Followers

Friday, February 15, 2013

Berakhirnya politik kebangsaan dan bermula politik agama.

Ketika era menjelang merdeka, menjadi trend negara yang dijajah mencari identiti yang boleh menyatukan mereka. Di negara-negara Arab, Islam bukan satu-satunya faktor menyatu kerana ramai Arab yang menganut agama selain Islam. Maka mereka memilih semangat kebangsaan(nationalist).

Selepas Perang Kemerdekaan Turki 1919, Attaturk dan beberapa 'Young Turks' memilih nationalism yang menyatukan bangsa Turki. Bangsa Turki tidak wujud. Usmaniyah merupakan sebuah fiefdom yang berkembang menjadi empayar bermula dengan Osman Ghazi sebagai founder.

Rakyat Turki berasal dari berbagai keturunan, dari Balkan, Serbia, Greek, Yahudi, Slovakia dan Rusia. Selepas Turki memenangi Perang Kemerdekaan, antara persetujuan dengan Greek adalah memindahkan orang Turki di Greek pulang ke Turki, dan orang Greek di Turki pulang ke Greek. 

Masalah timbul, bagaimana menentukan bangsa sebenar orang Turki yang berlatarkan berbagai etnik. Attaturk menetapkan Islam. Mana-mana Turki dari berbagai etnik itu Islam mereka dianggap berbangsa Turki.

Sementara Arab pula menentang kekuasaan Usmaniyah kerana menganggap mereka penjajah, walaupun seagama. Malah Arab menerima bantuan British dengan kedatangan Lawrance of Arabia. 

Di Malaysia UMNO bersetuju menjadikan antara ciri-ciri kemelayuan pasca kemerdekaan adalah mesti beragama Islam. Selama 55 tahun UMNO dan BN memerintah, mereka mengamalkan semangat musyawarah dengan bangsa dan agama lain. 

BN berjaya membawa keharmonian.

Namun PAS sering mencemuh UMNO tidak Islamik kerana membawa semangat kebangsaan. Mereka ingin menjadikan Malaysia negara Islam. Masalah dengan 'negara Islam' adalah, ianya tidak seragam dan mempunyai berbagai versi mengikut selera pejuangnya.

UMNO juga di cemuh oleh DAP yang mengaku parti liberal dan tidak berfahaman sesuatu bangsa. DAP juga mencemuh MCA dan MIC kerana mempejuangkan kepentingan kaum masing-masing. Ironinya, selama BN menjadi kerajaan, segala masalah kaum boleh diselesaikan dengan perbincangan.

DAP yang mengaku mereka parti tidak berasaskan kaum sekarang ini makin lama makin nampak belangnya. DAP sebenarnya berasaskan agama iaitu Kristian. Lim Guan Eng dalam usaha memenangi hati pengundi Sabah dan Sarawak minta kalimah Allah dibenarkan dalam bible Melayu.

15 daripada 20 ahli CEC merupakan Kristian. Hannah Yeoh mendapat liputan hampir setiap hari oleh akhbar STAR kerana kebanyakkan wartawan STAR merupakan pro DAP kerana seagama.

Jadi adakah benar bahawa era ini kononnya berakhir era semangat kebangsaan yang merupakan trend menjelang kemerdekaan? Benarkah generasi baru Malaysia menolak parti berasaskan kaum?

Namun muncul trend yang lebih meruncing. Jika agama menjadi asas kepada sesebuah parti seperti PAS(Islam) dan DAP(Kristian) ia lebih merbahaya dari sekadar rusuhan kaum. Adakah politik Malaysia sekarang ini sedang membiakkan kebencian terhadap agama selain agama sendiri dan menjadi medan tempur kepada rusuhan agama?


Tahaluf siyasi PAS bagi saya hanya kaedah siasah. Ia hanya 'pakat' (plot) , bukan 'barisan'(coalition).

Jika benar parti berasaskan kaum tidak mempunyai masa depan di Malaysia, menyuburkan parti berasaskan agama lebih membawa kemunduran sebenarnya.

Mari kita menjadi lebih  progressif.










2 comments:

Anonymous said...

.... Dan akhirnya akan manjadi extremist yg akan mengganggu gugat keselamatan......

oRang kAmpong said...

liberal hanya laa retorik di atas kertas.politik memang tidak bolih lari dr sentimen.