Followers

Tuesday, March 5, 2013

Sultan Palsu! Serangan Bermula.

Saya makin muak(sick) membaca komen-komen keyboard warriors yang tiba-tiba semua menjadi pakar ketenteraan yang suka mengulas "patutnya TLDM dah halang kemasukan", "patutnya dah lama hantar askar" ; dan lebih teruk "mengapa askar naik Air Asia?"

Sementara mereka tidur dengan aman, beberapa angggota keselamatan samada polis atau askar ada yang terkorban. Saya dengar ada cybertroopers DAP dibayar hingga lima ribu sebulan, beroperasi di Wensworth Hotel, boleh yamseng malam-malam. Berapa gaji polis biasa atau askar yang 'occupational hazard' mereka hingga mengorbankan nyawa?

Keamanan ini bukan percuma. Saya mohon seluruh rakyat Malaysia berdoa, dan menyokong penuh anggota keselamatan negara. Mereka hanya bidak-bidak kecil yang terkorban, namun bagi keluarga mereka, mereka adalah 'bread winner'. 

Malaysia sudah bertindak. Tentera kita memulakan serangan besar-besaran pukul tujuh pagi ini. Semoga mereka berjaya dan Malaysia terus dihormati. Mari dengar kenyataan rasmi PM:

Kenyataan Akhbar

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada Feb 12, kerajaan telah mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah. Pihak polis telah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah. Pada hari Jumaat lepas mereka telah melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh, sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Setelah serangan yang pertama, saya telah menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak. 

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya. Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Pada jam 7pagi ini pasukan keselamatan telah melancarkan serangan di Kampung Tanduo.

Dato Sri Mohd Najib Tun Razak

PERDANA MENTERI MALAYSIA



No comments: