Followers

Thursday, July 5, 2012

Ceramah PAS Memang Lumayan.

Tidak seperti tajuk artikel ini, sebenarnya langit tidak selalu cerah. Ada ketika ceramah juga merugikan. Mari baca nasib Mat Sabu yang digarap oleh sahabatnya, Penarik Beca:

"Peristiwa 1 (sebelum tahun 1990)

Tiba-tiba Mat Sabu ajak aku teman dia nak ceramah di Melaka. Baru ja naik kereta, dia tanya aku, "hang ada duit?" aku kata ada la RM30. "Bagi kat aku dulu. Nak boh minyak. Nak bayaq tol. Satgi kalau depa bagi duit lepas ceramah, aku bayaq balik". Sampai tempat ceramah, kami minum kat gerai di situ. Bagai biasa, ramai ahli yang seronok minum dengan Mat Sabu. Lepas minum, dia bayar. Dalam hati aku kata, "duit tak dak pun berlagak nak belanja orang".

Lepas ceramah, sebaik sahaja naik atas kereta, Mat Sabu bagi tau, "Duit hang kemudian la aku bayaq. Tak dapat duit malam ni. Biasa dah. Melaka ni bukan ramai orang. Penganjur pun tak cukup duit nak bagi kat kita. Tak dak makan malam la kita malam ni (kebetulan penganjur tak jamu makan malam). Duit tadi dah habis".

Untuk menghiburkan perut yang lapar, kami bercerita sambil gelak deras-deras sepanjang perjalanan balik."

Ini nasib PAS jika ceramah mereka tidak mendapat sambutan. Seperti bisnes biasa, kurang yang hadir, kurang derma Tin Milo. Jika ramai yang hadir, banyak derma Tin Milo. Penceramah akan mendapat bahagiannya, pengajur dapat bahagiannya dan tuan rumah dapat bahagiannya.

Ini merupakan perniagaan 'Tin Milo Inc'.

Ketika tahun 1990, PAS dan DAP sangat lemah. Selepas Ku Li meninggalkan UMNO, Tun Mahathir berjaya membuktikan bahawa projek mega yang dibawanya menjana ekonomi Malaysia dan hampir semua orang menyokong BN. Pilihanraya tahun 1990 dan 1995 adalah paling cemerlang di bawah Tun Mahathir.

Ekonomi Malaysia juga melonjak tinggi sebagai antara 'Miracle of Pacific Rim'. Even stupid Menteri Kewangan seperti Anwar pun kelihatan hebat. Hingga ekonomi merundum akibat serangan penyangak matawang 97 kembali mengubah landskap ekonomi Malaysia.

Nasib penceramah PAS sekarang lebih mewah dari Mat Sabu tahun 1990. Hal ini dibongkar sendiri oleh blogger pro PAS Penarik Beca. Walaupun niat blogger itu adalah untuk memalukan Nasharudin Mat Isa dan Hasan Ali, namun amalan sedemikian memang menjadi 'bread and butter' PAS. Kita baca seterusnya:

"Tahun 2012

La ni banyak penceramah mewah. Malas la aku nak sebut nama. Ada yang dapat RM1,000 bersih. Maknanya tak masuk tambang dan lain-lain. Ada yang dapat RM2,500.

Hujung 90an, aku antara orang yang awal-awal bantai Datuk Dr Hasan Mohamed Ali kerana minta duit banyak-banyak bila nak panggil dia ceramah. Masa tu aku ahli PAS lagi.

Biasa la, bila kita bantai pujaan ramai, macam-macam orang tibai. Sama juga macam aku mula-mula tibai Ustaz Nasharudin Md Isa sebaik sahaja selepas pilihan raya kecil Pengkalan Pasir 2005 (aku tulis dalam akhbar Siasah) dan juga ketika mula-mula dedahkan perbuatan sebahagian pemimpin tidak bermoral yang berkendak dalam gelap dengan Umno selepas pilihan raya 2008. Ikut suka hampa la nak kata pun; penyebar fitnah la, fasiq la, munafiq la, Syiah yang dengki la, Yahudi la, kafir la, macam-macam. Ayat "inja akum fasiqun bi naba'in fa tabayyanu" dah tentu ditujukan untuk aku.

Balik kepada cerita penceramah mewah. Aku tak nak bantai depa. Allah Maha Melihat, aku tak dengki. Rezqi depa la tu.

Tapi bagi la peluang aku nak ingatkan, bila ceramah dah tak banyak lepas pilihan raya nanti, orang datang ceramah pun tak ramai dan penganjur pun tak mampu lagi nak sedia duit banyak-banyak, mungkin masa tu hampa tak akan dijemput berceramah lagi sebab tak dak duit nak bayar kat hampa.

Masa tu, bila musim tengkujuh datang lagi, mohon la sangat-sangat jangan la buat kelaku pulak. Tu ja yang aku nak cakap sampai terpaksa tulis panjang lebar. Harap tak marah. Mohon maaf!"


Dalam posting terbaru Outsyed The Box: Scary News, beliau menyentuh bermula 1 Julai 2012 Public Service Commision membenarkan pemegang ijazah memohon jawatan yang pemegang SPM. Ia berita sedih bagi perkhidmatan awam Malaysia, dan Pendidikan Malaysia.

Mungkin jika ramai anak muda menyertai PAS, maka pintu perniagaan "Tin Milo Inc' sentiasa terbuka. Artis-artis pencen sudah ramai menceburinya. 



No money, no religion.


5 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

London bridge is fslling down
falling down

London bridge is falling down
My fair lady

Anonymous said...

AKU HENSEM

Pandai org PAS buat bisnis
Lepas ni bole la mintk sponsor Tin Milo fron Nestle

Hopefully Malaysia survive through the turbulence of the future

Anonymous said...

wakaupun tangan yg diatas lebih baik dari tangan yg dibawah,hakikatnya tangan yg dibawah lebih mewah dari tangan yg diatas.

Anonymous said...

cukup menarik rencana ini

Anonymous said...

'Tin Milo Inc' ha??? Patut bob lokman mencari syurga dalam hamPAS, rupenye syurga duit ceramah. Dulu buat konsert, dapat ciput je... la ni buat ceramah kutuk kerajaan dapat riban-riban satu malam, tapi akhirnya sakit masuk hospital kerajaan jugak...!!!

Tak berkat langsung duit yang dia dapat tu kot...