Followers

PERJUANGAN KITA ADALAH:

What Our Founding Father Said:

I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been"

- YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.

Kata-kata Tun Razak, juga pernah dituduh Racist

'Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira'.

Tun Abdul Razak

Anonymous voice who can feel the heartbeat of his race said somewhere:

Quote: "When Malays speak up about their rights, it must be racism. When non-Malays speak up about their rights, it must be human rights. I am no hardcore UMNO but I am a simple Malay who sees ingrates around me. Malaysia now is for us to ruin.Well done people!"
"In matters of state he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."

Cardinal Richelieu in his Political Testament.

Quran; Az Zumar Ayat 17

Who hear advice and follow the best thereof. Such are those whom Allah guideth, and such are men of understanding.

Setan Racist

Setan Racist
Katakan Tidak Kepada Setan Racist.

Tuesday, July 31, 2012

Kekesalan Saya: Tanda Putera.

Beberapa hari menjelang puasa saya mendapat jemputan menonton filem terbaru dari Shuhamie Baba: Tanda Putera. Sebenarnya, ia merupakan preview kepada beberapa orang yang terpilih sebelum ditayangkan kepada khalayak. Saya sangat ingin menontonnya, tetapi beberapa urusan perniagaan tidak membenarkan.

Satu keputusan yang saya kesali hingga kini.

Filem ini dijadualkan akan ditayang kepada khalayak pada 13 September 2012. Malangnya, tarikh penayangan ini ditunda ke satu tarikh yang masih belum ditentukan. Walaupun pihak pengeluar filem ini menafikan penangguhan itu ada kena mengena dengan politik, namu kita boleh menebak dengan baik.

Melayu bangsa(jika mereka faham apa itu bangsa) yang apologetik. Mereka lemah walaupun memegang kuasa. Mereka lemah walaupun mereka majoriti. Sedih saya mengucapkan ini kerana saya sendiri seorang Melayu yang patriot dengan keMelayuan saya.

Namun ini hakikat.

Tanda Putera, seperti Rashomon telah menjadi filem dinilai dari sudut persepsi penonton. Atau citarasa politiknya(bahkan seni tidak dapat lari dari politik di Malaysia ini). Dan penundaan ini sudah tentu ada kena mengena dengan 'sensitiviti kaum'. Malah terdengar desas desus dikalangan rakan blogger, ia akan ditapis dan ditapis hingga memuaskan hati sesuatu golongan.

Tanda Putera adalah kisah kegigihan Allahyarham Tun Abd Razak dan Allahyarham Tun Dr. Ismail yang bertekad membina semula Malaysia yang baru merdeka dari puing-puing rusuhan kaum akibat radikal golongan politik tertentu. Ianya adalah sejarah sebuah negara yang dilakar secara berseni oleh Shuhami Baba. Saya tidak nampak mengapa ia perlu ditunda atau disunting hingga menghilangkan kesenian dan kesejatian sejarahnya.

Jika ada individu dalam filem berkenaan, kebetulan kaum Cina dari parti yang extreme dan chauvanist kencing kan tiang bendera Malaysia, maka generasi baru perlu tahu. Dan ini tidak menggambarkan bahawa semua kaum CIna di Malaysia anti-Malaysia, chauvanist, rasis, komunis dan radikal. Kita tahu bahawa Tan Chen Lock bahu membahu dengan Tun Razak membina semula Malaysia yang telah diporakperandakan oleh golongan radikal.

Oliver Cromwell pernah meminta pelukis potretnya melukis wajahnya yang sebenar, walaupun ada ketuat, jerawat dan kedutan. Ini pemimpin berjiwa besar dan bukan bacul seperti sesetengah pemimpin Melayu kita.










Oh Melayuku, aku impikan lahirnya pemimpin berani seperti Tun Dr. Mahathir lagi.

2 comments:

Anonymous said...

Happen to be trying to find this and learned much more than anticipated in this article. Thanks.

YB Raz said...

1malaysia..orang melayu kena bahagi 3 kekekeke