Followers

Friday, August 24, 2012

Aidil Fitri dan Ahli Keliuarga Baru.

Salam para pembaca.

Saya harap belum terlambat bagi saya mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami sekeluarga beraya di Jerantut, Pahang pada raya kali ini. 

Pada raya ke 3 isteri saya mengadu sakit untuk bersalin dan saya menghantarnya masuk ke hospital Jerantut. Oleh kerana mengalami komplilkasi, beliau dipindah ke hospital Temerloh keesokkannya. Doktor pakar membuat keputusan bahawa anak saya tidak boleh dilahirkan cara normal kecuali cara Cesarian. 

Tepat pukul 9 pagi isteri saya dibawah ke bilik bedah dan 10.05 maka lahirlah anak kedua saya. Seorang bayi perempuan, berat 3.5kg dan dilahirkan pada 22 Ogos 2012. Kami namakan Wan Fatimah Az Zahra, sempena nama moyangnya yang telah kembali ke Rahmatullah pada Januari tahun ini.

Isteri saya masih ditahan diwad untuk monitoring. Doakan keselamatan anak dan isteri saya. 

InsyaAllah saya akan kembali aktif berblog selepas ini.


Wan Fatimah Az Zahra



3 comments:

Anonymous said...

AKU HENSEM

BRAVO BRAVO
TUAH SYAWAL TAHUN NI

NEXT YEAR BOY PULAK

sharifah said...

Alhamdulillah. Congratulations. Semuga baby n mama dirahmati kesihatan dalam keimanan sentiasa. Comelnya Fatimah Az Zahra!

Anonymous said...

AKU HENSEM

31 OGOS 1998-PUBLIC HOLIDAY
1 SEPTEMBER 1998-PEGGING OF RM TO USD AT RATE RM3.80/USD BY TDM.

HAPPY MERDEKA.