Followers

Wednesday, March 16, 2011

Apa yang kita boleh dapat dengan harga RM1?

Terkejut saya apabila membaca buku Tun Dr. Mahathir yang terbaru: A Doctor in the house bila sampai bab Daim Becomes Finance Minister. Apa yang mengejutkan saya adalah pada mukasurat 531, Tun menceritakan KTM dijual kepada pihak swasta dengan harga RM1.

Semasa Pak Lah menjadi PM, beliau menjual syarikat motosikal milik Proton - MV Augusta - dengan harga 1Euro. Kalimullah cuba spin dan menjustifikasikan penjualan ini dengan merujuk kepada penjualan KTM. Tapi Tun menjawab dalam meoirnya, Augusta berjaya dijual semula dengan harga USD 109 juta.

Tun memberi justifikasi, KTM merupakan beban kepada kerajaan, pembelinya tidak boleh menjual KTM dan hutangnya kepada sesiapa, apa lagi membuat untung dari pembelian itu. Lagipun, KTM ditawar kepada awam tetapi tidak ada siapa yang mahu. Sebaliknya Augusta tidak ditawar kepada awam, dan cara penjualannya berahsia. Sudah tentu ada pihak yang mendapat untung.

Semalam saya minum disebuah kedai mamak, air milo ais saya pun lebih dari RM1. Tapi ada benda yang boleh dibeli dengan RM1, selain KTM pada awal 80an. Selangor membayar RM1 kepada Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi. Kita boleh dapat bekas Menteri Kewangan dengan harga RM1. Milo ais saya lagi mahal darinya.

Boleh ke saya beli Warren Buffet dengan harga RM1 sebagai penasihat pelaburan? Ada sesiapa lagi dimarket yang berharga RM1?

3 comments:

Peminat Baru... said...

Bro..nak tikam nombor boleh lagi bro..tapi main kecik je lah...he he he...!!!

Jarang said...

Bro....salam...!!!

q0l0p said...

tau la saya kenapa anwar tak nak bagi DNA dia.

Kalu nak bagi senang jer, anwar beli tisu saturinggit kat kedai mamak. Ludah atas kat atas tisu tu dan beri pada hakim kes sodomi dia.

pada kebanyakan kita senang jer nak beli tisu tu, tapi anwar kena ikat perut sebulan la... sebab tu dia tak nak bagi DNA dia. hahahaha