Followers

Sunday, October 28, 2012

Malaikat Hitam

Negro dalam bahasa Sepanyol adalah hitam. Perkataan negro itu sudah menjadi bahasa Sepanyol sebelum orang-orang Africa menjadi hamba lagi.

Orang-orang Africa tidak suka dipanggil 'negro' walaupun jika diterjemah dalam bahasa Inggeris tetap bermakna 'black'. Mereka tidak kisah jika dipanggil black, asal jangan 'negro' atau 'nigger'.

Kepada peminat bola, sudah tentu tidak dapat dilupakan peristiwa antara pemain Liverpool, Luis Suarez dengan pemain Manchester United, Patrice Evra. Suarez memanggil Evra 'negro' yang bermakna 'black'. Evra menganggap ianya racist. Bukan hanya Evra, malah seluruh Eropah, mungkin seluruh dunia.

Suarez mendakwa dalam bahasa Sepanyol 'negro' adalah 'black'. Suarez berasal dari Uruguay, yang bertutur dalam bahasa Sepanyol. Jika dipandang dari sudut semantic, memang Suarez benar. Namun dunia sudah meletakkan piawaian 'negro' adalah 'black' yang bermaksud racist.


Painter born in my land
With the brush abroad
Painter still on track
In many older painters


Although the Virgin is white

Paint her black angels
They also go to heaven
All good darkies


Dalam lirik di atas, penulis mendakwa jika mengikut fahaman Kristian, tidak kira hitam atau pun putih, orang yang baik akan masuk syurga. Lirik di atas adalah terjemahan google dari lirik Angelitos Negros. Angelitos Negros merupakan salah satu lagu latin kegemaran saya sejak tahun 1989.




Walaupun ramai yang menggemari versi Roberta Flack, namun saya lebih menyenangi versi Eartha Kitt. 


Pintor nacido en mi tierra
Con el pincel extranjero
Pintor que sigues el rumbo
De tantos pintores viejos

Aunque la virgen sea blanca
Píntale angelitos negros
Que también se van al cielo
Todos los negritos buenos

Pintor si pintas con amor
Por qué desprecias su color?
Si sabes que en el cielo
También los quiere Dios

Pintor de santos alcoba
Si tienes alma en el cuerpo
Por qué al pintar en tus cuadros
Te olvidaste de los negros

Siempre que pintas iglesias
Pintas angelitos bellos
Pero nunca te acordaste




Di atas adalah lirik penuh Angelitos Negros dalam bahasa latin. Ini terjemahannya.


Painter born in my land
With the brush abroad
Painter still on track
In many older painters

Although the Virgin is white
Paint her black angels
They also go to heaven
All good darkies

Painter if you paint with love
Why despise your color?
If you know that in heaven
God also wants

Painter alcove saints
If you have a soul in the body
Why the paint on your pictures
You forgot the black

CHORUS: Take
Pints ​​beautiful angels
But never remembered



Angelitos merupakan angel maka sesuai saya terjemahkan 'Malaikat Hitam'.

Sunday, October 21, 2012

Di sebalik Revolusi.

Ramai yang tersalah anggap jika mengatakan Revolusi Perancis berlaku kerana rakyat tertindas, pemimpin bermewah-mewah dan revolusi itu terjadi sendiri tanpa perancangan. Hasilnya, rakyat berjaya menumbangkan raja.

Sebenarnya, bukan tujuan revolusi untuk menumbangkan kuasa raja. Tujuan Revolusi untuk mengnyahkristiankan Eropah(de-christianisation). 

Selama berabad-abad Eropah berada dalam Zaman Kegelapan kerana kuasa Papacy yang menyekat pemikiran logik. Catholic telah menindas mazhab kristian yang lain sebelum munculnya Martin Luther yang melahirkan Protestant(sekitar Abad Ke 16).

Sebelum Constatine dikatakan memeluk agama Katholik, ajaran Nabi Isa berpecah kepada beberapa mazhab. Antaranya adalah Bogomil, Cathar, Gnostic dan Mani. Tidak seperti Katolik, mereka tidak mempercayai Nabi Isa mati disalib. Mereka juga tidak percaya Isa sebagai anak Tuhan dan mereka tidak percaya Isa diturunkan untuk menebus dosa umat manusia seperti teologi Katolik.

Ajaran-ajaran Cathar, Gnostic, Mani dan Bogomil  co-exist bersama-sama ajaran Katolik. Nasib menyebelahi Katolik, setelah Constatine the Great diakhir hayatnya memeluk agama Katolik dan menjadikan Katolik sebagai agama rasmi Rom Timur.

Sejak itu, Katolik menjadi agama state-sponsor. Mereka boleh memerangi mazhab yang tidak sependapat dengan mereka. Kita turunkan satu contoh yang menarik apabila Papacy, bersekongkol dengan raja secular yang menyediakan askar bagi orang yang diisytiharkan sesat.

Kejadian berlaku pada 21 Julai 1209. Di Selatan Perancis, daerah bernama Toulouse tentera Crusade yang dipimpin oleh Arnaud Amalric membawa seramai 20,000 tentera bagi menghukum golongan sesat - penganut Kristian mazhab Cathar.

Mereka menuju ke sebuah bandar bernama Beziers. Sebenarnya hanya ada 222 orang Cathar sahaja di bandar berkenaan. Selebihnya adalah penganut Katolik. Dianggarkan penduduk Beziers adalah seramai 20000.

Tentera Salib membuat tawaran kepada penduduk Beziers untuk menyerahkan 222 orang penganut ajaran sesat - Cathar- dan tidak akan mengapa-apakan penduduk lain. Namun penduduk Katolik menolak tawaran berkenaan dan lebih rela 'drowned in the salt sea's brine' dari mengkhianati rakan sekampung mereka.

Pada 22 Julai, atas nama Tuhan, dibawah perintah Pope Innocent III, tentera Salib mula menyerang dan membakar Beziers. Kali ini, tentera Salib membunuh apa saja yang bergerak, berjalan atau merangkak.

Apabila ditanya oleh askarnya, bagaimana untuk membezakan yang mana penganut ajaran Cathar dan Katolik, Arnaud Amalric menjawap: 'Kill them all; God will look after his own.'

Maka terbunuhlah seluruh penduduk Bezier, lelaki, wanita, orang tua bahkan kanak-kanak, seramai lebih kurang 20000 orang. Pembunuhan yang kejam itu dibuat atas nama Tuhan.

Sejak Katolik menjadi agama rasmi Rom, dan disponsor oleh Maharaja-maharaja Rom sekitar 337 AD, Papacy telah menubuhkan Inquistor, sebuah birokrasi yang dibenarkan untuk menghukum mana-mana penganut Katolik yang sesat.

Selalunya hukuman sangat tidak berperikemanusiaan. Kebiasaan hukuman mati dilaksanakan dengan membakar mangsa hidup-hidup. Ramai penganut Cathar, Bogomil dan Gnostic menerima padah sedemikian.  Menjelang zaman Renaissance dan Enlightment, ramai juga para sarjana dan saintis yang tidak sependapat dengan Vatican mengalami nasib malang.

Copernicus, astronomi yang menemui bahawa bumi yang mengelilingi matahari tidak berani menerbitkan karyanya: On the Revolution of the Celestial Spheres kerana takutkan hukuman gereja. Ketika itu, menjadi doktrin oleh Vatican bahawa bumi merupakan centre of the universe dan menyanggahnya seperti menyanggah hukum Tuhan( perkara yang kita biasa dengar di negara Islam sekarang).

Kita tidak pasti bila gerakan untuk de-christianisation Eropah bermula. Misteri ini sukar dirungkai kerana gerakan ini tidak menulis dan merekodkan kegiatan mereka. Mereka berkomunikasi hanya dengan mengunakan simbol-simbol.

Pada 14 Julai 1789, meletuslah Revolusi Perancis. Beberapa tahun sebelum revolusi; dibelakang tabir boleh dilihat kesibukan Voltaire dan Rousseau sebagai pemikir moden yang menolak dogma Katolik. Beberapa individu seperti Roespierre, Danton, Marat dan Camille Desmoulin juga bergerak cergas dalam arena politik.

Walaupun luaran mereka seperti menentang kuasa monarki Perancis, namun hakikatnya mereka cuba membebaskan Eropah dari kekejaman Katolik. Kekejaman ini bukan hanya bersifat fizikal, namun juga menyekat pemikiran rasional dan logik.

Sejurus pencetus revolusi mendapat kuasa, Robespierre telah dilantik sebagai salah seorang Committee of Public Safety mengumumkan gereja Katolik ditutup. Robespierre sering disalah anggap; atau melalui propaganda Katolik selepas itu bahawa beliau seorang atheist.

Hakikatnya, Robespierre hanya menolak fahaman Katolik yang mendakwa Isa sebagai anak Tuhan dan segala dogma yang lain. Beliau seterusnya mengumumkan, Tuhan Revolusi adalah "A Supreme Being, A Grand Architect."

Seperti kebanyakkan intelektual Eropah ketika itu, mereka tidak mengumumkan agama mereka.

Sejarah membuktikan bahawa Revolusi Perancis tetap gagal dalam usaha membuat 'New World Order' dengan pemikiran logik dan rasional menjadi tunjangnya. Revolusi gagal apabila  berlaku perebutan kuasa sesama pencetus revolusi hingga membawa kenaikan Napoleon Bonaparte.

Namun idea revolusi yang menyanggah dogma Vatican sudah mendapat tempat di Eropah. Ketika Napoleon mengalahkan Raja Austria, Francis II dalam Battle of Jena, Hegel menangguhkan syarahannya untuk mendengar keputusan siapa pemenang antara kedua askar berkenaan.

 Dan Hegel sangat gembira apabila mendengar Tentera Revolusi dibawah pimpinan Bonaparte menewaskan Maharaja 'Holy Roman Empire'. (Dalam Battle of Austerlitz, Napoleon sekali lagi mengalahkan Francis II, dan menghapuskan title 'Holy Roman Emperor' yang telah wujud seribu tahun.)

Revolusi Perancis gagal namun ahli-ahli revolusi tidak berputus asa. Mereka mengalih matlamat mereka kepada New World, iaitu America. America adalah model negara secular yang tidak dipengaruhi  oleh Vatican, atau mana-mana gereja.

America sendiri  mengalami Revolusi America pada tahun 1775.

Thursday, October 11, 2012

SUARAM Menipu Isu Scopene.

Sesuatu yang perlu difahami adalah, Malaysia mewarisi sistem perundangan British. Sistem Perundangan British mengamalkan 'adversarial system' Dalam sistem ini, hakim bertindak sebagai umpire. Keputusan sesuatu kes bergantung kepada pendakwa dan pembela. 

Jika pendakwa gagal menyediakan bukti yang cukup, walaupun hakim mengetahui, hakim tidak dibenarkan campur, menegur atau meminta pendakwa melengkapkan bukti untuk menjatuhkan hukuman. Sesuatu keputusan dalam sistem ini sangat bergantung kepada kecekapan peguam dan pendakwa dalam memanipulasikan hal-hal teknikal.

Sementara Perancis dibawah Napoleonic Code mengamalkan 'inquisitorial system'. Dalam sistem ini, mahkamah memainkan peranan lebih aktif, bukan sekadar umpire. Pegawai mahkamah memainkan tugas seperti detektif, turun membuat siasatan dan bukan hanya mendengar perbicaraan di mahkamah. 

Dalam isu Scopene, SUARAM telah membohongi rakyat Malaysia. Bukan semua rakyat Malaysia faham bahawa sistem perundangan Perancis dan Malaysia tidak sama. Dengan asas yang lemah, SUARAM yang kononnya NGO sebenarnya hanya membuktikan mereka adalah anjing peliharaan PR.

Pendakwaraya Perancis telah menjelaskan dalam temuramah dengan BERNAMA bahawa tidak ada perbicaraan di Perancis berkaitan dengan tuduhan rasuah syarikat Perancis yang mempunyai hubungkait dengan Malaysia dalam isu pembelian Scopene.



No Scorpene trial in France 

(Bernama) - A prominent French government prosecutor has denied reports circulating among some Malaysian online news portals of an ongoing trial in France, on allegations of corruption by a French company over the purchase of two French-made Scorpene submarines by Malaysia in 2002.


Yves Charpenel said the media in Malaysia should be able to distinguish between rumours and facts, and between investigations and a trial.

  “I am aware about all the fuss kicked up by certain media (organisations) in Malaysia over this matter but what I can say is that this is nothing more than a trial by the media,” he told Bernama here today.


Charpenel, who was a former head of prosecution in France and now a state prosecutor and an executive member of the International Association of Anti-Corruption Authorities (IAACA), was here to attend the four-day IAACA conference and general meeting which ended yesterday.

  
Following a complaint filed in 2009 by Suaram, a Malaysian human rights non-governmental organisation (NGO), that a French company had allegedly paid bribes to a Malaysian firm for the submarine deal, he revealed that two independent “investigating judges” started their investigations earlier this year.


Charpenel said that in France, as in other countries practising the rule of law, all investigations were done in absolute secret.

He said, it was anybody’s right to file a complaint and due to the secret nature of the investigations, some resorted to complaining to the media.

  
He explained that for specific cases in France, the Justice Ministry would ask an independent judge, called an “investigating judge”, to investigate.

“He is just an investigator. This is an old system that started from the Napolean era. If the investigating judge wants someone to come to Malaysia, he has to ask from your government because we have what is called the Treaty of Mutual Legal Assistance. And the Malaysian government can say ‘yes’ or ‘no’. It has to be decided by the Malaysian authorities.

 
“A French investigating judge cannot take his luggage, take a plane and go to Malaysia and ask someone to answer his questions. It is impossible, it is against the French law and it is also against international law,” stressed Charpenel.

  In April this year, local opposition politicians here had even called for Malaysian officials to testify in Paris or risk being ostracised in the European Union.

  “A trial is a trial with all the rules. Investigation is another thing,” said Charpenel of the misinformation generated by certain news portals over allegations that a trial was already underway.





Menyifatkan media Malaysia gagal membezakan antara 'rumours' dan 'facts', beliau menegaskan isu Scopene hanya 'trial by the media'.

PR bertindak pantas apabila sebaik Charpenel menyatakan tidak ada perbicaraan di Perancis, hanya siasatan, Tian Chua terus menggunakan lawyer mereka William Bourdon dalam Malaysia Chronicle. Namun Bourdon sendiri tidak menafikan kenyataan Charpernel, hanya menambah bahawa dua hakim penyiasat - Roger Le loire dan Serge Tournaire - masih menyiasat dan tidak ada perbicaraan lagi.

Baca kupasan menarik Another Brick in The Wall di sini.

Ini masalah pembangkang di Malaysia. Ini juga masalah NGO-NGO yang pro pembangkang. Tanpa segan silu, tanpa asas dan dengan sengaja cuba memberi persepsi buruk kepada kerajaan, mereka memperbodoh dan menipu rakyat.

Jika mereka ingin mernjadi kerajaan yang baik(bahkan pembangkang yang baik) mereka perlu berterus-terang. Spin dan propaganda dibenarkan dalam mana-mana perjuangan politik tetapi bukan penipuan mentah-mentah.

Dengan penipuan sebegini, mereka cuba exploit sentimen kepada pengundi yang gullible. Di Facebook isu Scopene di post dengan gambar dan 'bukti' palsu oleh askar dan sympathizer PR tanpa memahami isu sebenar. Kepada golongan gullible, bukti ini sangat menguja.

Kepada pengundi atas pagar dan yang memahami, it simply insults our intelligent!


Monday, October 8, 2012

Jika Pakatan Memerintah.

Demokrasi akan menjadi masalah jika ramai pengundinya gullible. Saya pernah tweet. Dan ramai Melayu (dan saya tak kisah undi kaum Cina) merasakan tidak menjadi kaya, susah dan merempat kerana salah UMNO.

Jika PR menang PRU ke 13, tiba-tiba rasuah akan terhapus. Tiba-tiba. Tanpa usaha, tanpa perlu berusaha membenterasnya. Ini janji PR. SPRM tidak telus. PDRM tidak telus. SPR tidak telus. Semuanya akan tiba-tiba jadi telus bila PR menjadi kerajaan.

Di Malaysia ini, golongan minoriti tertindas jika BN masih memerintah. Mereka langsung tidak boleh bersuara. Kaum bukan Melayu sudah lama tertindas. Jika PR memerintah, tiba-tiba mereka akan terbela dan segalanya akan adil.

Melayu ramai tertinggal kerana BN masih memerintah. PR mendakwa Melayu sudah 50 tahun dibodohkan oleh UMNO. Bila PR memerintah, tiba-tiba Melayu akan menjadi cerdik, kaya dan kuat. Tak perlu buat apa-apa. Undi PR saja, Comfirm 95% orang Melayu akan menjadi kaum yang perkasa.

Dibawah 'rejim BN'. tidak ada kebebasan bersuara langsung. BN merupakan parti yang menyekat sebarang maklumat dari sampai ke rakyat. Semua propaganda. Jika PR memerintah, semua akan selesai. Utusan Malaysia akan dibenarkan menemubual Lim Guan Eng, Benji Lim tidak akan dihalau lagi dari sidang akhbar PKR dan yang penting Lathefah Koya tidak akan berebut padang lagi dengan kanak-kanak. Ini HANYA akan berlaku 'jika PR diberi mandat membentuk kerajaan'.

Jika PR memerintah, hudud boleh dan tak perlu dilaksanakan. Ini kerana PAS kata hudud tetap akan dilaksanakan. DAP kata hudud tidak boleh dilaksanakan. Jika dibawah BN, sudah tentu masalah ini tidak selesai. Tapi jika PR memerintah, somehow hudud dilaksanakan dan tidak dilaksanakan serentak. Bagaimana saya tak tau. PR kata mereka boleh.

Jika PR memerintah, pendidikan percuma, harga kereta turun, malah bonus juga akan diberi kepada pekerja swasta. Ini kerana sekarang mereka spin pekerja swasta tidak dapat bonus. Mereka boleh pastikan pekerja swasta akan mendapat bonus - HANYA 'jika PR memerintah'.

Ringkasnya, Malaysia akan menjadi negara contoh, dan tidak ada negara yang mampu menandingi Malaysia jika PR memerintah. Defisit negara tidak ada, hutang tidak ada, semua barang akan jadi murah, pendidikan percuma, mungkin seks juga percuma, rumah urut merata-rata dengan harga mampu 'nikmati', bebas rasuah, kebebasan bersuara, tidak ada ketirisan, malah mungkin PR mampu memberi '1 rakyat, 1 jet peribadi'.

Kita tidak perlu menunggu mati untuk masuk syurga. Jika PR memerintah, kita sudah dalam 'syurga'. Mari kita berehat sekejap. Tengok commercial break kat bawah ini:-




You're just too good to be true
I can't take my eyes off you
You'd be like heaven to touch
I wanna VOTE you so much
At long last you have arrived
And I thank God I'm alive
You're just too good to be true
Can't take my eyes off you

Pardon the way that I stare
There's nothing else to compare
The sight of you leaves me weak
There are no words left to speak
But if you feel like I feel
Please let me know that is real
You're just too good to be true
I can't take my eyes off you




yours truly,

a gullible citizen, can hardly wait to vote for you!

Wednesday, October 3, 2012

Paradoksnya Pakatan.

Jika kita ingin tukar sesuatu sistem, kita perlu mencari yang lebih baik. Jika sesuatu pejuangan sudah jelas hipokrit, sebelum memegang kuasa lagi, bagaimana kita ingin letakkan kepercayaan kepada mereka.

Selama 50 tahun lebih, Malaysia telah diterajui oleh kerajaan BN. BN bukan sesuatu entiti yang syumul atau sempurna. Seperti segalanya dalam dunia ini. Namun teras kepada pejuangan BN adalah dacing: keseimbangan. 

Atas nama semangat BN, rakan-rakan MCA bertanding mendapat undi Melayu dari UMNO. Helen Ang telah memberi data dan analisa yang bernas dalam posting terbarunya. Baca sini. 

Namun selepas PRU ke 12, perkauman telah menjadi makin meruncing di Malaysia. Kebencian sesuatu kaum contohnya terhadap pemimpin negara dan juga raja-raja Melayu, agama Islam melukakan hati orang Melayu. Pada sesetengah kes, kenyataan melampau Melayu melukakan hati kaum Cina,

Seperti apa yang dinyatakan oleh Helen Ang, sukar bagi pemimpin UMNO untuk memujuk pengundi mereka mengundi MCA atau MIC kerana politik makin menampakkan 'mereka' menentang 'kita'.

Masalah ini tidak timbul dalam PR. Walaupun DAP merupakan pencetus kebencian Cina terhadap UMNO kerana kuasa Melayu, dan akan menguburkan MCA, namun Melayu dalam PR tidak menganggap ini penting kerana mereka hanya ingin jatuhkan UMNO/BN. 

Ahli politik PR boleh berpura-pura mereka parti semua kaum sedangkan dengan majoriti Melayu sebagai penduduk Malaysia, dan kuasa ekonomi dipegang oleh kaum Cina, ini adalah amat mustahil. Mungkin beberapa generasi Melayu naive yang baru keluar universiti mengimpikan 'utopia' Malaysia adalah untuk orang Malaysia. UMNO ditentang kerana assabiyah dan mereka lupa 'assabiyah' itu melahirkan sekian banyak birokrat dan teknorat Melayu.

Pemimpin PR sangat paradoks. Mereka menggunakan perkataan 'rakyat' sewenang-wenang namun mereka memperjuangkan 'ruling class' dalam PR. Keluarga Anwar dan Lim Kit Siang merupakan focal kepada pejuangan PKR dan DAP. Di mana rakyatnya?

Mereka mendakwa mereka memperjuangkan rakyat marhein tetapi mereka berkempen dengan bas mewah dan jet peribadi. Nizar membeli Camry  dan membida plat no mahal untuk exco-exconya. DAP yang kononnya sosialis membina kondo-kondo mewah di Penang dan mengabaikan rumah rakyat marhein.

PR kononnya jaguh kekebasan media namun kita pernah lihat bagaimana juak-juak Anwar menghalau Benji Lim dari sidang akhbar mereka. Lim Guan Eng langsung mengharamkan Utusan Malaysia dari menyertai sidang akhbarnya.

DAP bercakap tentang membina bangsa Malaysia. Hannah Yeo masih tidak habis-habis membebel tentang anaknya yang tidak diterima sebagai bangsa 'Malaysia' dalam pendaftaran oleh JPN namun DAP menyokong Dong Zong. DAP dilihat sebagai parti radikal memperjuangkna kepentingan Cina dan sering mempersendakan MCA sebagai pak turut UMNO.

Kesimpulannya, PR adalah gerombalan politik(bukan alliance) yang penuh dengan hipokrasi. 





Tuesday, October 2, 2012

Meeting with Morpheus.

Morpheus is a Greek-God. He was a god of dreams. The modern medicine knows 'morphine', as a pain-killer, which deceives and lies and tells brain to a patient that he is not in a state of agony. Scientist called the pain-killer morphine, to honor Morpheus.

In a famous movie, as one of my favorite, The Matrix, Morpheus is a passionate freedom fighter against a system built by machine known as Matrix. Morpheus free Neo, and others from machine slavery. Morpheus tells Neo the truth, and shows him how deep the rabbit hole.

A few days ago, I met with my Morpheus. In fact two of them. They somehow free my mind. They offered me a blue pill, and a red pill. Eventually I chose the red. Like Neo, now I see for  myself how deep the rabbit hole.

For 40 years of my existence, everything must be re-evaluated, to learn and 'unlearn', as one of the Morpheus puts it. The faith, 'rituals', dogmas and so on, must be viewed from new perspective. And I am still searching,  I am still in my endless quest and journey......






Just like Morpheus puts it: "I only show your the door, you the one who walk into it."