Followers

Wednesday, July 4, 2012

3 juta Pengundi Muda: PR Yakin 70% Menyokongnya dan Berjaya Tumbangkan BN.


Regim BN akan ditamatkan jika 70% pengundi baru menolaknya



Di atas merupakan twitter salah seorang cyber-trooper PR. Kerjanya siang malam pagi petang memfitnah. Tweethandlenya @nurislah. 'Nur' adalah cahaya, 'islah' maksudnya pembaharuan(reformasi). Jadi kononnya nurislah bermaksud 'cahaya pembaharuan.

Namun apa yang dilakukan dalam tweetnya hanya memfitnah. Saya memanggilnya 'nurfitnah'.

Lim Kit Siang percaya kerajaan BN akan kalah dalam PRU ke 13 JIKA 70% dari 3 juta pengundi muda tidak mengundi BN. Kononnya pengundi muda sudah muak dengan BN. Kononnya pengundi muda berminat dengan PR.

PR perasan mereka mewakili generasi muda. Kononnya mereka memahami aspirasi pengundi muda. Mari kita lihat wakil-wakil dari PR yang boleh memahami aspirasi pengundi muda:


Selain dari gambar Taib Mahmud dari BN, empat gambar di atas adalah wakil yang memahami aspirasi pengundi muda. Yang pertama sekali, Nik Aziz Nik Mat berusia 81tahun , Lim Kit Siang 71tahun, Haji Hadi 65 tahun dan Karpal Singh 72. Tidak ada dalam gambar ini adalah Anwar Ibrahim, juga 65 tahun. Wah muda-muda belaka, wajar mereka menjadi pilihan orang muda.

Mereka di atas mengutuk Tun Dr. Mahathir yang lama berkuasa selama 22 tahun. Anehnya mereka sudah berkuasa sejak 3 juta pengundi muda masih belum lahir dan masih berpolitik hingga kini. Nik Aziz selama 44 tahun, Lim Kit Siang selama 42 tahun, Karpal selama 37 tahun dan Haji Hadi selama 33 tahun.

Saya yakin idea mereka mesti comtemporary dan terkini. Hoye!

Terbaru menjadi trend PAS mengrekruit artis yang juga sudah pencen. Aishah, Dayangku Intan, Bob Lokman, Abby Abadi dan Hairie Othman merupakan PAS 'latest captured'. Malangnya artis ini adalah mak cik-mak cik dan pak cik-pak cik kepada generasi pengundi muda seramai 3 juta itu.

Mari kita baca pendapat blogger Teh Tarik Gelas Besar dalam posting bertajuk : PR Pilihan Anak Muda? 


"Saya sering diberitahu oleh "so-called" media baru ini bahawa kini, Pakatan Rakyat adalah pilihan anak muda. Pakatan Rakyat ini pilihan anak muda kerana itu pada tahun 2008, saluran satu - mostly anak muda bring the votes from the youth - yang akhirnya memenangkan Pakatan Rakyat dia lima buah negeri. Dan sehingga hari ini, "so-called" media baru ini berkata "Pakatan Rakyat adalah pilihan anak muda".

First of all, saya pernah berbual dengan orang-orang kuat Pakatan, dan pandangan pertama saya apabila diajukan tentang surat khabar Suara Keadilan ialah "not attractive enough to youth, sebab tak ada berita sukan". Then, saya diperlekehkan - selekeh-lekehnya dengan berkata "sukan itu perkara tidak penting, tidak ada ruang dalam Suara Keadilan". Of course, the main reason why people still buying Utusan or Metro or Kosmo not because berita-berita bodoh yang ditulis, but because of sports. Lelaki baca paper dari muka surat belakang - penting tak penting - kau kena nampak ini - lelaki baca paper dari muka belakang. Kau sebutlah mana-mana pun - way over 80 percent men that I know read newspaper from back, termasuk aku dan bapak aku.

Orang Pakatan dismissed pendapat aku dengan berkata, "not important, not important".

Now, UMNO and BN are trying hard to impress the youths. In my area they're sponsoring futsal competitions, sponsoring football competitions, karaoke competitions and the list goes on. Tetapi Pakatan same old thing melakukan ceramah semata-mata. Sebagai penduduk Shah Alam aku selalu nampak banner "ceramah PR" more than "ceramah BN", while BN lebih banyak banner towards social activities, macam aku cakap.

And now, the latest news, I heard Abby Abadi are in ceramah PAS.  Shit not! Dan when was the last time I heard about Abby Abadi? Bercerai dengan suami like few years back, and now I think she's already entering like mid 40s. Berlakon pun dah jarang dapat dah, like I'm pretty sure. Before that it was Aisyah, and Dayangku Intan. Uh well, how come nak panggil "pilihan anak muda" if you're took this makciks and not like UMNO who bring Lisa Surihani and Neelofa in their function? Come on, I know bayaran agak mahal but that's what you're doing, kan? To gain support you should bring more energetic vocals to ensure you to get support. I think when these makciks were singing korang makcik-makcik yang enjoy, anak muda tak enjoy pun.

Dah kalau kau rasa anak muda macam Neelofa or Lisa Surihani market mahal - why not kau try ambik budak punkrocker dan some underground bands yang bawa korang ni. Korang tak nak, korang nak juga bawak makcik-makcik ni. End up Radio Bangsar Utama hari-hari main lagu Indonesia. Korang nak ikut sedap korang je - korang nak ke tak nak undi kitorang ni?

Yeah, memang UMNO ada duit dan kuasa yang banyak untuk offer, tapi amende yang korang nak sekat lagi? You got 4 states to govern - at least bagilah sikit duit kepada mereka yang akan mempromosi kamu untuk pilihanraya ni. Manchester City tak akan menang piala kalau owner mereka kedekut, dan Chelsea tak akan menang Champions League kalau Roman Abramovich kedekut. Untuk menang anda perlu berbelanja. UMNO dengan konfidennya akan menang - sebab Pakatan sendiri enggan nak spend untuk promosi diri sendiri. Balik-balik ceramah. Balik-balik berita politik. Come on, spend sikit duit untuk sisipan berita sukan hatta satu muka surat pun tak apalah. At least youths and men like me got something to read. Ni nak beli Suara Keadilan untuk apa kalau depan belakang tengah semua cerita yang dah recycle berkali-kali?

Memanglah berita sukan tak penting bagi politisyen macam kamu semua - tapi last-last korang juga yang berjaga malam tengok Champions League dan Premier League, so kamu pun kena sedarlah - yang sukan ini walaupun "tak penting" - kamu nak ambil tahu juga.

PR pilihan anak muda? Think again - kalau hanya makcik-makcik ni je yang sokong"


PR memang pernah berjaya memikat golongan muda. Saya akui. Ini terbukti dengan beberapa saluran muda semasa PRU ke 12 dimenangi oleh mereka. Tapi strategi mereka tidak pernah berubah. Balik-balik ceramah. Balik-balik ceramah. Balik-balik spin. Balik-balik 'kekejaman', balik-balik 'kuasa rakyat',  dan tidak ada pembaharuan.

Sekarang 'pembaharuan' mereka sudah lapuk. 

Sementara PM dan BN 'courting' anak-anak muda dengan tampil semasa konsert secara 'impromptu' dan menjayakan Himpunan Jutaan Belia dengan K-Pop, artis seperti Lisa Surihani dan Neelofa bersama BN, PR masih balik-balik ceramah, balik-balik 'enam kotak', balik-balik Antantuya dan Scopene. 

The reason why Gengkhiz Khan never lost in battles because he alway and forever an innovator. In First Punic War, Carthage naval power overwhelmed Roman which was unfamiliar with naval tactic. Roman learned very fast, in Second Punic War Rome defeated Carthage in naval battle. Rome quickly copied and improvised Carthage's tactic but Carthage herself never changes her tactic.

Dan kegagalan parti seperti DAP dan PAS keluar dari pengaruh orang tua seperti Nik Aziz dan Lim Kit Siang tidak 'memberahi'kan golongan muda. UMNO sendiri sudah tukar 7 presidennya.

PR pilihan orang muda? Tengok bawah:



PAS sudah berdekad guna ceramah tapi hasilnya????


'Cool' PM - ini baru pilihan orang muda.


Well, u cannot teach old dogs new tricks.

4 comments:

Jeepers Creepers said...

lagi bagus pr guna cara lama..senang sikit bn nak menang hehehe

Anonymous said...

Mengenai Artis masuk PAS.

Nama pun pelakun depan kamera. Pelakon mesti pandai berpura-pura seperti menangis & ketawa dalam drama di TV atau wayang-gambar. Bila berlakon, boleh membawa watak sedih sampai boleh menitiskan air-mati. Tak boleh dinafikan, mereka cukup pandai berlakon & berpura-pura.
Elok la tu. Sekarang bolehlah betul-betul berlakon drama diatas pentas bersama PAS dan melakonkan watak-watak warak dengan pakaiaan yang bercirikan Islam. Memang di ketahui ramai, sebahagian besar ahli PAS pandai berlakon menggunakan agama.
Memang mudah tertipu umat-umat Islam sekarang. Patutlah kita sangat mudah di perdaya oleh puak yang anti-Islam terutamanya DAP.

Begitulah lumrah kehidupan ini yang berkiblatkan WANG. Bila tak dapat atau punca mendapatkan WANG, kelihatan mula berkurangan, tambah-tambah lagi dengan peningkatan usia(watak2 di TV pun, lebih2 yang pengarah beri sebagai ibu, mak Chik atau orang tua), di ketepikan atau tidak terpilih mula masuk politik kepartian.

Bertambah pecahlah jurang perpaduan sesama Melayu & umat Islam apabila ada yang mengambil kesempatan mencari WANG, dalam bidang Politic.
Saya amat kecewa.

RD

Anonymous said...

Bob Lokman, Aisyah, Dayangku, Abby dan Haire Othman.... kesian kedua org tua kamu. Rupa-rupanya kamu tidak didekatkan kepada agama sejak kecil sehingga kamu masuk PAS barulah kamu sedar yg selama ini kamu begitu jauh dari agama kamu. Nabi pernah mengingatkan.... tuntutlah ilmu sampa ke negeri China. Bukan.... Tunggulah org negeri China datang mengajar kamu.

Anonymous said...

Utusan tetap plihan ramai.... bukan semua berita politik, tapi macam-macam ada... Berita tentang jenayah, ekonomi, pelancungan, IT, portal pendidikan, hiburan, sukan dan sebagainya. Kira lengkap dan berketerampilan lah lagaknya. Tak kan nak baca akhbar yang membosankan lagi kurang memberangsangkan dan dipenuhi iklan ubat kuat seks.