Pembaca sekelian, saya agak sibuk kebelakangan ini dan tidak dapat menulis dengan kerap. Banyak perkara ingin saya tulis dalam blog ini tetapi masa tidak mengizinkan.
Akhirnya Parlimen telah dibubarkan pada 3 April 2013. Penamaan calon telah berlangsung pada hari Sabtu, 20hb April 2013. Mungkin ramai yang tidak menyedari, Hitler, seorang Taurus telah lahir pada 20 April 1889. Dan pada 20 April juga bermula musim ke tiga 'Game of Thrones'.
Dan bermulalah 'Game of thrones' dalam politik Malaysia, yang mana ultimate prizenya merupakan Perdana Menteri Malaysia.
Buat julung kalinya dalam PRU berlaku watikah yang diserah kepada calon ditukar kepada calon lain menjelang penamaan calon. Ini berlaku di Lipis apabila calon Dato' Dr. Shahrum yang menerima watikah bertanding Parlimen diganti kepada Dato' Abdul Rahman. Begitu juga dengan calon Bebar, bertukar dari calon asal Ibrahim Awang Ismail kepada Mohd Fakhrudin Mohd Ariff.
Buat pertama kali juga tidak ada kerusi yang dimenangi percuma oleh mana-mana pihak. Pada PRU ke 12, BN memenangi lapan kerusi dan tiga DUN percuma, manakala PAS memenangi satu kerusi DUN percuma.
Beberapa nama besar dalam UMNO seperti Kamilia Ibrahim dan Dato' Mohd Sharif Omar telah membakar jambatan dengan partinya lalu bertanding bebas. Kedua mereka, dan beberapa lagi ahli UMNO bertanding bebas akan menghadapi risiko akan dipecat.
Dua orang pembesar DAP, ADUN Teratai Jenice Lee juga bertindak keluar parti dan bertanding bebas. Seorang lagi Sim Tong Him mempertahankan kerusi Kota Melaka dan bertanding juga di DUN Kota Laksamana. Di kawasan Parlimen saya, Jerantut, ahli DAP Koh Boon Heng turut keluar parti dan bertanding bebas setelah kerusi Damak diberi kepada PKR.
Damak meyaksikan pertanding empat penjuru iaitu Dato' Lau Lee dari MCA, Jamaludin Rahim dari PKR, Koh Boon Heng dari bebas dan Mohd Nor Jaafar juga dari bebas. Mohd Nor Jaafar merupakan calon PKR tahun 2008, meninggalkan PKR untuk menyertai KITA dan sekarang bertanding bebas.
Yang paling menarik adalah pertandingan antara calon BN menentang calon PAS dan PKR sekaligus. Ini merupakan Pakatan yang paling melucukan. Ada lima kawasan menyaksikan BN menentang PAS dan PKR yang kononnya sekutu dalam Pakatan.
Soalan cepumas: adakah PKR akan mengundi PAS, dan adakah PAS akan mengundi PKR dilima kawasan berkenaan? PR yang sering mendesak PM membubarkan parlimen awal rupanya tidak dapat menyelesaikan pembahagian kerusi mereka hinggga saat akhir, hingga berlaga sesama sendiri.
Selama 55 tahun tahun kewujudan BN, tidak pernah berlaku MIC menentang UMNO, atau MCA menentang UMNO. Tapi ini boleh berlaku dalam 'Pakatan Keramat' yang mendakwa mereka satu-satunya penyelamat Malaysia, menjanjikan bulan dan bintang.
Ini alasan dari Haji Hadi tentang fenomena aneh ini. Ia sangat menyalahi logik:
Haji Hadi kata PAS bertanding ditempat PKR bertanding bagi menyelamatkan Pakatan Rakyat. Tidakkah ini menyalahi logik apabila kita tidak menghormati sekutu kita dan gagal mencapai persetujuan bermakna Pakatan itu sudah hancur?
Haji Hadi juga berkata ada antara calon PKR itu penjual pil kuda, dan pemuja Stalin dan Lenin. Masalahnya adakah PAS selama ini tidak sedar PKR mempunyai ramai ahli yang 'aneh-aneh' seperti meminati sesama lelaki, EXCO yang bermukah dengan suami orang, beronani depan laptop dan berbagai lagi.
Sebenarnya ada cerita lain disebalik semua ini. Bangkai gajah sudah tidak dapat ditutup dengan nyiru. PAS sudah mula merasakan Anwar merupakan beban kepada PR. DAP juga turut berasa perkara yang sama.
Haji Hadi juga berkata ada antara calon PKR itu penjual pil kuda, dan pemuja Stalin dan Lenin. Masalahnya adakah PAS selama ini tidak sedar PKR mempunyai ramai ahli yang 'aneh-aneh' seperti meminati sesama lelaki, EXCO yang bermukah dengan suami orang, beronani depan laptop dan berbagai lagi.
Sebenarnya ada cerita lain disebalik semua ini. Bangkai gajah sudah tidak dapat ditutup dengan nyiru. PAS sudah mula merasakan Anwar merupakan beban kepada PR. DAP juga turut berasa perkara yang sama.
1 comment:
RABU- Hari Prlimen dibubarkn
R-Rakyat
A-Akan
B-Buang
U-Undi
SABTU-Hari Pnamaan Calon
S-Semua
A-Akan
B-Bersatu
T-Terima
U-UMNO/BN
AHAD-Hari Mngundi
A-Adalah
H-Hari
A-Akhir
D-DS Anuar
Kaitannya dg Teori RAHMAN
R-Rahman(PM 1)
A-Abdul Razak(PM ke2)
H-Hussein Onn(PM ke3
M-Mahathir-(PM ke4)
A-Abdullah(PM ke5)-Sptutnya Anuar tpi dia dipecat
N-Najib dn seterusnya...
Najib kkl mnjdi PM slps mndpt mandat baru.Utk kmbali kpd abjad "A" mengmbil masa 10 thn lg.(R 5thn dn A 5thn)
Peluang Anuar jdi PM smkin tipis ats fktor usia.Ini selari dg hr mngundi AHAD=Adalah Hari Akhir Anuar
UMNO/BN-Dulu,Kini & Selamanya.
Post a Comment