Followers

Saturday, December 26, 2009

Kematian Birokrat

Saya tidak baca pun buku Authur Miller 'Death of a Salesman' tapi tajuk posting ini meminjam tajuk playnya.

Dunia sudah berubah bukan. Dalam Future Shock, Alvin Toffler pernah meramalkan perubahan ini pada tahun 1970an. Seperti explorer fizikal macam Christopher Columbus, lakaran peta dunia yang belum ditemui tidak semestinya tepat, tapi setidak-tidaknya ia menjadi panduan kepada bagaimana melayari 'uncharted territory'.

Jika kita kembali menonton 'Space Oddessey 2001' karya Stanley Kubrick, yang di hasilkan sebelum manusia pertama mendarat ke bulan, bukankah lucu gambara 'keangkasaan' yang ingin digambarkan oleh beliau, kerana sewajarnya begitu: beliau tiada 'precedent'.

Dalam siri t.v semasa saya kecil dahulu: 'Space 1999' langsung tidak sama dengan keadaan sekarang. Banyak perkembangan dan ledakan ilmu masih belum muncul ketika artis mengkhayalkan masadepan.

Macam mana jika kita hidup zaman nano tetapi perancangan dirangka oleh ahli politik dan birokrat mentaliti zaman Revolusi Industri? Bagaimana jika sistem pendidikan yang menyonsong arus masadepan dirangka oleh para birokrasi yang tenat(dying) mentalnya untuk memahami realiti baru?

Bagaimanakah masadepan anak-anak kita jika kita masih merangka dan merancang masadepan - dalam pendidikan terutamanya - dengan peninggalan silam? Jika kita melahirkan ramai sangat birokrat dengan harapan makan gaji dengan kerajaan, jadilah kita negara kebajikan: kerajaan mencari pendapatan dengan mencukai usahawan untuk menampung 1.2 juta pegawai kerajaan.

Lama kelamaan kerajaan akan keletihan melayan 'karenah birokrasi' yang bukan bererti 'red tape'. Minta bonus. Naik gaji etc etc tanpa mengira apa produktiviti yang sewajarnya.

Semasa Dasar Pengswastaan Tun Mahathir dahulu, kita biasa dengar perkataan 'Reinventing Goverment' yang bermakna kita mengurangkan kakitangan kerajaan, menggalakkan pertumbuhan swasta(kerana mereka yang membawa duit) dan melicinkan jentera kerajaan dengan mengurangkan 'chain of command'nya.

Sekarang Malaysia sudah kembali ke generasi selepas merdeka. Kebanyakkan graduate bercita-cita bekerja dengan kerajaan kerana 'terjamin'. Jika tidak pun bekerja dengan swasta. Dengan kata lain, kita menggalakkan anak-anak muda hidup dari 'paycheck' ke 'paycheck' dan sangat kurang menggalakkan mereka menjadi usahawan.

Jika kecekapan para birokrat diukur dengan kepandaian menghabiskan bajet, usahawan pula diukur dengan mewujudkan peluang pekerjaan, membuat duit dan menambah hasil negara.

Pilihan ditangan kita tetapi zaman nano ini, birokrat adalah seperti dinosour, a dying species.

2 comments:

orangkampung said...

Saya merupakan pekerja makan gaji..seorang guru. Dulu semasa habis persekolahan saya didorong oleh mereka yang rapat supaya menjadi pegawai kerajaan..

Hinggalah hari ini, setelah hampir 15 tahun berkhidmat sebagai guru(makan gaji) saya terfikir kenapa tidak beralih ke bidang keusahawanan. Bukannya tugas guru ini tak menyumbang kepada pembangunan negara. Akan tetapi tuntutan semasa harus kita fikirkan.

Apakah sampai ke akhirnya orang melayu hanya mahu mengharapkan kerja makan gaji dengan kerajaan?

Saya tertarik dengan kegigihan dan ketekunan seorang usahawan tersohor iaitu Syed Mokhtar Al Bukhari. Dengan cara beliau berbisnes inilah maka beliau dapat membantu anak bangsa dengan mengadakan pusat tuisyen dan biasiswa untuk pelajar melayu.

Jika kerja makan gaji yang diharapkan...sudahnya kesusahan bangsa melayu kita hanya mampu melihat tanpa dapat menghulurkan bantuan sebenarnya seperti makanan, pakaian dan pelajaran dengan menyumbang sumber kewangan.

Justeru saya bersetuju bahawa bangsa melayu harus keluar dari kepompong makan gaji kepada bisnes yang dapat meningkatkan ekonomi ummah....dalam hal berbisnes dan meningkatkan ekonomi ummah tidak salah kita ambil teladan daripada bangsa yahudi dan cina..mereka Menguasai kerana mereka keluar dari kepompong!!!!!

sri tribuana said...

Terima kasih saudara Orangkampung, ada juga setuju dgn. saya. Hidup dlm masyarakat yg terlalui menghargai pekerjaan susah nk terangkan cita-cita kita. Kita mencuba dan gagal, kita bukan diberi galakkan tetapi fikiran negative. "Aku dh cakap, susah meniaga, pening kepala ajer". "Tak selamat cuba business sekarang ni, mkn gaji lagi baik" Etc etc
Diaorg tak tau, kegagalan itulah mengajar kita buat lebih baik cuma jgn putus asa jer.