Followers

Monday, June 1, 2009

Isu Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris

Isu ini merupakan isu pendidikan. Sebarang keputusan mengenai merupakan masadepan generasi akan datang. Saya melihat isu ini ditilik dari sudut pandangan berbagai pihak. Ada juga parti politik yang mengeksploitasikan isu ini untuk kepentingan 'political mileage' mereka.

Ini beza politik kita dengan politik negara maju. Di negara maju, mereka boleh bersependapat jika untuk kebaikan 'rakyat' walaupun mereka dari parti berlainan. Bukan semua isu dipolitikkan dan dieksploitkan.

Saya sendiri merupakan pencinta Bahasa Melayu. Saya sendiri ingin melihat Bahasa Ibunda saya menjadi gagah perkasa dan menjadi bahasa ilmu. Dalam masa yang sama, kita kena tunduk kepada realiti dan menjadi realist.

Semasa saya masih disekolah menengah, iaitu sekitar tahun 80an, saya masih belum boleh menguasai bahasa Inggeris. Saya merupakan produk dari zaman perjuangan bahasa kebangsaan. Saya ingat lagi kempen menggunakan Bahasa Malaysia dalam tahun 1987 sedang hangat di RTM.

Ketika yang sama DBP banyak menghasilkan karya-karya terjemahan. Karya Steinbeck 'In Dubious Battle' saya nikmati dalam bahasa Melayu. DBP menterjemahkannya sebagai 'Perjuangan Sia-sia.'

Walaupun saya bersekolah di Lembah Kelang, bahasa Inggeris kebanyakkan rakan-rakan saya juga tidak sehebat remaja sekarang ini. Saya dapati, pelajar dari institusi sekolah Inggeris seperti Victoria Institution, St. John, St Mary dan berbagai lagi menguasai bahasa Inggeris jauh lebih baik dari kami, pelajar aliran kebangsaan.

Memang senang membaca karya sastera dan ilmu-ilmu lain dari terjemahan, walaupun pada pendapat saya untuk karya sastera, ianya mengurangkan nilai estetika karya asal, tetapi belajar ilmu 'universal' seperti sains dan matematik dalam bahasa Melayu, akan banyak mengurangkan kefahaman seseorang pelajar tentang 'nature' ilmu itu.

Saya bagi contoh, ketika saya masih di sekolah rendah, saya mengenali biologi sebagai kaji hayat, sedangkan biologi juga mengkaji benda hidup dan benda mati, bukan hanya sekadar hayat. Kami mengenali matematik sebagai ilmu hisab sedangkan ada beza antara 'matematik' dengan 'arimatik'. Bukan semua 'matematik' merupakan ilmu hitung.

Antara golongan yang menentang pengajaran sains dan matematik ini dalam bahasa Inggeris adalah tokoh sastera. Mereka antaranya yang sangat saya hormati(revered), seperti A.Samad Said, idola saya malah kadang-kadang saya cuba meniru langgam bahasanya. Semasa saya di tingkatan 5, saya pernah menemui dan berbual-bual dengannya di Kg Melayu Ampang(beliau sering bersembahyang di Masjid Kg Melayu Ampang).

Begitu juga dengan penulis novel 'Arus', Datuk Anwar Ridhwan, tidak bersetuju dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Saya sendiri pembaca karya-karya sastera yang serius, tetapi disiplin ilmu sains dan matematik amat berbeza dengan 'estetika' sastera.

Sains dan matematik merupakan ilmu universal. Pada mulanya, boleh dikatakan Greek merupakan pelopor kepada sains dan matematik. Apabila ilmuwan Islam menguasai ilmu, mereka banyak menterjemahkan karya-karya ilmuwan Greek ke dalam bahasa Arab. Arab pula menjadi bahasa sains.

Sebelum Inggeris menjadi bahasa ilmu dan global, kebanyakkan sarjana Eropah menggunakan bahasa Latin sebagai bahasa lingua franca. Walaupun bahasa Latin akkhirnya mati dan tidak menjadi bahasa harian(latin di sini merupakan bahasa roman bukan Sepanyol atau Haspanic), tetapi bahasa itu masih menjadi bahasa para ilmuwan di Eropah.

Apabila sarjana Barat juga berasa pentingnya ilmu rasional seperti sains dan matematik perlu diperkenalkan kepada dunia Barat, mereka menterjemahkan banyak karya-karya ilmuwan Islam ke dalam bahasa Latin.

Kita masih dapat banyak melihat pengaruh bahasa Latin dalam bahasa Inggeris-sains. Dalam blognya, Tun Mahathir mengambil contoh dari perkataan oxygen, cabangnya(derivative) begitu banya seperti Oxygenation, Oxidation, Oxide, Oxidants, Deoxydation, Oxidise, Oxidification, Dioxide, Monoxide, dan Peroxide.

Bagaimana penterjemah kita hendak menterjemahkannya?

Lagipun kebanyakkan penterjemah berlatarbelakang bukan pendidikan sains. Mungkin hanya berlatarbelakangkan pendidikan bahasa semata-mata.

Dr. Maurice Bucaille menulis dua buku: 'What is the origin of Man?' dan 'Bible, Quran and Science'. Beliau menceritaka sebagai seorang sarjana Barat, beliau membesar dengan budaya 'sekularisme' iaitu sains sebagai pegangan hidup, gereja sebagai pegangan agama dan ritual.

Apabila beliau dewasa, dan membaca bible beliau dapati bible banyak menyalahi fakta sains. Oleh kerana agama hanya 'faith', beliau meneruskan tradisi Christian merupakan dogma dan kehidupan ditentukan oleh sains.

Beliau membaca Quran melalui kitab-kitab tafsiran. Quran dan Bible merupakan panduan dan bukan buku sains. Membaca Quran melalui terjemahan juga beliau dapati banyak sangat fakta dalam Quran yang menyalahi fakta sains.

Beliau belajar bahasa Arab dan membaca Quran dalam bahasa Arab-Quraish. Beliau terkejut bila mendapati tiada satu pun fakta sains bercanggah dengan Quran, berlainan semasa beliau membaca terjemahan. Beliau juga menerangkan ini kerana, para penterjemah terdiri dari yang berlatarbelakangkan pakar bahasa dan sastera. Mereka mungkin tidak memahami intipati sains dalam Quran.

A-Quran diturunkan untuk menjadi panduan bukan untuk mengkaji sainsnya. Apa yang Dr. Bucaille nyatakan bahawa fakta sseperti contohny dalam Quran menggunakan bahasa Arab bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri tetapi memantulkan cahaya matahari. Jika diterjemahkan akan jadi berlainan kerana penterjemah tidak memiliki disiplin ilmu sains(astonomi).

Sama halnya dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Pembantah seperti GAPENA, tokoh-tokoh bahasa dan sasterawan juga ahli-ahli politik yang memainkan sentimen 'semangat kebangsaan' perlu memahami untuk maju dan disegani, Malaysia perlu menguasai sains dan teknologi.

Untuk menguasainya buat masa ini, bahasa Inggeris merupakan pintu kepada menguasai kedua-dua ilmu ini kerana mereka inventor, explorer dan exponent kepada bidang ini. Seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris sendiri, bila tamadun sudah maju jika ketika itu kita dapat 'Melayu'kan sains dan matematik, ramai masyarakt dunia akan ikut.

Put the first thing first.

5 comments:

Tok Ngah said...

Semua org pun tahu Bahasa Inggeris tu penting sebabagi bahasa peneraju Ilmu (kecuali agaknya Orang Jepun dan Orang Jerman). Aneh juga dua bangsa ni semakin maju dlm teknologi tanpa perlu memaksakan pendidikan dalam bahasa inggeris??? Yang menjadi kecohnya ialah bagaimana nak belajar bahasa Inggeris? Seiring dengan Matematik dan Sains atau Matapelajaran bahasa Inggeris itu sendiri yang perlu diubah sukatannya agar pelajar boleh belajar Sains dan math dalam mana2 bahas pun. Apa yang Jepun buat? Apa yang Jerman buat?

sri tribuana said...

Jepun dan Korea mengejar Barat ketika sains dan teknologi tidak seperti ini. Komander Perry membawa kapal wap ke Jepun dalam tahun 1800an, Jepun menyedari mereka menutup pintu kepada dunia dan mengejar peradaban Barat selama 45 tahun sahaja. Barat sendiri mengambil masa 150 tahun.

German sebahagian dari Eropah. Mereka tidak memerlukan bahasa Inggeris kerana mereka mempunyai budaya ilmu sendiri yang mungkin bersumberkan bahasa latin juga.

Pada era sekarang, even Jepun dan German yang patriotic dan fanatik dgn bahasa mereka juga sudah mula berjinak-jinak dgn bahasa Inggeris untuk menjadi global player. Bukan kita menentukan semua ini. Piawaian ditentu oleh tamadun lebih maju. We are a bad imitator, far from inventor...

Anonymous said...

bg sy pembeljaran matematik dan sains dlm b.inggeris adalah sgt2 bagus.xfaham knapa ada org yg xbleh terima.kata pemikiran terbuka,tetapi knapa hnya sesempit ini je.ok,sy ambik cntoh yg dekat la,dlm famly sy sndiri,sy yg mmg dr kecik lg smpai ke politeknik diajar dlm b.melayu.tp apabila masuk alam universiti,sy mgalami masalah yg ckup bsar sekali iaitu pgunaan b,inggeris.bleh dkatakn smua subjek kt dlm u ni dlm b.inggeris.sy mngaku sy mmg seorg yg lmah dlm b.inggeris.ini mmg mnyukarkn sy.berbeza pula dgn adik sy yg mmg dr sekolah rendah lg belajar dlm b.inggeris,dia lebih maju dari sy.jd apabila dia melangkah ke alam universiti,mmg tidak akan menjadi masalah lah kpd dia.ok,sy faham kalau kata ingin memartabat b.melayu,mmg betul.tp kalau betul2 mahu memartabatkan,kena ubah dahulu.biar semua universiti dan pusat pendidikan kt dalam malaysia ni menggunakan keseluruhan b.melayu.semua buku rujukan dan modul2 di terjemah dalam b,melayu.urusan perniagaan dan perhubungan luar pn mestilah ditukar kedalam b.melayu dulu.kita jadikan macam jepun dan jerman.sesiapa yg nk masuk ke negara kita mesti berurusan dalam b,melayu.tetapi,berapa ramai kah yg snggup buat begitu...belajar dalam b.inggeris bukan bermakna kita memperlekeh2 kn dan mempertidakkan b.melayu..ini hanyalah jalan untuk kita menuntut ilmu dan juga untuk memajukan negara kita juga.tetapi b.melayu tak akan hilang kerana ia sentiasa ada dalam jiwa kita.semua terletak dalam diri individu itu sendiri...