Calon BN di Bagan Pinang masih menjadi tandatanya. Adakah Isa Samad akan dicalonkan dikawasan berkenaan atau tidak masih tidak pasti. Walau apapun, BN perlu menang kali ini kerana sejak Pilihanraya 2008, RPK telah dimenangi oleh pembangkang sebanyak 7 berbalas 1.
UMNO bukan lagi parti yang boleh buat sebarang keputusan tanpa sensitif kepada kemahuan rakyat. Ini bukan lagi zaman 'letak tunggul pun menang' bagi UMNO. Ini zaman setiap ahli politik menjadi perhatian seluruh warga pengundi menilai setiap tindak tanduk mereka.
Ada kedengaran desas desus 'akar umbi' UMNO yang minta Tan Sri Isa dicalonkan semula. Ketua Pemuda dan Ketua Wanita Bahagian sangat kuat minta beliau dicalonkan. Bagaimana dengan silent majority keseluruhannya?
Masalah UMNO dewasa ini adalah, pertentangan antara kehendak bahagian yang inginkan calon mereka yang mungkin tak popular dengan pengundi dan kehendak parti yang ingin calon popular. Jika calon tidak disukai bahagian, mungkin berlaku masalah 'cas keting'.
Tan Sri Isa memberi masalah kepada UMNO jika dicalonkan. Di zaman pengundi menuntut supaya pemimpin yang bukan hanya bersih, malah kelihatan bersih, beliau merupakan calon yang memberi kesan buruk kepada UMNO. Lagipun, memilih calon lama juga membantutkan minat pemimpin muda untuk menyertai UMNO kerana tidak progresif dengan kepimpinan baru.
Saya kira sudah sampai masanya pemimpin dibahagian bekorban sedikit semangat 'group feeling' demi menyelamatkan maruah UMNO. Kita kena akui, sebagai parti yang uzur, UMNO tidak segagah dahulu dan perlu ada pengorbanan dari berbagai pihak.
Meminjam kata Brutus dalam play Shakespeare, "bukan kita tidak sayang Isa, tetapi kita lebih sayangkan UMNO". ("Not because I loved Caesar less, but I loved Rome more.)
2 comments:
Salam, mengapa PAS khawarij boleh memaafkan mana-mana pemimpin yang sedar akan kesalahan yang dilakukan mereka, macam Mat Sabu, Anwar al jub dan lain-lain, kenapa UMNO dan orang Melayu UMNO tidak boleh ?
Kalau masyarakat setempat sudah sebulat suara mahukan Isa, kenapa UMNO-Bn perlu mengikut rentak tari orang lain ?
Betulke masyarakat setempat sebulat suara menyokong dia? Atau dia yang paling kuat melobi? Jangan banding dengan parti lain. Yang ni didapati bersalah leh org UMNO sendiri . Orang lain tak pernah dianggap bersalah oleh parti sendiri. Mungkin agaknya kali ni UMNO buleh menang tunggul2 gerigis .
Post a Comment