Followers

Friday, February 8, 2013

Arnab Spring

Syed Akbar Ali meramalkan dalam bukunya 'Malaysia And The Club of Doom', sejak dari tahun 2005 lagi bahawa satu masa negara-negara Arab yang confuse tentang Islam akan mengalami masalah untuk hidup dalam zaman moden ini. Mereka akan gagal, mereka akan huru hara dan mereka akan terpinggir.

Ternyata ramalannya menjadi kenyataan. Bermula dengan Tunisia, Libya, Syria dan Mesir, berlaku apa yang dipanggil 'Arab Spring'. 'Arab Spring' terjadi kerana budaya bangsa Arab yang tidak sesuai dengan demokrasi. Arab, seperti China sepatutnya di perintah secara 'kuku besi'.

Hingga kini, walaupun pemimpin-pemimpin yang dikatakan korup, kuku besi dan zalim kebanyakkannya sudah tumbang(kecuali Syria), kebanyakkan negara yang terdiri dari 'Club of Doom' itu belum pulih sebenarnya. Ekonomi Mesir makin teruk. Pengangguran meningkat hingga 80%. Bahkan 'anugerah Allah' versi Mesir, Morsi gagal menangani krisis yang kian meruncing.

Anehnya, negara-negara 'Club of Doom' ini menjadi pujaan para Mullah sebelum huru-hara. Negara yang masih huru hara itu masih menjadi pujaan para Mullah dan pembangkang kerana terinspirasi dengan 'kejayaan' 'club of doom' lain menjatuhkan rejim 'club of doom' lama.

Tun Mahathir menulis dalam blognya ANWAR'S PROMISE bahawa di Australia, Anwar berjanji  dalam PRU ke 13 jika PR tewas, beliau akan mengadakan demostrasi a'la Arab Spring. Beliau sudah membuat 'groundwork' bahawa SPR tidak telus dan selama ini kemenangan BN kerana menipu undi. Beliua sudah membuat pre emptive moves, mungkin sudah merasakan PR akan kalah.

Malaysia merupakan sebuah negara yang indah. Bahkan seorang rakan kongsi saya berbangsa Arab yang bermaustautin di sini pernah mengatakan Malaysia merupakan 'syurga'. Allah merahmati Malaysia kerana sikap toleransi orang Melayu sebagai penduduk asal.

Semuanya akan dirosakkan oleh Arab Spring a'la Anwar, justificationnya hanya beliau ingin menjadi PM. Namun demikian, saya tidak merasakan Malaysia sesuai menjadi lapangan Arab Spring. Saya tidak merasakan rakyat merasakan kerajaan yang ada sekarang terlalu zalim seperti pemimpin negara Arab.

Memang ada kepincangan di sana sini, terutama dalam soal korupsi dan karenah birokrasi tetapi Malaysia, berlatarkan sifat Melayu yang lembut, tidak bersedia untuk menumpahkan darah dan menganggu keharmonian dan keamanan hanya kerana cita-cita seseorang untuk menjadi PM.

Namun di bawah PR, sejak membentuk kerajaan, sudah berlaku satu revolusi baru. Saya namakan revolusi 'Arnab Spring'. Arnab Spring sangat sesuai dengan PR. Bermula dengan Ketua Umum yang boleh kongsi isteri dengan Timbalannya, diikuti oleh seorang ulama PKR yang kaunseling isteri orang pada pukul 3 pagi.

Jangan lupa pada tahun 90an, Timbalan Presiden sebuah parti Arab di Malaysia ini juga berkhalwat dengan isteri rakannya. Seorang exco Selangor yang masih bujang boleh duduk serumah dengan suami orang.

Demi keamanan, saya lebih rela PR membuat revolusi Arnab Spring dari revolusi a'la Arab Spring.


Say Hi to Hugh Hefner.




2 comments:

Anonymous said...

Aku Hensem

Arnab Spring diasaskan oleh Hugh Kefner dan ideologi ini berkembang dengan penglibatan LGBT. Dengan adanya Arnab Spring, manusia2 dibawah kepimpinan Anwarghairah bole menjadi lebih binatang daripada binatang.

HIDUP ARNAB SPRING!!!!!!!!!!!!!!!

BaitiBadarudin said...

As salam,
Saya kira ramai antara kita, terutama Gen Y, yang mudah terpedaya dengan demokrasi liberal dan pluralisme.
Begitu juga dengan Kaum Muda di Dunia Arab semasa Perang Dunia Pertama yang terpengaruh dengan hasutan Lawrence of Arabia.
Malangnya, kebangkitan orang Arab menggulingkan Empayar Osmaniah, yakni Arab Revolt 1916-1918, bukan saja mewujudkan negara-negara Arab tetapi juga negara Israel.
Sehingga kini, hanya negara-negara Arab yang bersekutu dengan AS yang tidak dicerobohi.
Justeru, pemimpin dan rakyat di Alam Melayu juga perlu mengambil iktibar daripada agenda kuasa-kuasa besar ke atas kedaulatan tanah air mereka.