Mahkamah Persekutuan telah memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai MB Perak yang sah. Maka tamatlah episod 'krisis perlembagaan' Perak yang bermulan dari keengganan Nizar Jamaludin dari PAS untuk meletak jawatan sebagai MB apabila tiga ADUN dari pakatan mereka 'menyeberangi Rubicon'.
Maka tamat juga episod silih berganti MB seperti kata lucuan blogger Husin Lempoyang "the MB(of Perak) change colour frequently". Sudah kekal 'black' hingga plihanraya akan datang.
Banyak respond yang diterima menyalahkan campurtangan sultan hingga BN kembali mentadbir Perak. Sultan menggunakan budi bicara baginda apabila 3 ADUN pakatan menyeberangi ke BN, dan setelah baginda memastikan mereka - walapun bebas - menyokong BN. Ini menukar balance of power yang mana BN menjadi majoriti; dan tidak kira betapa slimnya majoriti itu. Demokrasi merupakan permainan nombor atau 'siapa ramai.'
Player dalam negara demokrasi sepatutnya sudah tahu itu.
Maka mahkamah telah mengiktiraf kuasa kepada Sultan Azlan sebagai Sultan Negeri untuk melantik MBnya. 'Mohon derhaka' MB lama tidak relevan lagi. Pengajaran kepada semua parti politik, pastikan calon bertanding bukan jenis suka melompat, jika tidak, parti berkenaan juga menerima akibatnya. Sultan kekal sebagai sultan kerana baginda tidak terlibat dalam 'game of number'.
Nasihat ini juga merangkumi semua termasuk MB Zambry kerana terbukti angin berubah ke mana sahaja.
"Sesiapa yang melupakan masa silam, terjebak untuk mengulanginya."(Santayana)
3 comments:
Sepatutnya orang yang derhaka kpd Raja patut meninggalkan negeri atau dibuang negeri.
Raja kita Ketua Agama Islam dan payung bagi orang Melayu Islam.
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Daulat Tuanku!
Kak Yong
majoriti mmg betul bg BN tp mengapa prosess nyer tidak betul. mengapa tidak ade usul tidak percaya diadakan di dewan rakyat.mengapa tidak mndgr arahan speaker dan perlantikan speaker di buat oleh Timbalan speaker....
Bila kita x puas hati kita bawa court, yg bawa Nizar juga so court dh buat keputusan, terima lah
Post a Comment