Followers

Sunday, October 21, 2012

Di sebalik Revolusi.

Ramai yang tersalah anggap jika mengatakan Revolusi Perancis berlaku kerana rakyat tertindas, pemimpin bermewah-mewah dan revolusi itu terjadi sendiri tanpa perancangan. Hasilnya, rakyat berjaya menumbangkan raja.

Sebenarnya, bukan tujuan revolusi untuk menumbangkan kuasa raja. Tujuan Revolusi untuk mengnyahkristiankan Eropah(de-christianisation). 

Selama berabad-abad Eropah berada dalam Zaman Kegelapan kerana kuasa Papacy yang menyekat pemikiran logik. Catholic telah menindas mazhab kristian yang lain sebelum munculnya Martin Luther yang melahirkan Protestant(sekitar Abad Ke 16).

Sebelum Constatine dikatakan memeluk agama Katholik, ajaran Nabi Isa berpecah kepada beberapa mazhab. Antaranya adalah Bogomil, Cathar, Gnostic dan Mani. Tidak seperti Katolik, mereka tidak mempercayai Nabi Isa mati disalib. Mereka juga tidak percaya Isa sebagai anak Tuhan dan mereka tidak percaya Isa diturunkan untuk menebus dosa umat manusia seperti teologi Katolik.

Ajaran-ajaran Cathar, Gnostic, Mani dan Bogomil  co-exist bersama-sama ajaran Katolik. Nasib menyebelahi Katolik, setelah Constatine the Great diakhir hayatnya memeluk agama Katolik dan menjadikan Katolik sebagai agama rasmi Rom Timur.

Sejak itu, Katolik menjadi agama state-sponsor. Mereka boleh memerangi mazhab yang tidak sependapat dengan mereka. Kita turunkan satu contoh yang menarik apabila Papacy, bersekongkol dengan raja secular yang menyediakan askar bagi orang yang diisytiharkan sesat.

Kejadian berlaku pada 21 Julai 1209. Di Selatan Perancis, daerah bernama Toulouse tentera Crusade yang dipimpin oleh Arnaud Amalric membawa seramai 20,000 tentera bagi menghukum golongan sesat - penganut Kristian mazhab Cathar.

Mereka menuju ke sebuah bandar bernama Beziers. Sebenarnya hanya ada 222 orang Cathar sahaja di bandar berkenaan. Selebihnya adalah penganut Katolik. Dianggarkan penduduk Beziers adalah seramai 20000.

Tentera Salib membuat tawaran kepada penduduk Beziers untuk menyerahkan 222 orang penganut ajaran sesat - Cathar- dan tidak akan mengapa-apakan penduduk lain. Namun penduduk Katolik menolak tawaran berkenaan dan lebih rela 'drowned in the salt sea's brine' dari mengkhianati rakan sekampung mereka.

Pada 22 Julai, atas nama Tuhan, dibawah perintah Pope Innocent III, tentera Salib mula menyerang dan membakar Beziers. Kali ini, tentera Salib membunuh apa saja yang bergerak, berjalan atau merangkak.

Apabila ditanya oleh askarnya, bagaimana untuk membezakan yang mana penganut ajaran Cathar dan Katolik, Arnaud Amalric menjawap: 'Kill them all; God will look after his own.'

Maka terbunuhlah seluruh penduduk Bezier, lelaki, wanita, orang tua bahkan kanak-kanak, seramai lebih kurang 20000 orang. Pembunuhan yang kejam itu dibuat atas nama Tuhan.

Sejak Katolik menjadi agama rasmi Rom, dan disponsor oleh Maharaja-maharaja Rom sekitar 337 AD, Papacy telah menubuhkan Inquistor, sebuah birokrasi yang dibenarkan untuk menghukum mana-mana penganut Katolik yang sesat.

Selalunya hukuman sangat tidak berperikemanusiaan. Kebiasaan hukuman mati dilaksanakan dengan membakar mangsa hidup-hidup. Ramai penganut Cathar, Bogomil dan Gnostic menerima padah sedemikian.  Menjelang zaman Renaissance dan Enlightment, ramai juga para sarjana dan saintis yang tidak sependapat dengan Vatican mengalami nasib malang.

Copernicus, astronomi yang menemui bahawa bumi yang mengelilingi matahari tidak berani menerbitkan karyanya: On the Revolution of the Celestial Spheres kerana takutkan hukuman gereja. Ketika itu, menjadi doktrin oleh Vatican bahawa bumi merupakan centre of the universe dan menyanggahnya seperti menyanggah hukum Tuhan( perkara yang kita biasa dengar di negara Islam sekarang).

Kita tidak pasti bila gerakan untuk de-christianisation Eropah bermula. Misteri ini sukar dirungkai kerana gerakan ini tidak menulis dan merekodkan kegiatan mereka. Mereka berkomunikasi hanya dengan mengunakan simbol-simbol.

Pada 14 Julai 1789, meletuslah Revolusi Perancis. Beberapa tahun sebelum revolusi; dibelakang tabir boleh dilihat kesibukan Voltaire dan Rousseau sebagai pemikir moden yang menolak dogma Katolik. Beberapa individu seperti Roespierre, Danton, Marat dan Camille Desmoulin juga bergerak cergas dalam arena politik.

Walaupun luaran mereka seperti menentang kuasa monarki Perancis, namun hakikatnya mereka cuba membebaskan Eropah dari kekejaman Katolik. Kekejaman ini bukan hanya bersifat fizikal, namun juga menyekat pemikiran rasional dan logik.

Sejurus pencetus revolusi mendapat kuasa, Robespierre telah dilantik sebagai salah seorang Committee of Public Safety mengumumkan gereja Katolik ditutup. Robespierre sering disalah anggap; atau melalui propaganda Katolik selepas itu bahawa beliau seorang atheist.

Hakikatnya, Robespierre hanya menolak fahaman Katolik yang mendakwa Isa sebagai anak Tuhan dan segala dogma yang lain. Beliau seterusnya mengumumkan, Tuhan Revolusi adalah "A Supreme Being, A Grand Architect."

Seperti kebanyakkan intelektual Eropah ketika itu, mereka tidak mengumumkan agama mereka.

Sejarah membuktikan bahawa Revolusi Perancis tetap gagal dalam usaha membuat 'New World Order' dengan pemikiran logik dan rasional menjadi tunjangnya. Revolusi gagal apabila  berlaku perebutan kuasa sesama pencetus revolusi hingga membawa kenaikan Napoleon Bonaparte.

Namun idea revolusi yang menyanggah dogma Vatican sudah mendapat tempat di Eropah. Ketika Napoleon mengalahkan Raja Austria, Francis II dalam Battle of Jena, Hegel menangguhkan syarahannya untuk mendengar keputusan siapa pemenang antara kedua askar berkenaan.

 Dan Hegel sangat gembira apabila mendengar Tentera Revolusi dibawah pimpinan Bonaparte menewaskan Maharaja 'Holy Roman Empire'. (Dalam Battle of Austerlitz, Napoleon sekali lagi mengalahkan Francis II, dan menghapuskan title 'Holy Roman Emperor' yang telah wujud seribu tahun.)

Revolusi Perancis gagal namun ahli-ahli revolusi tidak berputus asa. Mereka mengalih matlamat mereka kepada New World, iaitu America. America adalah model negara secular yang tidak dipengaruhi  oleh Vatican, atau mana-mana gereja.

America sendiri  mengalami Revolusi America pada tahun 1775.

1 comment:

UMNO PARTI PENJARA said...

Muhyiddin Dan Puteri UMNO Mahu Najib BERUNDUR... Kenapa?


~ BUKTI 1 ~

~ BUKTI 2 ~


Tapi yang terpenting... Pemuda dan Puteri UMNO yang kononnya barisan pelapis kepada UMNO tetap BODOH... Tetap TOLOL.. Itu yang pasti..

Disebabkan KEBULUR sangat nak berjuang untuk UMNO, Pemuda dan Puteri UMNO sanggup menipu dan memperbodohkan diri sendiri untuk sama2 menipu dan memperbodohkan orang2 tua kat kampung, saudara dan adik2 mereka... Jika Pemuda dan Puteri UMNO tidak boleh menggunakan akal dengan bijak, kenapa tak jadi LEMBU saja?







(( edit, copy & paste Page FB Kump. Generasi Baru keluar UMNO ))