Followers

Wednesday, June 13, 2012

Mengapa Tun Ali Hati Ingin Mati Bersama Sultan Ahmad?

Sesekali, menjengah ke sejarah silam ada seronoknya. Kata Bismarck "A fool learns from his own experience, while the wise learns from someone else." Itu gunanya sejarah. Dapat mempelajari kesilapan manusia silam.

Menjelang penaklukan Portugis, Sultan Mahmud turun takhta dan menabalkan puteranya, Sultan Ahmad. Sultan Ahmad seorang pemuda yang mempunyai kaliber dan cekap juga dalam pentadbiran. Semasa menghadapi serangan Portugis, baginda mengepalai angkatan perang dan berada di barisan hadapan. Tidak ramai Sultan Melaka yang mempunyai ciri-ciri ini, kecuali mungkin Sultan Alaudin.

Namun disebalik kehebatan Sultan Ahmad, ada satu sifat buruk baginda yang tidak disenangi oleh pembesar. Baginda mengenepikan terus pandangan pembesar lama, dan mempunyai penasihat sendiri yang terdiri dikalangan orang-orang muda.

Sikap ini menurut Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu bakal mengundang padah kepada kerajaan Melaka. Ini kerana para pembesar veteran mempunyai pengalaman yang luas dan pengaruh untuk diketepkan begitu saja. Mereka mengadu kepada Sultan Mahmud.

Sultan Mahmud yang nampak bahayanya perpecahan dikalangan pembesar Melayu - terutama ketika berhadapan dengan Portugis - tiada pilihan lain melainkan terpaksa mengambil semula kuasa. Baginda juga menjatuhkan hukuman bunuh terhadap Sultan Ahmad, demi untuk menghalang pepecahan dikalangan pembesarnya.

Dalam ramai-ramai pengikut Sultan Ahmad, Sultan Mahmud sangat menyayangi Tun Ali Hati. Baginda cuba untuk menyelamatkan Tun Ali Hati. Namun Tun Ali Hati tidak mahu bertuankan raja yang lain kecuali Sultan Ahmad. Akhirnya, Sultan Mahmud dengan penuh keberatan menjatuhkan hukuman bunuh ke atas Tun Ali Hati. 

"Bunuhlah Tun Ali Hati", titah baginda setelah puas berusaha untuk menyelamatkan Tun Ali Hati.

Kembali ke tahun 2012, al kisah seorang putera yang telah bersultan di mata beraja di hati telah kembali diberi peluang untuk menjadi PM. Menurut seorang wartawan-menjadi-menteri dan sekarang menjadi blogger, putera itu yang telah banyak melukakan hati orang Melayu boleh menjadi PM di hari tuanya. Sang Putera ingin menjadi PM sebelum berumur 40 tahun. Dan beliau mengumumkannya tanpa segan silu.


Beliau masih mempunyai ramai 'Tun Ali Hati' seperti Rizal Marican dan Azeez Mat Rempit. Mungkin kerana 'Tun Ali Hati-Tun Ali Hati' ini tidak mempunyai tempat lain untuk diterima, justeru mereka terus-terusan setia kepada 'Sultan Ahmad' mereka.

Beliau juga telah berjaya 'reinvent' dirinya dengan beberapa siri debat dengan Rafizi, Ambiga dan Rafizi. Beliau telah 'captured' imaginasi ramai golongan muda yang biasanya akan terpesona dengan retorik dan kepetahan berpidato. Namun beliau masih mengingatkan saya kepada Anwar Ibrahim.

Persoalannya, adakah 'Sultan Mahmud' sanggup membunuh 'putera'nya dalam 'Sejarah Melayu Moden'? Atau adakah beliau hanya 'a useful tool' untuk menambat hati golongan muda, sebelum akhirnya 'dibunuh' bersama semua 'Tun Ali Hati'nya?

Sanggupkah kesemua Tun Ali Hati'nya mati bersama 'tuan'nya jika mengulangi 'Sejarah Melayu'? Kita semua sedia maklum, tidak ada 'brand loyalty' dalam politik 'pasca feudalism'. 

Kita hanya boleh mati sekali sahaja dalam perang yang sebenar, kata Churchill. Namun kita boleh mati berulang-ulang kali dalam politik. Logiknya, kita juga boleh hidup semula berulang-ulang kali dalam politik.

Apa lagi dalam dunia 'Melayu mudah lupa'. Tiada yang mustahil.

5 comments:

Jeepers Creepers said...

kenapa sultan mahmud nak bunuh anak sendiri semata mata xnak melayu berpecah?

zalim gila sultan dulu dulu..sebab nak bini orang, sultan bunuh laki dia, nak anak dara orang, sanggup rampas dari mak bapak..

bunuh anak sendiri, tapi melaka jatuh juga ke tangan portugis..kerja sia sia..tak pasal pasal dapat dosa..

sri tribuana said...

utk makluman YB Raz, Sultan-sultan Turki juga melakukan perkara yang sama. Apabila Sultan Biyazid Yildrim ditabal jadi raja selepas ayahandanya, Sultan Murad terbunuh dalam Batlle of Kosovo, langkah yg pertama dilakukan oleh Biyazid adalah membunuh adiknya, Yaakob. Sultan-sultan Uthmaniyah terkenal dgn pembunuhan terhadap mana-mana waris lelaki yg boleh membawa perpecahan perang saudara.

cucunenekkebayan said...

tapi pada pandangan saya, sultan mahmud 2012 nampaknya tidak mengambil pusing langsung pendapat Sultan Ahmad 2012. Sultan Mahmud gila kuasa cuba tambat hati semua tanpa diagihkan ruang kepada Sultan Ahmad membuktikan keupayaannya.

Golongan muda yang majoriti bilangannya cuba didekati dengan "songokan2 cara lama" yg pada pandangan Sultan Mahmud masih berkesan. Golongan muda yang kelaparan seringkali diberi ikan sebaldi dan bukannya batang pancing untuk kelansungan hidup. itupun diberi hanya ketika musim2 tertentu sahaja.

Sebagai cucu kepada nenek kebayan, yg masih muda ini, saya meluat dengan pengumuman2 dan janji2 Sultan Mahmud 2012. nak sahaja dihantar epal beracun kepada Sultan Mahmud agar dia sedar yang sebenarnya untuk membina jambatan emas, mengumpul hati nyamuk dan 7 tempayan air mata itu memerlukan lebih daripada sekadar air liur.

Patik mohon derhaka.
Ampun Tuanku.

Jeepers Creepers said...

sebab itulah sultan dulu2 ni zalim..membunuh orang yang bukan hak..hanya kerana kuasa, sanggup membunuh sesama sendiri..

dalam islam sendiri dilarang membunuh kecuali orang tu melakukan kesalahan jenayah yang berat, ketika berperang dijalan Allah ataupun orang tu murtad.

sedangkan nabi ampunkan umat, inikan pulak sesama adik beradik..nasib baik sultan sekarang dah tak macam dulu..kalau tidak rasanya dah lama sistem kesultanan kat malaysia ni tumbang.

sri tribuana said...

Turki Uthmaniyah buat begitu berdasarkan fatwa ulama, sheikhul islam, grand mufti berdasarkan hadis: "jika ada dua khalifah, bunuh salah seorang darinya".