menyembah Allah, tetapi juga menyembah berhala yang kononnya anak Allah dan berbagai berhala lain seperti Latta dan Uzza. Allah menurunkan Nabi Muhamad S.A.W sebagai Rasul yang membetul semula akidah agama warisan Nabi Ibrahim ini.

Seperti dalam Surah Al-Ikhlas, Allah menyatakan bahawa Allah, A Supreme Being, God atau Tuhan hanya Satu, tidak beranak dan tidak diperanakkan dan ini merupakan intipati kepada ajaran Islam. Menyekutukan Allah, dan percaya ada Tuhan selainNya maka syirik dan bukan dari golongan Islam.

Saya menulis isu ini kerana pihak gereja ingin memakai nama Allah juga bagi tuhan mereka. Dan seperti era pra-Islam, pihak jahiliah juga merujuk salah satu dari tuhan mereka sebagai Allah. Seperti yang ditegas dalam surah Al-Ikhlas, Allah itu cuma satu dan tidak beranak dan diperanakkan.

Apa yang diperkecohkan selama ini hanya rujukan kepada apa yang agama masing-masing hendak percayai dan selagi ia tidak mengikut lunas ajaran yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W, ianya tidak bererti apa-apa.

3 comments:

alfian_firhan said...

Em dulu pernah baca satu artikel berkenaan dengan salah satu lagu Agnes Monica yg mengandungi perkataan Allah. Ada yang kata itu merujuk kepada tuhan dalam ajaran kristian. Entah la. Ada yang kata agama berbeda2 tapi menuju kpd yang satu. Entah la.. Agama dah jadi macam satu dimensi pandangan manusia pula dah.. Entah ler..

Tok Ngah said...

Begitulah nama Tuhan kita dan tuhan mereka juga. Yang menjadikan mereka org yang sesat hanya kerana kesyirikan mereka. Soal nama itu soal yang kecil kerana ianya merujuk kepada tuhan yang satu itu juga.
Cuma adakah benar Pihak gereja di Malaysia ingin menggunakan nama Allah dalam penerbitan mereka berdasarkan fakta ini, atau adakah kerana mereka mempunyai niat tertentu yang lain??? Dalam masyarakat Islam di Malaysia hari ni masih ramai yang mudah dikelirukan kita bimbang mereka akan mudah memerangkap umat-umat islam yang masih keliru dengan, Parti Politik dan Ajaran Islam Ayah Pin , Rasul Melayu, Sister in Islam dan berbagai-bagai kisah lagi. Mereka bukannya org bodoh dan pandir tapi tersilap juga langkah mereka.

sri tribuana said...

Saya setuju akidah umat Islam dewasa ini banyak yg keliru