Followers

Tuesday, March 1, 2011

Dato' Azizan Akan Dikebumikan di Tanah Perkuburan Mat Kilau, Jerantut.

Gugurnya seorang pejuang bangsa.









Semalam saya sempat melawat jenazah Allahyarham untuk menatap wajahnya kali terakhir sebelum Allahyarham dibawa pulang oleh keluarga ke Jerantut, Pahang. Allahyarham dijadualkan untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mat Kilau Jerantut. Jika sesiapa yang mengenali Allahyarham dan berhajat untuk menghantar beliau ke perjalanan terakhirnya, boleh ke Tanah Perkuburan Kg. Mat Kilau, Jerantut.

Beliau dijadualkan untuk dikebumikan sebelum zohor.

Allahyarham merupakan seorang yang gigih semasa hayat. Pernah menjadi ADUN Pulau Tawar tahun 1995-1999, Exco Pergerakan Pemuda Malaysia, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Jerantut, Timbalan Ketua Bahagian UMNO Jerantut dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jerantut. Beliau juga sangat gigih dan aktif dalam badan NGO seperti Dewan Persuratan Melayu Pahang, Pertubuhan Silat dan Dewan Perniagaan Melayu.

Mutakhir ini, Allahyarham banyak mencurah pemikirannya dalam blog Melayu Raya Daily yang mana selalu tersenarai antara 100 ranking Blog Mesra Kerajaan. Pemergian beliau merupakan kehilangan besar kepada masyarakat Melayu dan Malaysia. Kehilangannya juga amat dirasai oleh saya sendiri kerana saya rapat dengan Allahyarham dan keluarga.

Allahyarham meninggal dua orang isteri dan sepuluh orang anak. Semoga Allah menempatkan beliau dikalangan orang-orang yang diredhaiNya. 

Kami akan meneruskan perjuangan Allahyarham demi agama, bangsa dan tanahair.

1 comment:

Anonymous said...

la ni musim orang mintak ADUN atau AP meninggal dunia bagi mengadakan PRK maka dapatlah peduduk tempatan tersebut bersukaria dengan kedatangan berbagai handper dan hadiah berupa wang perojek mee segera dan sebagainya.