Followers

Thursday, November 1, 2012

Nik Aziz antara pemimpin yang paling sihat?

Ibrahim Ali mendesak Nik Aziz agar melepaskan jawatan kerana sudah terlalu lama berkuasa. Nik Aziz juga telah berusia, elok diberi peluang kepada orang muda.

Aspan Alias menulis dalam blognya, TGNA adalah di antara pemimpin yang paling sihat.

Pada satu ketika, semua orang percaya Tun Dr. Mahathir tidak akan bersara dari politik dan melepas kerusi PM. Ramai yang percaya Tun akan mati atas kerusi. Maklumlah beliau diktator dan mahafiraun.

Antara yang mengeluarkan kenyataan sinis bahawa Tun tidak akan bersara adalah Nik Aziz. Tun, seperti selalu sebagai master of paradox, mengumumkan untuk melepaskan sebarang jawatan politik pada 2002. Beliau benar-benar mengotakan katanya pada 2003.

Hampir sepuluh tahun kemudian, pemimpin-pemimpin seperti Lim Kit Siang, Karpal SIngh dan Nik Aziz yang hebat mengkritik Tun sebagai orang yang sukar melepaskan kuasa masih dalam politik. Allah Maha Kaya. Mereka, dengan kuasa sekecil itu pun, enggan melepaskan kuasa.

Jawapan Nik Aziz beliau tidak akan melepaskan kuasa selagi tidak didesak oleh orang PAS. Jika tekanan datang dari PAS, logiknya, baru beliau akan bersara.

Tun tetap didesak oleh berbagai pihak agar kekal sebagai PM. Bukan hanya dari UMNO. Tun ikhlas ingin melepaskan jawatan dan beliau walk the talk.

Maka mitos Nik Aziz sebagai pemimpin yang masih sihat - terlebih sihat - menurut Aspan pun di cipta. Lihat bawah:


'bagaimana undur, maju pun dipimpin" - kata Gus Dur


'Tidurlah wahai MB"











Mungkin Nik Abduh akan cakap: "Allah masih perlukan bapa saya sebagai MB". Susah juga kita nak tanya Allah kalau hujah macam tu.

Jika kita baca apa yang ditulis Aspan, menurutnya Nik Aziz masih sihat mentalnya. Aspan tidak rujuk kepada kesihatan fizikal.



Mana lebih sihat antara dua pemimpin di atas?


Tun Mahathir tidak menggunakan hujah beliau tidak akan turun jika pemimpin UMNO masih mahukan beliau. Beliau tidak berhujah walaupun usianya sudah lanjut beliau masih sihat. Dan seluruh dunia mengakui kesihatan 'mental' Tun lebih cemerlang dari Nik Aziz.

Semua itu - sihat mental, sihat tubuh, orang PAS masih mahukan beliau adalah hanya alasan untuk tidak mahu melepaskan kuasa.

Benar kata A. Samad Said: "kuasa itu enak......"


4 comments:

Anonymous said...

Jangan tunjuk masa dia sakit. Tunjukla gambar masa dok main futsal ke baru nampak kekuatannya.Sekarang dah kuat semula tak payah pakai tongkat dahh,tongkatpun dah dilelongnya.

Anonymous said...

hanya orang yang beriman sahaja yang sabar, hanya orang yang sabar sahaja yang kuat dan hanya orang kuat itu sahaja yang tahu bila masa untuk melepaskan kuasa. alasan yang lain hanya tiupan syaitan.

Anonymous said...

Salam tuan sri benua, mungkin tuan tak faham pengertian sihat nik aziz tu.... dan sihat tun mahadhir.... sihat nik aziz adal sihat rohani dan jismani. Mungkin sihat tun mahadir cuma sihat fizikal sahaja......kalau jadi pemerentah asyek nak kumpul harta aje tak kira hak sepatut atau hak tak sepatut baik bersara awal... itu sebab tun mahadhir diminta olih rakyat untuk cepat bersara. susah berbahasa dengan puak umno nih.....

sri tribuana said...

Gus Dur pun sihat rohani. Asal nama politikus - gila kuasa la semuanya.