Followers

Friday, May 31, 2013

DS Najib Meniti Bilah Pedang Yang Tajam.

Saya mendiamkan diri beberapa hari, memerhati dan mecerna pandangan sahabat-sahabat nasib PM dan masa depan BN. Menarik, kerana pada peringkat awal, DS Najib masih nampak dalam 'commanding position.' Selepas perlantikan kabinet, saya mula nampak posisinya agak lemah dalam UMNO jika tidak merundum.

BN tidak kalah. UMNO jauh sekali. Ini kerana UMNO sebagai parti telah mengatasi mana-mana parti. UMNO menang 88 kerusi, terlalu majority jika kita tidak bandingkan secara PR dan BN.(Perlu diingati, PR bukan sebuah entiti yang didaftarkan seperti BN).

Sebaik keputusan diterima, kedua-dua pihak terkejut. PR terkejut kerana mereka terlalu yakin mereka boleh menang. BN terkejut kerana gagal mencapai majoriti dua pertiga. Kita lupakan PR seketika dengan 'stunt' Blackout dan '40 ribu bangla'nya. Kita fokus pada BN.

BN terkejut kerana mereka gagal mendapat majoriti dua pertiga. Sejak dari awal sebelum PRU, saya secara peribadi berpendapat, dua pertiga ini merupakan 'relic' masa silam. Kerajaan - mana-mana kerajaan - perlu belajar hidup tanpa 2/3.

Harapan penyokong BN yang menggunung ini asalnya untuk memberi semangat, boost moral mereka, akhirnya menjadi 'holy grail' kepada mereka. Mereka terlalu yakin, terutama penasihat PM dan sesetengah blogger pro BN. 

Bagi blogger pula, kejayaan mereka menduduki ranking Alexa dianggap sebagai 'berpengaruh'. PM menganggap beliau popular dengan pemberian bermacam-macam dan aksi bermacam-macam dalam menarik usaha kaum Cina termasuk memalu gendang tarian Singa.

Baik blogger pro-BN dan penasihat, malah PM sendiri dapat lihat 'pengaruh' itu gagal diterjemahkan sebagai 'undi'. Tidak ada dua pertiga dan kita kembali ke era 2008. Malah BN hilang tujuh kerusi.

Melalui pemerhatian saya, pemimpin yang naik dengan populariti sahaja tidak akan kekal. Lambat laun, emas yang disepuh dengan loyang akan luntur juga. Pegundi dan penyokong(yang berfikir) memerlukan kestabilan kerajaan sebagai pemudahcara(kurang karenah birokrasi), keselamatan, pembangunan yang menjana ekonomi, memberi peluang pekerjaan dan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

Pembentukan kabinet BN mempunyai kelemahan. Ini melunturkan sedikit semangat penyokong yang sudah nampak masalah bakal dihadapi oleh BN. Wanita sepatutnya di hadiahkan menteri penuh, kerana mereka yang banyak menyumbang undi dan tulang belakang UMNO selama ini. 

Sementara di Selangor, Hannah Yeoh telah dilantik sebagai Speaker pertama wanita, BN bagaikan membelakangkan Wanita. Sebaliknya, Ketua Pemuda yang gagal menambahkan pendaftaran memilih telah di lantik sebagai Menteri. PM melantik menterinya berdasarkan populariti.

Tun Mahathir tidak popular pada peringkat awal beliau menjadi PM. Beliau memulakan projek mega yang telah dituduh oleh pembangkang sebagai pembaziran. Beliau tidak berundur dan menukar polisinya demi meraih populariti.

Beliau meneruskan PLUS Highway, Jambatan Pulau Pinang, Proton, KLCC, KLIA dan sebagainya. Tidak seperti nasibnya PPSMI yang ditarik semula kerana meraih sekadar populariti, kita telah memperjudikan masa depan anak bangsa kerana politik.

Terkini, setelah Tun Daim bersuara dengan tanpa berselindung membelasah penasihat PM, saya sudah terdengar suara blogger pro BN yang membela dan malah menghentam Tun Daim. Ini masalah UMNO. Mereka tidak boleh berbincang 'agree to disagree' secara sihat.

Jika penasihat PM mula 'retaliate' terhadap pandangan Tun Daim, dan pandangan beberapa blogger pro BN yang tidak mengamalkan budaya bodek, saya sudah nampak nasib PM. Beliau makin berundur dan berundur ke dalam gua dan akan mula bermusuh dengan banyak pihak, persis seperti Tun Abdullah selepas PRU ke 12.



Wednesday, May 22, 2013

Total Football Dalam BN

Message yang jelas dalam PRU ke 13 adalah kaum Cina menolak MCA khasnya dan BN umumnya. Sementara UMNO masih sebenarnya gergasi dalam mana-mana gagasan, Melayu dalam PKR dan PAS sangat lemah. Dengan 88 kerusi parlimen dari UMNO, hanya 21 kerusi PAS, PAS gagal memenangi hati pengundi Melayu. PAS gagal ganti UMNO, sebaliknya DAP abang besar kepada Pakatan.

BN perlu mengkaji semula mengapa sebenarnya MCA ditolak oleh kaum Cina sebagai wakil mereka dalam kerajaan. Pernah sesekali saya berbual dengan pengundi Cina, MCA juga masih hidup dalam era warlord dan tidak mempejuangkan kepentingan kaumnya secara umum.

Sampai masa BN perlu bertindak secara total, tidak diberi tugasan menjaga kaum masing-masing sahaja. Ini bukan era UMNO menjaga Melayu, MCA menjaga Cina dan MIC menjaga India. Seseorang wakil rakyat BN samada dari UMNO, MCA dan MIC perlu menjaga semua kaum dalam kawasan ADUN dan Parlimen mereka.

Walau apapun tuduhan pembangkang terhadap BN, satu kekuatan BN yang tidak ada pada mereka adalah sikap toleransi. Politik Malaysia adalah politik Melayu. Suka atau tidak ini perlu diakui oleh semua ahli politik. Walaupun kaum Cina dan kadang-kadang kaum India bermegah mereka adalah 'playmaker' yang menentukan siapa menang atau tidak, tanpa persetujuan bangsa majoriti, mereka tidak akan dapat memerintah.

Di bawah BN, UMNO mengamalkan konsep berkongsi kuasa dengan minority. Dalam PR, kaum minority ingin mendapat kuasa, atau setidak-tidaknya membonekakan Melayu yang berkuasa.

Kita ambil Selangor sebagai contoh. Walaupun PAS memenangi kerusi sebanyak DAP, namun mereka tidak dianggap layak memegang tampuk. Kemudian DAP tidak berpuashati tentang perlantikkan exco dan speaker dewan. DAP tidak akan berpuashati hingga 'rencana' mereka berjaya.

Ini sebenarnya menimbulkan keresahan dikalangan akar umbi PAS. Dalam Pakatan, PAS kelihatan hanya boleh memimpin negeri yang majority Melayu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah. Rakan Se Pakatan mereka tidak mempercayai kebolehan mereka memimpin negeri cosmopolitan.Tidak mustahil dalam muktamar PAS nanti mereka akan keluar dari Pakatan, walaupun tidak menyertai UMNO.

Bukan senang menjaga keharmonian dalam negara berbagai kaum. BN sudah membuktikan mereka mampu menjaga keharmonian ini selama 58 tahun. Namun tidak ada apa-apa yang kekal di bawah sinar matahari. Justeru BN perlu juga menukar pendekatan mereka, mengubah cara politik.

Antara yang saya sarankan, wakil BN perlu mesra semua bangsa dan kaum dalam kawasan mereka. Tidak boleh lagi dibiarkan MCA mempunya kata penentu dalam urusan orang Cina dan India, dan sebaliknya. 

Friday, May 17, 2013

Cabaran KJ.

Reaksi terhadap perlantikan KJ sebagai Menteri Belia dan Sukan bercampur baur. Saya terbaca di Facebook pendirian Kelab Che Det, mereka secara rasmi membantah, dan hingga kini masih membantah. Dalam twitter pula berlaku 'perang mulut' antara golongan pro-KJ dengan golongan yang anti-KJ. Blog juga begitu.

Saya akui KJ memang mendapat sokongan dan diminati oleh golongan muda. Rata-rata golongan muda yang saya temui mengkagumi beliau. Dan mereka bukan dari Pemuda atau UMNO, golongan atas pagar, malah ada dari mereka cenderung ke pembangkang.

Jika boleh diterima, mungkin ini asas PM melantik beliau. "It doesn't matter whether the cat is black or white", kata Deng Xiaoping, "but it's a good cat as long as it can catches mice".

Masih awal untuk menilai prestasi  KJ. Memang beliau petah berkata-kata, berdebat dan menyanggah kata-kata demi kata-kata dari musuh BN seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah, Nik Nazmi bahkan Anwar sendiri. Namun seperti kebanyakkan hukum am(general rule), orang yang pandai bercakap selalunya tidak pandai buat kerja. 

Kita nantikan 'buah tangan' KJ untuk peminatnya.(Which is I am not his fan anyway).

Namun pengaruhnya di kalangan generasi muda memang tidak dapat dinafikan. Seperti yang saya tulis semalam, orang Melayu ini mudah impress dengan hal-hal kosmetik, luaran, superficial. Tidak penting bagi mereka melihat lebih dari sekadar penampilan dan percakapan. Justeru itu maka ramai 'oostad' celebrity muncul dan mendapat peminat. Kita Melayu sangat mudah terperangkap dengan penciptaan 'cult'.

Hanya sesuatu yang membimbangkan saya. Sesetengah dari Pemuda yang sangat seronok KJ menjadi Menteri Belia dan Sukan sudah tentu mengharapakan sesuatu. Saya pernah menjadi Ketua Penerangan Pemuda dan saya tahu apa yang Pemuda inginkan.

Dari kacamata Pemuda era ini, perlantikan seseorang ke sesuatu jawatan hanya membawa satu makna - "Apa yang aku dapat?" Saya percaya kali ini juga tidak terkecuali.

Seringkali saya dengar ayat: "macam mana nak buat kerja, kalau duit tak ada" dikalangan Pemuda. Mungkin saya terlalu idealist tetapi ini sebenarnya punca mengapa orang meluat dengan UMNO. Di sini juga Pemuda berbeza dengan AMK atau Pemuda PAS. Mereka berlandaskan pejuangan. Pemuda UMNO berlandaskan kebendaan.

Saya terpaksa berterus terang kerana ini kenyataan hari ini. Majority pengundi atas pagar sudah bosan, muak dan jelak dengan sikap Pemuda khasnya atau pembesar UMNO lain amnya dengan menayang kereta besar, mebawa gerombalan pengikut hingga mereka kelihatan elit dan sukar didekati. 

Sebagaimana saya menolak politik wang dalam UMNO, begitu saya menolak pemberian 'imbuhan' kepada pengikut untuk mengekalkan kuasa. Ini sebenarnya cabaran KJ.

Kita tahu beliau yang asalnya persona nan grata tiba-tiba muncul dalam pentas politiik Malaysia, bukan sebenarnya berbekalkan kehebatan akademiknya, tetapi kerana kedudukan sebagai menantu PM, secara tidak langsung mempunyai kelebihan mengumpul kekayaan dan akhirnya membeli undi. Legacy Tingkat Empatnya masih menghantui UMNO

Selepas beliau dipinggir, satu period yang saya panggil 'political exile' itu orang melupai siapa KJ sebelum ini. Di situ beliau menunjukkan bakatnya dalam memenangi hati golongan belia dengan kononnya 'berani', outspoken dan pandai berdebat.

Mengapa masa silamnya itu penting?

Ini kerana sebagai seseorang yang memegang jawatan Menteri, beliau mempunyai peruntukan, dan jika masih mengamalkan 'imbuhan' kepada pengikut maka UMNO akan gagal keluar dari persepsi parti rasuah. Cabaran KJ adalah mentarbiah Pemuda bahawa segala titik peluh yang dicurahkan kepada parti adalah pejuangan memertabatkan bangsa Melayu.

Persepsi yang ada sekarang ini dikalangan ahli UMNO biasa adalah, golongan elit pembesar UMNO yang memegang jawatan; menggunakan parti keramat UMNO sebagai parti memartabatkan Melayu untuk mengkayakan pengikut, diri sendiri dan kaum keluarga. Dengan ringkas, beberapa orang memegang jawatan sebagai minority yang elit menggunakan berjuta-juta ahli biasa UMNO ini untuk kepentingan peribadi.

Politik wang perlu dihapuskan dari peringkat cawangan, bahagian hingga UMNO Malaysia. Jika Pemuda gagal melakukan, maka kita boleh ramal bakal pemimpin dari UMNO yang perlu kita dukungi. Ini bererti berakhirlah riwayat parti keramat ini. Ini juga punca ramai pengundi meluat dengan UMNO

UMNO is indispensable. But not its leaders. Hence Churchill's maxim "I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat" shall prevailed. 

Keringat dan darah nenek moyang kita, untuk kita dan di mana keringat dan darah kita untuk anak cucu kita?





Thursday, May 16, 2013

Oh Melayu, senangnya nak tipu kau.

Saya tak tau apa masalah orang kita. Kebanyakkan orang kita ni sebenarnya naive, dan baik. Mungkin ayat yang tepat dalam bahasa Inggeris: "gullible". Karl Marx menganggap 'gullibility' adalah vice yang dia maafkan. Kesian.

Jika dulu ada pemuzik tiba-tiba berserban dan berjubah, dia tak semena-mena boleh jadi 'oostad' dengan menukar penampilannya. Kata-kata oostad itu berhamburan di wall-wal Facebook, tanpa mengira logiknya. Macam contoh, "Dalam Islam sambut hari ibu tiap-tiap hari, bukan sehari setahun."

Dengan meletak gambar oostad akan-akan muka Arab itu, maka kata-kata itu sekelip mata menjadi 'mutiara kata'. Logiknya, bukan dalam Islam saja, malah Kristian, Buddha, Shinto, Judaism, Zoroaster, hatta atheist boleh menyayangi ibunya tiap-tiap hari.

Kita juga mudah melupakan kesalahan seseorang yang hampir memusnahkan negara kerana kerakusannya. Orang Melayu masih tidak belajar. Bagi dia peluang, dia muda lagi, dia idola generasi Y, bla bla bla bla..... 

Melayu mudah lupa, kata Tun Mahathir, tetapi kerana itu mungkin beliau boleh memerintah hingga 22 tahun. Bagi saya Melayu hanya gullible. Mereka tak percaya adanya ancaman dari luar kelompok Melayu kerana kununnya mereka benci perkauman. Oostad PAS kata tak de racism dalam parti satu lagi, golongan pak turut pun percaya. 

Seperti kata motto Karl Marx: 'De omnibus dubitandum'.*

Semangat itu orang Melayu patut tanamkan. Mereka perlu faham pemimpin itu datang dan pergi, dan mengidolakan sesuatu figure hanya lambang dari rasa kerendahan diri mereka.






*"You must have doubts about everything"






Monday, May 13, 2013

Tawaran KJ.

Ketua Pemuda UMNO Malaysia menawarkan diri untuk membantu PM dalam Kabinet. Ini satu tawaran yang aneh, kerana selalunya jawatan kabinet dilobi secara senyap. KJ sendiri menyatakan bahawa dia secara budiman(gentleman) tidak suka melobi dari belakang.

'Menawarkan diri' adalah satu statement atau kenyataan yang popular pada tahun 93. Ianya dimulakan oleh Anwar Ibrahim ketika melawan Tun Ghapar sebagai Timbalan Presiden UMNO. "Saya, Anwar bin Ibrahim, menawarkan diri saya untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO......", kemudian ayat 'menawarkan diri' menjadi ikutan dalam pertandingan Naib Ketua, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita. 

Monkeys see, monkeys do.

Adakah KJ merupakan neo-Anwarisme dalam UMNO? Kedua-duanya bijak berpidato, pandai memainkan sentimen dan popular dikalangan golongan muda bagi generasinya. Kedua-duanya suka berdolak dalik, dan saya percaya kedua-duanya menganggap 'power itself is a virtue.'

Anwar mengumumkan akan bersara dari politik seandainya PR kalah dalam PRU ke 13. KJ juga pernah mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi Rembau. Kedua-duanya melupakan janji, dan terus berbuat sebaliknya.

Bagi saya, walaupun KJ menang dengan majoriti yang besar di Rembau, ia bukan satu pertanda atau indicator bahawa rakyat Malaysia mahu beliau mewakili mereka di Kabinet. Sebagai seorang Ketua Pemuda dalam PRU ke 13, KJ tidak bertindak sebagai Ketua Pemuda UMNO, beliau hanya bertindak sebagai Ahli Parlimen biasa cuba mempertahankan kerusi Rembau. Itu saja.

Bukan rahsia umum, BN kalah rata-rata disaluran 4 dan 5 dimana saluran pengundi muda. Bagaimana beliau dikatakan berjaya 'captured the imagination of the youngs' apabila golongan muda tidak endorse BN. 

Dan sebagai Ketua Pemuda, beliau gagal mewujudkan wave golongan muda dari segi psychology warfare. Jentera Pemuda tidak nampak menonjol dimana-mana pun, kecuali gerombolan bermotor yang kadang-kadang boleh backfire kerana menganggu anak-anak pengundi tidur.

"Bagai enau dalam belukar",kata perpatah, "melepaskan pucuk masing-masing". Begitulah gambaran keadaan UMNO ketika itu, semua ingin menang ditempat sendiri sahaja.

Kita masih merasakan pencaturan yang salah dari bahana Tingkat 4 dahulu. Apabila PM tidak berani membersihkan UMNO dari virus-virus sebegini, kita boleh lihat kesannya pada PRU ke 13. Semua kita tahu dari mana punca kekayaan KJ. Beliau bermula hanya sebagai Pegawai Khas kepada PM(kemudian bapa mertuanya)

Cukup-cukuplah mencipta monster dalam UMNO. Tidak mahu lagi Shahrizat Jalil, Nor Yaacob dan Anwar wannabe. Saya sebagai ahli UMNO menyayangi UMNO lebih dari mana-mana pemimpin, walaupun PM. Pemimpin datang dan pergi. UMNO remains as a mainstay of the Malay struggles.

That's the sole reason why I still supporting UMNO. Perhaps, the one and the only reason.









Sunday, May 12, 2013

Mengapa UMNO/BN Bertindak Macam Orang Kalah?

Sebaik mengetahui keputusan, wajah PM tidak ceria walaupun partinya menang.Saya faham kekecewaan beliau. Selangor kalah teruk, dan beliau gagal mendapat 2/3.

Walaupun ramai cybertrooper UMNO yakin BN akan mendapat 2/3, saya sejak mula merasakan ia sukar berlaku. Ini kerana trend dunia masa kini. Di Britain, mereka terpaksa berkrompromi untuk membentuk kerajaan. Begitu juga di Australia. Kesimpulannya, 'era 2/3' sebenarnya sudah berakhir. Malah BN masih bertuah kerana mempunyai kelebihan 44 kerusi.

BN masih bertuah kerana tidak perlu memujuk DAP, atau PAS atau PKR. BN boleh membentuk kerajaan dengan berdiri sendiri. Ini sebenarnya satu kejayaan.

Di sebalik kegagalan BN mendapat 2/3, cuba dengari message yang ingin disampaikan oleh pengundi. Mereka sebenarnya menolak sekeras-kerasnya unsur-unsur rasuah dalam kerajaan, bukan hanya dalam parti atau oleh orang politik.

Tugas utama PM sekarang adalah bersihkan UMNO dari rasuah. Bersihkan agensi kerajaan dari rasuah. Bersihkan GLC dari rasuah. Dalam usaha menghapuskan rasuah dalam UMNO, kita akan lihat kesannya dalam pemilihan UMNO yang terdekat ini. Ini kerana sistem 'perwakilan' telah ditukar. Calon akan dipilih sebanyak 60 peratus dari cawangan. Ini juga memberi kurang kuasa kepada warlord-warlord UMNO.

Kemudian, PM perlu tegas dalam soal pentadbiran. Beliau memerlukan KSN yang tegas bagi menjaga penjawat awam dari melakukan rasuah. Saya masih ingat zaman Tun Mahathir, Tan Sri Ahmad Sarji telah membuat pembaharuan(reform) dalam sektor awam dan memudahkan Tun sebagai pembuat dasar melaksanakan visinya.

Kecekapan mereka juga perlu dipertingkatkan dan jika tidak akan membuat rakyat fed up. Ini akan memberi kesan kepada BN juga ketika PRU nanti. 

Saya juga mencadangkan, parti UMNO memerlukan sistem pengkaderan yang baik. Tidak cukup hanya setakat pegawai menteri dan Perdana Menteri di groom dan akhirnya menjadi calon. Saya boleh katakan, sayap dalam UMNO untuk menyediakan pelapis telah gagal. Ini kerana dalam Pemuda, segalanya ditentukan oleh duit.

UMNO memerlukan pekerja sepenuh masa dalam menjaga hal ehwal parti. Masalah bagi UMNO apabila pemegang jawatan penting juga memegang jawatan dalam kerajaan dan delegate kerja kepartian kepada pegawai-pegawai lain. 

Kegagalan UMNO/BN mengenal pasti pengundi luar, gagal mendaftarkan pengundi mereka dan sebagainya adalah kerana tidak ada pekerja sepenuh masa untuk bertindak sendiri. Di bahagian, semuanya menunggu arahan ketua bahagian, dan pelaksana cuma setiausaha kerja.

Dan yang penting, head up guys, keep up a good job. Banyak perkara yang perlu diperbaharui untuk PRU ke 14 ini.

Wednesday, May 8, 2013

Message kepada PM: 'Blood, toil, tears and sweat."

Winston Churchill mengatakan: I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat."

Winston Churchill menjadi PM British setelah Neville Chamberlain meletak jawatan menjelang Perang Dunia Kedua. Pentadbiran Chamberlain disertai ramai bangsawan dan ahli perniagaan kerana itu zaman aman. Apabila Churchill mengambil alih, zaman 'bulan madu' itu sudah berakhir. Tidak ada lagi kerusi empuk, wang dan emas, perniagaan bahkan Empayar British sendiri semakin berantakan.

Churchill memilih ahli kabinetnya dengan tawaran "I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat." 

Beberapa hari lagi PM akan melantik jemaah menterinya. Sama seperti Churchill, PM Najib tidak boleh lagi membentuk kabinet dari kalangan yang suka kerusi empuk, mengumpul kekayaan dan terlalu business minded. Jika ingin berniaga, jangan jadi menteri, jadi ahli perniagaan.

PM Najib perlu melantik menteri dari kalangan yang betul-betul boleh berkhidmat tanpa memikir kekayaan peribadi dan kroni, yang berminat membangunkan Malaysia dari segi pendidikan dan kemajuan teknologi. Tidak mahu lagi harga skru dan laptop sampai berpuluhan ribu.

Saya minta PM Najib nyatakan kepada Kabinetnya: "I have nothing to offer but blood, toil, tears and sweat.".

Kebetulan Churchill mengangkat sumpah sebagai Prime Minister pada 13 Mei 1940 di House of Common.

Sebaik PRU Usai.

Ya, saya cuba untuk tidak memberati posting ini dengan terlalu banyak data dan statistik. BN membentuk kerajaan dengan memenangi 133 kerusi, 88 darinya dari UMNO. Sementara PR pula berjaya memperolehi- DAP 38, PKR 30 dan PAS 21.

BN masih memerintah dan kuasanya makin lemah. Ini fakta.

BN berada di persimpangan yang lebih getir dari tahun 2008. Samada BN mampu untuk bangkit atau tidak, terserah kepada pucuk pimpinan merangka strategy untuk PRU ke 14. 

Apa sebenarnya message yang ingin disampaikan oleh pengundi? Pengundi Cina bersepakat tidak mahu diwakili oleh MCA dan BN. Pengundi Melayu di bandar memberi pertunjuk bahawa mereka tidak lagi bergantung kepada kerajaan BN, sudah tidak perlukan tongkat dan mampu berdiri sendiri. Hanya pengundi di luar bandar masih setia dengan UMNO dan BN(Sabah dan Sarawak).

BN masih tidak dapat membuang persepsi bahawa mereka itu corrupt. Walaupun pihak lawan bukan juga sangat baik tetapi persepsi sudah bersarang di minda pengundi - terutama di bandar - bahawa BN merupakan parti yang corrupt.

Kesilapan PM sebaik mengambil alih kerusi PM dari Tun Abdullah, beliau masih mengekalkan personaliti seperti Shahrizat Jalil, Mohd Nor Yaakob, Rais Yatim. Jelas rakyat menolak sebarang bentuk salahguna kuasa dan corruption. 

Sahabat saya blogger Outsyed the Box menulis dalam posting New Cabinet: Losing PRU14 Over the Next Few Days memberi amaran, PRU ke 14 boleh dimenangi atau kalah bergantung kepada barisan kabinet yang bakal dibentuk oleh PM beberapa hari lagi.

Para bakal menteri perlu dilantik dari kalangan yang tidak akan sewenang-wenang membuat duit dengan kuasa yang ada padanya. Era itu sudah berakhir. Era Billionaire Boys Club sudah berakhir jika BN ingin kekal relevan.

Oleh kerana persepsi(yang tidak semestinya betul) berjaya ditanam oleh cybertrooper PR terutama Red Bean Army untuk membenci apa saja bersifat kerajaan seperti PDRM, SPRM, SPR maka ianya merupakan kekalahan kami, pendokong kerajaan. 

Kebencian itu sudah mula berakar umbi, dan sekian banyak pembohongan seperti peristiwa 'blackout' tetap dipercayai. Justeru itu saya minta pengamal media pro BN supaya mengurangkan spin yang melampau dan paling penting kurangkan posting tentang seks.

Bawa fakta tentang penyelewangan PR yang kononnya suci itu jika ada. Saya dengan ini yang ingin berehat dari posting politik, terpaksa menangguhkan hasrat saya.

Demi Melayu/Islam dan demi Tanah Air tercinta.








Wednesday, May 1, 2013

Israel Sokong Anwar?



Di atas adalah kenyataan Anwar. 

Kemudian tiba-tiba Israel mengambil tahu tentang pilihanraya di Malaysia. Sebelum ini, Singapura sebagai 'voyeur neighbour' juga menggesa PRU Malaysia perlu diadakan segera. Dan Singapura merupakan sekutu kuat Israel di rantau ini.





Sejak bila orang Israel tahu di mana Malaysia dalam peta dunia? Sejak bila Israel berminat dengan politik Malaysia? Adakah sejak dikatakan 'pertahanan Melayu/Islam terakhir' iaitu UMNO sudah lemah dan akan kalah PRU ke 13?

Jika PAS boleh faham bahasa Inggeris ini, dan seseorang boleh terjemahkan kepada Nik Aziz, Haji Hadi dan Dewan Ulama PAS, insaflah. 

Anda sedang tidur dengan musuh.