Followers

Monday, October 8, 2012

Jika Pakatan Memerintah.

Demokrasi akan menjadi masalah jika ramai pengundinya gullible. Saya pernah tweet. Dan ramai Melayu (dan saya tak kisah undi kaum Cina) merasakan tidak menjadi kaya, susah dan merempat kerana salah UMNO.

Jika PR menang PRU ke 13, tiba-tiba rasuah akan terhapus. Tiba-tiba. Tanpa usaha, tanpa perlu berusaha membenterasnya. Ini janji PR. SPRM tidak telus. PDRM tidak telus. SPR tidak telus. Semuanya akan tiba-tiba jadi telus bila PR menjadi kerajaan.

Di Malaysia ini, golongan minoriti tertindas jika BN masih memerintah. Mereka langsung tidak boleh bersuara. Kaum bukan Melayu sudah lama tertindas. Jika PR memerintah, tiba-tiba mereka akan terbela dan segalanya akan adil.

Melayu ramai tertinggal kerana BN masih memerintah. PR mendakwa Melayu sudah 50 tahun dibodohkan oleh UMNO. Bila PR memerintah, tiba-tiba Melayu akan menjadi cerdik, kaya dan kuat. Tak perlu buat apa-apa. Undi PR saja, Comfirm 95% orang Melayu akan menjadi kaum yang perkasa.

Dibawah 'rejim BN'. tidak ada kebebasan bersuara langsung. BN merupakan parti yang menyekat sebarang maklumat dari sampai ke rakyat. Semua propaganda. Jika PR memerintah, semua akan selesai. Utusan Malaysia akan dibenarkan menemubual Lim Guan Eng, Benji Lim tidak akan dihalau lagi dari sidang akhbar PKR dan yang penting Lathefah Koya tidak akan berebut padang lagi dengan kanak-kanak. Ini HANYA akan berlaku 'jika PR diberi mandat membentuk kerajaan'.

Jika PR memerintah, hudud boleh dan tak perlu dilaksanakan. Ini kerana PAS kata hudud tetap akan dilaksanakan. DAP kata hudud tidak boleh dilaksanakan. Jika dibawah BN, sudah tentu masalah ini tidak selesai. Tapi jika PR memerintah, somehow hudud dilaksanakan dan tidak dilaksanakan serentak. Bagaimana saya tak tau. PR kata mereka boleh.

Jika PR memerintah, pendidikan percuma, harga kereta turun, malah bonus juga akan diberi kepada pekerja swasta. Ini kerana sekarang mereka spin pekerja swasta tidak dapat bonus. Mereka boleh pastikan pekerja swasta akan mendapat bonus - HANYA 'jika PR memerintah'.

Ringkasnya, Malaysia akan menjadi negara contoh, dan tidak ada negara yang mampu menandingi Malaysia jika PR memerintah. Defisit negara tidak ada, hutang tidak ada, semua barang akan jadi murah, pendidikan percuma, mungkin seks juga percuma, rumah urut merata-rata dengan harga mampu 'nikmati', bebas rasuah, kebebasan bersuara, tidak ada ketirisan, malah mungkin PR mampu memberi '1 rakyat, 1 jet peribadi'.

Kita tidak perlu menunggu mati untuk masuk syurga. Jika PR memerintah, kita sudah dalam 'syurga'. Mari kita berehat sekejap. Tengok commercial break kat bawah ini:-




You're just too good to be true
I can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
I wanna VOTE you so much
At long last you have arrived
And I thank God I'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off you

Pardon the way that I stare
There's nothing else to compare
The sight of you leaves me weak
There are no words left to speak
But if you feel like I feel
Please let me know that is real
You're just too good to be true
I can't take my eyes off you




yours truly,

a gullible citizen, can hardly wait to vote for you!

6 comments:

Anonymous said...

PR boleh, kalau BN perlu satu lambang untuk bersatu, PR boleh bersatu di bawah lambang masing-masing, hidup PR!!!! #sarcasm#

Anonymous said...

Salam wan tri benua, mengapalah tuan mengarut dan merepek ni,saya bukan menyokong sangat pr tapi apalah istemewa sangan umno tu kalau asyik menjual hak2 dan kepentingan melayu, yang cakap nya datuk wan amizan dan datuk dr. shukri, tak caya tanyalah depa2 tu. Apa dah jadi dengan tanah2 di bandar jerantut tu? tak kan wan amizan berbohong, kan dia tok wakil kita.Begitu juga tanah di durian hijau apa dah jadi, cuba tanya datok dr. shukri, tan kan dia pun buhong. Cuba2lah kita tukar selere... bukan tukar ugama....

sri tribuana said...

Salam tuan anon 12:49,

saya bukan mengarut. UMNO memang ada kekemahan. Tu saya cakap PR memang sempurna. Tak ada cacat cela langsung. Perfect!

Ika said...

Gini la rupe pencacai yg tk serik2 lg.,cerdik tk bole di ikut.,bodoh tk mau di ajar..taubat je la byk2..takut2 mati tk sempat taubat kottt..

Anonymous said...

setiap ciptaan ALLAH ada kelebihan dan kekurangan tiada yg sempurna.Ayat tu keluar dr hati yg ada perasaan marah dan ketidak puasan hati kpd PR.nAPE YE

sri tribuana said...

anon 6:52,

adakah memuji PR dianggap dosa hingga perlu saya takut tak sempat bertaubat? Anon 8:33, posting ini memuji PR kerana mereka kata mereka sempurna. Saya percaya!