Followers

Friday, August 24, 2012

Aidil Fitri dan Ahli Keliuarga Baru.

Salam para pembaca.

Saya harap belum terlambat bagi saya mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami sekeluarga beraya di Jerantut, Pahang pada raya kali ini. 

Pada raya ke 3 isteri saya mengadu sakit untuk bersalin dan saya menghantarnya masuk ke hospital Jerantut. Oleh kerana mengalami komplilkasi, beliau dipindah ke hospital Temerloh keesokkannya. Doktor pakar membuat keputusan bahawa anak saya tidak boleh dilahirkan cara normal kecuali cara Cesarian. 

Tepat pukul 9 pagi isteri saya dibawah ke bilik bedah dan 10.05 maka lahirlah anak kedua saya. Seorang bayi perempuan, berat 3.5kg dan dilahirkan pada 22 Ogos 2012. Kami namakan Wan Fatimah Az Zahra, sempena nama moyangnya yang telah kembali ke Rahmatullah pada Januari tahun ini.

Isteri saya masih ditahan diwad untuk monitoring. Doakan keselamatan anak dan isteri saya. 

InsyaAllah saya akan kembali aktif berblog selepas ini.


Wan Fatimah Az Zahra



Tuesday, August 7, 2012

Kekalahan Chong Wei, Kemenangan Malaysia.

Lee Chong Wei gagal menjadi rakyat Malaysia yang pertama memenangi pingat emas Olimpik. Namun pada hari ini, beliau disambut bagaikan wira. Bahkan, pelakon,penyanyi dan poli-tikus tidak mendapat sambutan sebegini jika mendapat tempat pertama, apa lagi kedua.

Kemenangan Malaysia adalah pada semangat, harapan dan satu padu menyokong wakil Malaysia ini. Saya berjenaka mengatakan dalam twitter, Chong Wei berjaya menyatukan 27,999,999 orang rakyat Malaysia. Ini kerana kita terpaksa menolak seorang Yang Bingai bernama Manoharan.

Mesej yang ingin disampaikan oleh kita kepada kerajaan hanya satu: kita ingin cemerlang dipersada dunia. Kita sudah lama tidak 'Proud of being Malaysian'. Sudah tidak ada pendaki gunung Everest, perenang menyeberangi Selat Inggeris, penerjun Kutub Utara. Semangat 'Malaysia Boleh' era Tun Mahathir seolah-olah sudah berkubur.

Kita dahagakan kejayaan di peringkat antarabangsa. Kita dambakan wira-wira 'Made in Malaysia'.

Sebenarnya ada. Kita boleh nampak kilau-kilauan kecermelangan dalam individu-individu seperti Nazmi Faiz dan Shafe Sali dalam bolasepak, Nicol Davies dalam squash dan sebagainya. Namun Malaysia sendiri 
seperti sudah kehilangan 'winning mentality' yang pernah kita ada.

Dalam blog Datuk A. Kadir Jasin, beliau menulis tentang Olympic: Our Solitary Medal Speaks Volumes dan beliau memberi beberapa ingatan kepada pemerintah. New Zealand sebagai negara kecil, terkini memenangi 3 emas, 1 silver dan 4 gangsa. Penduduknya hanya 4.4 juta sahaja.

Malah negara miskin seperti Jamaica berupaya memenangi  4 pingat, Cuba 7 pingat. Sukan seperti ini memberi mesej bahawa negara-negara yang memenangi bukan hanya kaya dan mampu melatih atlet mereka, selain 'natural talent' namun berjaya menanamkan semangat juang dan patriotik yang tinggi untuk memenangi sesuatu buat negara mereka.

Adakah atllet kita tidak mendapat latihan cemerlang? Sejauh mana peranan kerajaan, terutama Menteri Belia dan Sukan berjaya menanam 'winning mentality' kepada atlet kita? Atau adakah atlet kita terlalu manja dan kurang patriotik? Atau kurang pendedahan di peringkat antarabangsa.

28 juta penduduk, hanya 1 pingat. Sesuatu perlu dilakukan.



Monday, August 6, 2012

Yang Bingai Lagi.

Semalam, Malaysia berkabung kerana Dato Lee Chong Wei gagal memenangi pingat emas. Lee Chong Wei sendiri menitiskan airmata, bukan untuk kemasyhuran peribadi tetapi katanya kerana gagal membuatkan Lagu 'Negaraku' dimainkan di London. Seorang pengulas sukan turut berkata: "Lin Dan wants the medal, but what Chong Wei wants is his national anthem being played here".

Saya bangga dengan Lee Chong Wei. Saya bangga walaupun tewas, beliau berjuang habis-habisan. Saya bangga sikap patriotiknya yang memberi segala untuk negaranya. Namun setiap negara yang mempunyai warganegara patriotik, ada yang sebaliknya.

Yang Bingai, ADUN dari DAP, Manoharan tweet sesuatu yang menyakitkan hati setiap insan yang menyayangi Malaysia. Untuk seketika selama Chong Wei bejuang menentang Lin Dan, semua rakyat Malaysia melupakan seketika ideologi politik dan menyokong Chong Wei sebagai wakil Malaysia. Mari kita baca tweet dari Yang Bingai ini:



Namun extremist DAP dan cybertrooper pembangkang tidak dapat memisahkan apa saja dari politik. Bahkan seni sendiri seperti filem Tanda Putera tidak dapat lari dari serangan politik mereka. Sebagai pembangkang mereka menganggu apa saja usaha kerajaan untuk membaiki apa saja keadaan. Jika mereka menjadi kerajaan saya percaya demokrasi akan berkubur. Mereka hanya percaya apa yang mereka ingin percaya dan pandangan lain bagi mereka 'sesat'.




Kita tidak melihat Chong Wei sebagai Cina,Melayu atau India tetapi sebagai rakyat Malaysia

Di atas adalah tweet dari  cybertrooper PKR. Dia spin jika Datin Seri Rosmah datang ke London dan menyokong Dato Lee Chong Wei, Chong Wei akan mampu menang emas. Lagi, mereka membenci dan hanya kebencian yang ada pada Pakatan. Period.

Yang Bingai Manoharan pernah kontroversi ingin mengubah Jalur Gemilang jika PR mendapat kuasa. Masih ada Melayu yang percayakan DAP? Seorang pemimpinnya pernah kencing tiang bendera Malaysia di hadapan rumah seorang MB.