Followers

Wednesday, October 21, 2009

Blog

Dalam blog rakan saya, penulis Where Would the Magic Compass Take Me Today, dia menyatakan dia terdorong untuk berblog apabila teringat siri Doogie Howser.

Dalam siri berkenaan, di akhir cerita Doogie akan meluahkan sebarang pandangan, kejutan, perasaan dan apa saja pendapat dalam PCnya. Sudah tentu ianya hanya semacam journal atau diari dan tiada pembaca lain kecuali dirinya kerana ianya tidak disambung dengan internet. Perkataan blog juga tidak wujud masa itu.

Sering kita melihat contengan atau graffiti, diari, kertas, buku nota dan berbagai untuk kita meluahkan perasaan kita. Blog boleh dibaca oleh sesiapa sahaja dan mungkin penulis mengharap ada pembaca walaupu berkenaan hal yang sangat peribadi.

Jika dahulu, kita akan berjumpa dengan pakar jiwa terlatih untuk meluahkan perasaan, tetapi generasi X dan Y lebih suka meluahkan dalam blog - kadang-kadang hal yang sangat personal. Di Facebook, ada yang suka maki memaki dan biar semua khalayak pembaca mengetahui 'peperangan' mereka.

Saya makin tidak faham atau mungkin terlalu tua dengan 'gap generation' ini. Saya masih merasakan manusia perlu ada privasi dan perlu ada rahsia sendiri berkaitan dengan hal-hal peribadi. Dan jika ada masalah 'dalaman' atau pertelingkahan, elok di selesaikan dengan cara bersemuka dan 'behind closed door'.

Blog bukan sahaja tempat kita melontarkan perasaan, juga menjadi medan propanda parti-parti politik. Anak-anak muda yang ghairah meluahkan perasaan mungkin rasa 'kawasan' mereka dicerobohi oleh orang-orang tua yang menjadikan blog tempat 'perang cyber'. Dan mereka beralih ke Facebook dimana merupakan network sosial yang lebih muda dan terbuka bagi mereka dan paling penting 'apolitical'.

Akhirnya blog juga jadi tempat berkarya dan menghasilkan seni. Ada seniman yang tidak kisah pada 'honorarium' yang mementingkan karyanya di 'dengari' sahaja menjadikan blog tempat berkarya. Tiada editor. Tiada cencorship. Tiada superior. Wow, syurga bagi seniman.

Ringkasnya, manusia memang suka meluahkan suka-duka mereka. Ini membezakan kita dengan species lain: imagination. Sebelum saya mengakhiri posting ini, suka saya mengungkapkan kata-kata John Steinbeck pada dedicationnya kepada sahabatnya dalam East of Eden:

Dear Pat,
You came upon me carving some kind of little figure out of wood and you said, “Why don’t you make something for me?”
I asked you what you wanted, and you said, “A box.”
“What for?”
“To put things in.”
“What kind of things?”
“Whatever you have,” you said.
Well, here’s your box. Nearly everything I have is in it, and it is not full. Pain and excitement are in it, and feeling good or bad and evil thoughts and good thoughts- the pleasure of design and some despair and the indescribable joy of creation.
And on top of these are all the gratitude and love I have for you.
And still the box is not full.

JOHN



Ya, kotak ini memang masih belum penuh, walau sebanyak mana di isi pun.

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam bro, betul juga dengan pandangan tuan, tetapi memandangkan banyak ahli politik yang songsang menyalahgunakan blog untuk menghasut generasi muda, maka adalah wajar ruang blog juga dijadikan tempat memaparkan kebenarannya.

Bukan itu sahaja, berapa banyak musuh-musuh Islam memesongkan akidah melalui blog, maka para Ustad, Ulama yang tua terpaksa menggunakan blog untuk menangkisnya, mereka tahu generasi muda lebih snang melayari alam blog dari mendengar kuliah agama di uarau dan Masjid......

Macam kawan juga, kerana sudah dianggap tua, maka dipingirkan dari suasana politik sekarang, maka ruang blog jugalah menjadi tempat pelepas apa yang tersurat dan apa yang tersirat...

~PakKaramu~ said...

Salam ziarah dari Pak Karamu

sri tribuana said...

Yang Gambi,
u r rock!.
Pak Karamu,
salam buat bapak juga!

Anonymous said...

no wonder fb has the highest hits, the 2nd most visited site, hurm well youngsters will be youngsters. nk wat mcm mana? let them be