Followers

PERJUANGAN KITA ADALAH:

What Our Founding Father Said:

I must ask non-Malays to be fair & be considerate & not make unreasonable demands, for it is well to remember that no natives of any country in the world have given away so much as the Malays have been"

- YTM TUNKU ABDUL RAHMAN, Kuala Lumpur, 22 April 1956.

Kata-kata Tun Razak, juga pernah dituduh Racist

'Jika orang Melayu gembira, orang lain di negara ini akan gembira. Begitu juga sebaliknya jika orang Melayu tidak gembira'.

Tun Abdul Razak

Anonymous voice who can feel the heartbeat of his race said somewhere:

Quote: "When Malays speak up about their rights, it must be racism. When non-Malays speak up about their rights, it must be human rights. I am no hardcore UMNO but I am a simple Malay who sees ingrates around me. Malaysia now is for us to ruin.Well done people!"
"In matters of state he who has the power often has the right, and he who is weak can only with difficulty keep from being wrong in the opinion of the majority of the world."

Cardinal Richelieu in his Political Testament.

Quran; Az Zumar Ayat 17

Who hear advice and follow the best thereof. Such are those whom Allah guideth, and such are men of understanding.

Setan Racist

Setan Racist
Katakan Tidak Kepada Setan Racist.

Tuesday, August 7, 2012

Kekalahan Chong Wei, Kemenangan Malaysia.

Lee Chong Wei gagal menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi pingat emas Olimpik. Namun pada hari ini, beliau disambut bagaikan wira. Bahkan, pelakon,penyanyi dan poli-tikus tidak mendapat sambutan sebegini jika mendapat tempat pertama, apa lagi kedua.

Kemenangan Malaysia adalah pada semangat, harapan dan satu padu menyokong wakil Malaysia ini. Saya berjenaka mengatakan dalam twitter, Chong Wei berjaya menyatukan 27,999,999 orang rakyat Malaysia. Ini kerana kita terpaksa menolak seorang Yang Bingai bernama Manoharan.

Mesej yang ingin disampaikan oleh kita kepada kerajaan hanya satu: kita ingin cemerlang dipersada dunia. Kita sudah lama tidak 'Proud of being Malaysian'. Sudah tidak ada pendaki gunung Everest, perenang menyeberangi Selat Inggeris, penerjun Kutub Utara. Semangat 'Malaysia Boleh' era Tun Mahathir seolah-olah sudah berkubur.

Kita dahagakan kejayaan di peringkat antarabangsa. Kita dambakan wira-wira 'Made in Malaysia'.

Sebenarnya ada. Kita boleh nampak kilau-kilauan kecermelangan dalam individu-individu seperti Nazmi Faiz dan Shafe Sali dalam bolasepak, Nicol Davies dalam squash dan sebagainya. Namun Malaysia sendiri 
seperti sudah kehilangan 'winning mentality' yang pernah kita ada.

Dalam blog Datuk A. Kadir Jasin, beliau menulis tentang Olympic: Our Solitary Medal Speaks Volumes dan beliau memberi beberapa ingatan kepada pemerintah. New Zealand sebagai negara kecil, terkini memenangi 3 emas, 1 silver dan 4 gangsa. Penduduknya hanya 4.4 juta sahaja.

Malah negara miskin seperti Jamaica berupaya memenangi  4 pingat, Cuba 7 pingat. Sukan seperti ini memberi mesej bahawa negara-negara yang memenangi bukan hanya kaya dan mampu melatih atlet mereka, selain 'natural talent' namun berjaya menanamkan semangat juang dan patriotik yang tinggi untuk memenangi sesuatu buat negara mereka.

Adakah atllet kita tidak mendapat latihan cemerlang? Sejauh mana peranan kerajaan, terutama Menteri Belia dan Sukan berjaya menanam 'winning mentality' kepada atlet kita? Atau adakah atlet kita terlalu manja dan kurang patriotik? Atau kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.

28 juta penduduk, hanya 1 pingat. Sesuatu perlu dilakukan.



3 comments:

mae said...

Saya rasa tak perlu chong wei diangkat sebagai wira. Dia tetap belum mencapai tahap keperwiraan. Kalah tetap kalah. Dia belum perwira lagi. Saya rasa chong wei sendiri rasa malu diangkat begitu. Memang dia dah berusaha bersungguh2 sama seperti atlet negara kita yg lain tapi setakat berusaha sajalah, hasilnya tiada. Kalau ada hasil barulah boleh dipanggil perwira.

YB Raz said...

rakyat malaysia ni semakin hidup selesa, semakin hilang semangat juang..tengok atlit sukan kita di awal zaman kemerdekaan dahulu..tiada habuan jutaan ringgit, tiada kompleks sukan canggih tetapi semangat kesukanan amat tinggi.

tetapi sekarang kemudahan canggih ada depan mata. ada imbuhan, dapat tittle datuk tetapi semangat kesukanan semakin menurun...

begitu juga dengan semangat patriotik..semakin lama merdeka, rakyat semakin hilang rasa hormat dan sayangkan negara..

mungkin bila bom meletup depan muka, baru mereka ni nak sedar.

Anonymous said...

kalah tetap kalah. bukan rakyat malaysia je yang bersemangat nak tengok atlet negara dapat emas.