Followers

Wednesday, October 3, 2012

Paradoksnya Pakatan.

Jika kita ingin tukar sesuatu sistem, kita perlu mencari yang lebih baik. Jika sesuatu pejuangan sudah jelas hipokrit, sebelum memegang kuasa lagi, bagaimana kita ingin letakkan kepercayaan kepada mereka.

Selama 50 tahun lebih, Malaysia telah diterajui oleh kerajaan BN. BN bukan sesuatu entiti yang syumul atau sempurna. Seperti segalanya dalam dunia ini. Namun teras kepada pejuangan BN adalah dacing: keseimbangan. 

Atas nama semangat BN, rakan-rakan MCA bertanding mendapat undi Melayu dari UMNO. Helen Ang telah memberi data dan analisa yang bernas dalam posting terbarunya. Baca sini. 

Namun selepas PRU ke 12, perkauman telah menjadi makin meruncing di Malaysia. Kebencian sesuatu kaum contohnya terhadap pemimpin negara dan juga raja-raja Melayu, agama Islam melukakan hati orang Melayu. Pada sesetengah kes, kenyataan melampau Melayu melukakan hati kaum Cina,

Seperti apa yang dinyatakan oleh Helen Ang, sukar bagi pemimpin UMNO untuk memujuk pengundi mereka mengundi MCA atau MIC kerana politik makin menampakkan 'mereka' menentang 'kita'.

Masalah ini tidak timbul dalam PR. Walaupun DAP merupakan pencetus kebencian Cina terhadap UMNO kerana kuasa Melayu, dan akan menguburkan MCA, namun Melayu dalam PR tidak menganggap ini penting kerana mereka hanya ingin jatuhkan UMNO/BN. 

Ahli politik PR boleh berpura-pura mereka parti semua kaum sedangkan dengan majoriti Melayu sebagai penduduk Malaysia, dan kuasa ekonomi dipegang oleh kaum Cina, ini adalah amat mustahil. Mungkin beberapa generasi Melayu naive yang baru keluar universiti mengimpikan 'utopia' Malaysia adalah untuk orang Malaysia. UMNO ditentang kerana assabiyah dan mereka lupa 'assabiyah' itu melahirkan sekian banyak birokrat dan teknorat Melayu.

Pemimpin PR sangat paradoks. Mereka menggunakan perkataan 'rakyat' sewenang-wenang namun mereka memperjuangkan 'ruling class' dalam PR. Keluarga Anwar dan Lim Kit Siang merupakan focal kepada pejuangan PKR dan DAP. Di mana rakyatnya?

Mereka mendakwa mereka memperjuangkan rakyat marhein tetapi mereka berkempen dengan bas mewah dan jet peribadi. Nizar membeli Camry  dan membida plat no mahal untuk exco-exconya. DAP yang kononnya sosialis membina kondo-kondo mewah di Penang dan mengabaikan rumah rakyat marhein.

PR kononnya jaguh kekebasan media namun kita pernah lihat bagaimana juak-juak Anwar menghalau Benji Lim dari sidang akhbar mereka. Lim Guan Eng langsung mengharamkan Utusan Malaysia dari menyertai sidang akhbarnya.

DAP bercakap tentang membina bangsa Malaysia. Hannah Yeo masih tidak habis-habis membebel tentang anaknya yang tidak diterima sebagai bangsa 'Malaysia' dalam pendaftaran oleh JPN namun DAP menyokong Dong Zong. DAP dilihat sebagai parti radikal memperjuangkna kepentingan Cina dan sering mempersendakan MCA sebagai pak turut UMNO.

Kesimpulannya, PR adalah gerombalan politik(bukan alliance) yang penuh dengan hipokrasi. 





1 comment:

tungkaran hati said...

kupasan yang menarik !