Followers

Monday, February 25, 2013

Binatang dan Syaitan: Dua-dua tak faham perumpamaan?

Seronok juga menengok ke juak-juak pembangkang membela wali mereka apabila wali mereka mengatakan penerima BR1M seumpama binatang, macam beri makan ayam dan  itik. Lembu pun turut terlibat, turut disebut dan terseret dalam permasalahan politik.

Sejurus selepas kenyataan Nik Aziz yang sekemballi dari Umrah itu dipersenda-sendakan, diperolok-olokkan maka bangkit para 'mujahidin' membela wali mereka. Mereka menuduh PM dan BN tak faham 'balaghah' atau perumpamaan, atau 'mathalun' atau misalan.

Anenhnya, seketika dulu juak-juak PAS, terutama bekas MB Perak Nizar Jamaludin mempersenda-sendakan Tun Dr. Mahathir. Tun mengungkap pepatah Inggeris: "the devil you know" dalam membuat perbandingan antara BN dan PR.

Mereka mempersendakan Tun dengan mengatakan Tun penyembah syaitan, BN syaitan dan mereka malaikat. Saya tidak percaya Nizar tidak memahami 'figure of speech' berkenaan, tetapi dengan sengaja meletakkan dirinya setaraf dengan pencacai.

Dan sekarang PM Najib dikatakan tidak layak menjadi PM jika tidak faham 'balaghah'. Jadi dalam dunia ini hanya wali saja yang maksum, boleh membuat sebarang perumpamaan dan samada pengikut faham atau tak faham; mereka hanya perlu 'angguk-angguk, geleng-geleng' sahaja. Ini tiket ke syurga.

Untuk berlaku adil, isu ini tidak perlu dilihat out of context. Nik Aziz tak setuju BR1M diagihkan kepada rakyat dengan alasan dia saja yang tahu. Begitu juga dengan Tun. Beliau hanya memberi perumpamaan bahawa BN lebih baik walaupun sudah lama memerintah dan sudah banyak kelihatan cacat cela dari PR yang bagaikan malaikat menjanjikan 'bulan dan bintang' tetapi masih diragui track recordnya. 

Plain and simple.


Jadi apa yang juak PAS nak bisingkan bila dengan senjata yang sama lawannya memulangkan semula paku buah keras? Hanya kerana seorang wali itu dikatakan ulama maka dia langsung tak boleh dijentik? Namun wali yang mengutuk pemberian BR1M itu boleh memberi BR1M versinya. Lebih parah, pemberian itu diberi ketika Pilihanraya Kecil Galas.


Perumpamaan orang yang memberi duit kepada pengundi masa pilihanraya kecil adalah......(isi tempat kosong)

4 comments:

Anonymous said...

Bagaikan Telunjuk lurus kelinking berkait. Bagaikan syaitan bertopengkan manusia.

Anonymous said...

Anehnya penganut ugama PAS tidak mengherdik Nik Aziz kerana menghina rakyat yang menerima bantuan kerajaan dengan menyamakan mereka dengan binatang.lni adalah satu penghinaan yang besar, walaupun perkataan yang digunakan ialah sebagai mithalan. Ini menunjukkan Nik Aziz sebagai angkuh dan memandang rendah pada orang-orang yang memerlukan bantuan ini. Boleh jadi Nik Aziz yang sanggup bekerjasama dengan syaitan telah kaya dan tidak memerlukan bantuan tetapi ini tidak bermakna orang lain tidak boleh menerimanya.

Ali

Anonymous said...

Saya ti dak kecil hati dengan apa yang didakwa wali seliper,sebab mereka lebeh binatang drp segala binatang...

Cuba kita lihat puak2 wali seliper
bila ceramah saja,akan ada puak2 yang tadah kupih minta sedekah dan
cakap kerana Allah dan fisabillillah. Dalam upacara sembahyang hajat dan diikuti do'a KO BN pun ada upacara minta sedekah tadah kupiah..... Terang dan jelas mereka2 ini binatang yg
sejak dulu2 lagi minta sedekah,,,,

Anonymous said...

UMNO dah tua dah dekat kepenghujung..... sama2 berdoa semoga dikalahkan dalam pru13 ni.