Pada tahun 2011, saya menonton sebuah filem bertajuk 'In Time' lakonan Justin Timberlake dan Amanda Seyfried.
Seseorang mempunyai masa yang penuh hingga berumur 25 tahun, kemudian 'masa' menjadi currency. Semua perbelanjaan dibayar dengan 'masa.' Makanan, tambang kenderaan, sewa rumah, semua dibayar dengan masa dan jika kehabisan 'masa' seseorang itu akan mati serta merta.
Setiap orang mempunyai masa secukupnya jika mereka tidak berbelanja, tapi jika berbelanja mereka perlu 'masa' aka 'duit' lebih, jika tidak mereka akan mati. Maka wujud sistem bank yang memberi pinjaman 'masa/wang' dengan bunga yang tinggi.
Seperti biasa, ada golongan miskin yang mempunyai masa secukupnya, atau tidak cukup masa hingga mati dan ada golongan kaya raya dengan masa yang tidak pernah kehabisan hingga boleh mewujudkan sistem bank masa. Golongan kaya menindas golongan miskin. Golongan kaya tidak akan mati kerana tidak pernah kehabisan masa.
Perkataan 'Time is Gold' sudah tidak tepat. Even gold, limitless gold still cannot buy 'time'.
Jika kita amalkan sistem ini di Malaysia, mungkin Melayu terpaksa bekerja keras lagi itu tidak mati. Manusia adalah spesies yang diprogramkan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Justeru itu, mungkin tidak ada orang Melayu yang duduk bawah pokok main dam, atau lepak kedai kopi berjam-jam, atau menyertai demo, mogok lapar dan 'Occupied Dataran Merdeka'.
Oh Melayu, masa itu bukan hanya emas, tapi segalanya. 'Space we can recover,' kata Napoleon, 'time never'.
Kita belum kiamat walaupun kalendar Maya melangkaui 21.12.2012. Tapi kita tinggal lapan tahun sahaja lagi sebelum 2020. Sementara China, India bahkan Indonesia memecut pertumbuhan KDNK lebih dari Malaysia, jurang ekonomi Melayu dengan kaum lain - Cina dan India - sudah kembali melebar selepas 2009.
Baca entry terbaru A. Kadir Jasin dalam Bumiputera Warga Ekonomi Kelas Tiga.
Cukup-cukup salahkan kerajaan. Sementara kerajaan yang sama dituduh sesetengah pihak menyebabkan mereka miskin, kaum lain tetap boleh kaya.
Bezanya, bagaimana Melayu menggunakan masa?