Followers

Thursday, April 11, 2013

Calon - Siapa Masuk Siapa Keluar?

PRU kali ini sepatutnya berbeza dengan PRU-PRU sebelum ini. Tidak pernah dalam sejarah individu yang tidak duduk dalam pucuk pimpinan boleh mengusulkan calon-calon yang perlu ditolak. Tapi ini berlaku sekarang. Itu antara kuasa para blogger. Atau lebih tepat lagi, pengaruh.

Bujai, blogger JUST READ! telah menamakan calon-calon yang patut digugurkan dari bertanding dalam PRU ke 13 ini. Baca sini.

Rocky juga turut mengulas dan menambah bahawa dalam pertemuan dengan Tun Dr. Mahathir, satu list calon bukan winnable telah diserah kepada Tun Dr. Mahathir. Menurut Rocky, ada yang Tun setuju dan ada yang Tun tidak setuju. Baca sini.

Saya teringat zaman Rom dulu. Setelah Sulla memenangi Perang Saudara dengan parti Cinna dan Marius, beliau menjadi diktator Rom. Beliau membalas dendam dan membunuh ramai yang tidak menyokongnya. Ada kes mangsa dibunuh bukan kerana politik, tetapi dendam dari pihak Sulla walaupun bukan Sulla sendiri.

Rakyat Rom takut kerana tidak tahu siapa seterusnya akan dibunuh, lalu mereka minta Sulla membuat senarai, atau list siapa yang beliau ingin hapuskan. List ini terkenal dalam sejarah sebagai 'proscriptio' atau proscription. 

Esoknya, Sulla menampal proscriptionnya di dinding-dinding kota Rom. Ada yang tersenarai bukan kerana politk pun. Ada yang tersenarai kerana kaya dan Sulla serta kuncu-kuncunya ingin merampas hartanya.

Jadi proscription yang diberi kepada PM(jika PM membaca blog) merupakan persepsi awam terhadap sesetengah ahli politik. Malah blogger bersetuju bahawa ada yang mereka setuju dan ada yang mereka tidak setuju sesetengah calon itu digugurkan. Just another opinion.

Saya rasa elok jika calon yng tidak dikira winnable itu diberi ciri-cirinya. Ciri-cirinya mudah. Calon mesti tidak mempunyai banyak isu peribadi, bersih dan kelihatan bersih, tidak rasuah, walaupun mungkin boleh menang di kawasannya jika terpalit imej yang negatif memberi kesan kepada imej BN. 

BN perlu berubah. Sesiapa yang ingin menjadi calon perlu benar-benar mempunyai semangat untuk berkhidmat. Tidak ada lagi 'Billionaire Boys Club' dan tidak boleh menjadikan jawatan mereka sebagai stepping stone untuk menjadi kaya raya.

Jika ini boleh dilakukan, akhirnya BN sendiri akan jadi winnable.

No comments: