Followers

Monday, April 8, 2013

Bidak-bidak Raja.

"In life, you are either King, or pawns."

Dialog di atas dari filem "The Count of Monte Cristo".


Politik ini seninya indah. "Attack the Kingdom of Wei to save the Kingdom of Zhao", ini pula stratagem dari 36 Stratagems, dari Romance of three Kingdoms. Kaum Cina memang bijak dari segi menggunakan 'direct' dan 'indirect' force. Sebab itu catur Cina atau Go lebih sukar dari catur antarabangsa.

Kejituan DAP, yang terkenal sejak dari awal enggan berkompromi dengan kekuatan Melayu iaitu UMNO makin berkembang dari sehari ke sehari. Namun mereka tidak akan dapat menumbangkan Melayu tanpa bantuan Melayu.

Maharaja sedang menggerakkan bidak-bidaknya.

Mujur bagi mereka, kerana ada Melayu yang sanggup menjadi bidak. PAS tidak merasakan mereka bidak, sebaliknya mereka rasa mereka berjaya menggunakan DAP. Sudah tentu, jika mereka tahu mereka sedang digunakan maka tidak bijaklah Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng. Malulah Sun Tzu.

Kita tengok video di bawah ini. Ini pendedahan berani bekas ahli DAP yang tidak sanggup bangsa dan agamanya di gadai. Sudah tentu PR akan kata dia sudah dibeli. Sidek Baba sudah di beli. Hasan Ali sudah dibeli. Zulkifli Nordin, Nasarudin Mat Isa. 

Tapi bila Wilfred Bumburing dan Lajim Ukim masuk PR, mereka akan kata 'sudah insaf' dan 'sudah sedar'. Ini videonya:




Melalui blog Datuk A. Kadir Jasin baru saya tahu dalam PRU ke 12, undi popular pembangkang bukan yang tertinggi pernah mereka perolehi. Dalam PRU ke 12 mereka meraih undi popular sebanyak 48.6%. Mereka mendapat undi paling popular dalam sejarah Pilihanraya di Malaysia adalah pada tahun 1969 iaitu sebanyak 55.1%.

Apa jadi kepada Malaysia selepas PRU tahun 1969 setelah DAP menang besar? Dan saya menjangkakan DAP akan menang besar dalam PRU ke 13 ini berbanding PKR dan PAS. 43 tahun lalu Malaysia menumpahkan darahnya.

Dengan spin dari mereka akan berlaku huru hara, hendak tutup airport supaya pemimpin BN tidak boleh lari dan ugutan O' Haris bin Ibrahim, serta kebencian teramat sangat DAPster terhadap semua institusi kerajaan, tidak mustahil ianya boleh berulang.

Dan tidak ada siapa yang menang. Insaflah bidak-bidak raja sekelian.


1 comment:

Talhah said...

Yang saya dapat lihat.

1)Deceive the heavens to cross the ocean

Berhelah dengan Maharaja untuk menyeberangi Lautan. (heaven merujuk Mandat yang di pegang oleh Maharaja yang di wahyukan dari Langit/Syurga).

Wan Azizah, rakan-rakan lama Anwar dari ABIM Harun Din. Dah sampai satu peringkat terpaksa turut serta dengan perjuangan sonsang Anwar.

2)Besiege wei to rescue Zhao

Serangan atas Datin Seri Rosmah, anak-anak Tun Mahathir untuk isu moral korupsi Anwar dan rakan-rakan

3) Kill with a borrowed knife

Mengunakan kakitangan kerajaan, anak-anak felda, bapak Saiful, Hindraf.

4)Wait at leisure while the enemy labors

DAP menggunakan Anwar PKR dan PAS sedangkan DAP terlepas dari radar bersenang-lenang membuat onar sedangkan UMNO tertumpu kepada PAS dan Anwar.

5)Loot a burning house

Pentadbiran Pak Lah sebelum dan semasa zaman piliharaya 2008.

6)Make a sound in the east then strike in the west

Lahad Datu? DAP yang purak-purak nak ke Johor bising kemain LIM KIT SIANG ke GELANG PATAH walhal targetnya PERAK?

setakat ini je la bahagian 1