Followers

Monday, March 25, 2013

Tun Mahathir, Tun Daim, Tun Musa dan Bola Kempis - mereka kembali!

Seronok menjadi rakyat Malaysia. Politiknya bewarna-warni. 

Selepas meletakkan jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, Tun Musa berfalsafah supaya jangan menendang bola yang kempis. Ketika itu beliau mengingatkan beberapa orang 'panglima' dan 'hulubalang' Tun Mahathir supaya jangan mengusiknya lagi, sebagai orang pencen - bola kempis. Akibatnya kaki penendang yang akan sakit.

Selepas menumpaskan Tengku Razaleigh sebanyak dua kali, Tun Musa membuat keputusan untuk meninggalkan Tun Mahathir dan menyertai Ku Li. Antara sebab beliau meninggalkan Tun Mahathir selain tidak senang Tun Mahathir masih mengekalkan Ku Li sebagai Menteri Kewangan adalah faktor kemasukkan Anwar ke dalam UMNO.

Tun Musa tidak menyenangi kelibat Anwar dalam UMNO kerana aktiviti Anwar yang ingin mengABIMkan UMNO. Anwar pula pada anggapan sesetengah pihak 'anak emas' Tun Mahathir. Tun Abdullah juga menjauhi Tun Mahathir ketika itu. Beliau menyokong Team B - Team Ku Li dan Musa kerana mencemburui Anwar.

Apabila Tun Abdullah menjadi PM, beliau melantik Tun Musa sebagai Pengerusi Sime Darby dan dikritik hebat kerana kerugian yang dialami oleh Sime Darby. Turut dikritik adalah infamous kes menyewa jet peribadi bernilai berjuta ringgit untuk kawannya. 

Anehnya, sebagai orang yang meninggalkan Tun Mahathir kerana tidak senang dengan Anwar, Tun Musa membela PR. Kini 'bola kempis' yang menendang kaki pemain. Dan pembelaan beliau dengan menafikan Malaysia akan bankrap jika PR menawan Putrajaya itu tidak dilihat sebagai kecintaannya kepada Anwar.

Setelah Tun Mahathir memberi sokongan kepada Datuk Sri Najib, Musa menyokong PR. Dan beliau kelihatan berani berbuat demikian setelah meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Sime Darby. Mereka kembali.

Insan yang menganggap dirinya sebagai 'bola kempis' kembali mewarnai politik Malaysia.

Dan antara Tun yang kembali mewarnai politik Malaysia adalah Tun Daim. Tun Daim memilih Datuk Sri Najib dari Anwar. Walaupun Sakmongkol memberi gambaran bahawa sokongan Daim itu kerana terpaksa, atau hanya bermuka-muka, tetapi beliau HANYA mendapat maklumat dari alter ego Daim - kononnya Oracle of Syed Putra.

Tambahan, Sakmongkol sekarang ahli DAP, pandangannya sudah terlalu partisan untuk diambil berat. Hanya seperti propaganda murahan saja bunyinya. Antara kenyataan Tun Musa yang berasaskan dendam terhadap Tun Mahathir, dengan Tun Daim saya lebih meyakini Tun Daim. Dan dengan stature sepertinya, tak mungkin Tun Daim mampu 'dibeli' oleh UMNO.

Dan Tun Daim adalah orang yang meramalkan kekalahan lima negeri menjelang PRU ke 12. Sakmongkol mengejek UMNO kerana mempersendakan ramalan Tun Daim. Orang yang mempersendakan ramalan Tun Daim itu adalah dari pemerintahan Tun Abdullah. 

Saya rasa orang mula mengambil berat ramalan Tun Daim. Antara Anwar dan Najib, bukan susah sangat untuk dipilih. Semasa saya ke Kelantan baru-baru ini dengan blogger Outsyed The Box, beberapa orang penyokong PAS tidak menerima Anwar sebagai PM. 

Dan saya merasakan sentimen itu makin diterima rakyat. Suka atau tidak, setuju atau tidak, imej Anwar sudah terlalu rosak. Tarnish beyond repair. 








4 comments:

Anonymous said...

Aku Hensem

Return of The King!

Anonymous said...

This Musang Hitam is the worst kind of ungrateful Melayu. Remember he happily accepted appointment by Dr M for him to be Malaysia's Special Envoy to the UN in 1990-91 and then in 1995 as Special Envoy to the Commonwealth Ministerial Action Group. If Dr M was vindictive, he would have been left out in the cold. Likewise Dr M took back Ku Li into UMNO after his Semangat 46 fiasco. Ku Li should also remember how this musang backstabbed him.

Anonymous said...

Aku masih ingat Tun Musa tikam Tun Mahtir dan sembelih Ku Li sehingga UMNO BERKECAI,,,,,.

Bila Tun Dolll jadi PM dia mula mengada....dengan kenyataan2 yang
memperkecil Tun Mahtir dengan cara
yang sangat sinis,,,,aku percaya atas sikap dendam,bukan atas dasar
cinta dan sayang kapada UMNO....

Tun Musa bukan bolaq kempis,,,,dia bola berseggi segi,,,,,langsong tak boleh masuk padang...

Tun Daim baruhlah bola kempis,,,,
ada lagi udara didalamya,,,kalau
campak kepadang boleh juga ditendang tandan ......aku caya tak akan khainat pengaga gawang,,,,

Bola Tun Mahtir tak kempis ,cuma
kurang sedikit angin saja....aku
lihat bola dia sedang hibat dimainkan diseluruh Melaysia sekarang.......

Aku senang saja menilai pemimpin,,,, Tak apa dia hitam legam , macam Mendila,,,,asalkan
putih,,,,,tak apa bau badannya tak
wangi macam setangi,,,tapi hati dan perutnya tidak busuk,,,kata orang
;Busuk perut;,,,,

TUN,,,TUN,,,TUN,,,.

Anti LUTH...



bahlul2 generasi basi said...

Semua generasi Melayu bodoh. Tanah Melayu hak Melayu. Tapi kini Cina dan India mengaut kekayaan berbilion.

Ahli UMNO miskin, tapi anak-anak presiden UMNO, adik, abang, bini kaya raya.

Anak Mahathir bilionair! Adakah ini adil sedangkan polis yang mati untuk negara hanya pendapatan ribuan ringgit?

Guru-guru perlu berniaga pasar malam untuk tambah duit.

Orang kampung jual tanah nak hidup.

Tiada tempat bagi bahlul-bahlul ini. Mereka sudah diberi kesempatan tapi tak tahu mcm mana nak memajukan Melayu.

Kekayaan Cina dan india bukan kemajuan Melayu bahlol!