Followers

Wednesday, January 16, 2013

Hari Paling Menyedihkan

Setelah seminggu berjuang, akhirnya bondaku Wan Sauja Ratna bte Wan Muhammad telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 3.10 pagi, 15.1.2013. Beliau meninggal 10 hari sebelum setahun ulangtahun kewafatan ibunya tahun lepas.

Bersemadi dengan aman bonda, putera dan puterimu akan sentiasa mengenangi Mu.



 Wan Sauja bte Wan Muhammad
1943-2013

4 comments:

Anonymous said...

Bonda saya tiba dan lengkap segala urusan dunianya di dalam pangkuan saya di dalam perjalanan ke Hospital.

Sedih dan pilu. Akan tetapi saya terlihat pemandu - jiran saya yang membawa kami ke hospital menangis tersedu-sedu hingga saya rasa hairan.

Bila saya tanyakan beliau berkata bahawa "Alangkah indahnya kematian Mak Engku (panggilan kepada Bonda saya) di dalam pangkuan anak lelaki tunggalnya (saya anak lelaki tunggal) di peringatkan Kalimah Syahadah di perdengarkan kalimah-kalimah Allah dan di temani hingga saat putus hayatnya. Sedangkan saya waktu kematian ibu saya saya berada jauh dari ibu saya. Ibu saya meninggal keseorangan. Alangkah baiknya jika saya mendapat rezeki seperti Adik ni. (dia memanggil saya adik).

Air mata saya terus kering kerana saya sangat-sangat bersyukur dan redha dengan pemergian Bonda. Hilang segala kesedihan. Baru saya sedar dalam kesedihan itu sebenarnya ianya satu keadaan yang penuh kasih sayang dari Allah S.W.T . Saya dapat rasakan satu Rahmat yang tak ternilai dari Allah kepada Bonda saya.

Saya juga mengikut berita ini sejak saudara umumkan Bonda saudara akan di bawa ke rumah. Alangkah bahagia saudara dan kaum keluarga di berikan Rahmat dan peluang untuk bersama-sama dengan Bonda saudara di saat-saat akhir urusan beliau di dunia ini.

Insyallah Semoga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat bonda saudara serta kaum keluarga dan saudara sendiri.

Anonymous said...

Al Fatihah untuk Almarhumah Wan Sauja bte Wan Muhammad, Almarhum ayahandaku Zabidin bin Mahmud, Almarhum2 dan Almarhumah2 saudara2ku seagama yang mendahului kita.

Di kala usia saya yang menghampiri senja [50 tahun] saya bersyukur ke hadrat Allah swt kerana masih beribu walaupun berusia 77 tahun. Syukur Alhamdulillah, Allah telah meminjamkan Bonda sehingga kini kerana ayahanda hanya dipinjamkan kepada saya sehingga saya berumur 2 1/2 tahun.

Segala yang ada pada kita di dunia ini hanyalah fana dan sekadar pinjaman sahaja, hatta diri kita sendiri.

Wallahu'alam

ZulZab

Kutukandewata said...

cik sauja antara mak saudara saya yang baik dan lembut sekali bila berbicara dengan saya.tak pernah mengangkat suara kepada saya kerana saya tak pernah menderhaka kepadanya.
kini saya hanya ada beberapa orang saja lagi mak saudara yang sangat saya sayangi.

cik sauja,damailah engkau di sisinya.aku amat menyayangimu.

sri tribuana said...

Terima kasih saudara-saudara sekelian. Setiap yang hidup akan merasai maut, itu sudah pasti. Di sini juga saya ingin mengambil kesempatan mengucap takziah kepada pembaca saya, adik Yazreen Yazeed Yaakob yang berkongsi nasib yang sama dengan saya. Bonda beliau kembali ke Rahmatullah pada hari yang sama, 15hb tapi pada pukul 8 pagi. Moga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan roh bonda kita dikalangan orang-orang beriman. Amin