Followers

Saturday, March 26, 2011

Mereka di satukan oleh video seks.

Ramalan saya PR menghadapi masalah dalaman - atau retak sedang menanti belah - nampaknya tertangguh. Kini mereka kembali bersatu dalam memperjuangkan kezaliman BN. Anehnya, PAS, PKR dan DAP disatukan oleh sebuah rakaman video seks.

Tindakan Dato T dikritik oleh pembangkang dan orang kuat BN sendiri. Ada teori mengatakan ini merupakan helah Anwar untuk mengalih perhatian umum dari isu DNAnya. Dan Anwar juga kembali mendapat simpati kebanyakkan Melayu yang sensitif dalam hal-hal membuka aib orang. Nolstalgia sentimen 'mata lebam' kembali memberi kelebihan kepada PR. Sejak 1998 hingga kini, kepentingan politik Melayu oleh pembangkang hanya berkisar disekitar hal-hal peribadi Anwar bin Ibrahim.

Maka turun pangkatlah ahli politik kita dari bertaraf dunia membahas hala tuju pembangunan kepada soal air mani, bulu, DNA, rakaman seks dan sebagainya. Satu pihak menyerang dan satu pihak menafi. Semua berlegar soal seks, luar tabii atau dalam tabii. Dan Anwar sendiri 'merelakan' hal ini asalkan menguntungkan politiknya. 

Sejak awal lagi, Datuk Seri Najib menafikan penglibatan UMNO dalam soal video seks. Tindakan trio tiga Dato' dan yang paling menonjol rekod dalam UMNO iaitu Rahim Tamby Chik bukan strategi UMNO. Anwar sudah hampir checkmate dengan DNAnya. Video seks ini sebenarnya menjadi liabiliti kepada BN.

Retak antara DAP dengan PAS, dan 'elegence silent' Presiden PAS Haji Hadi yang selama ini jarang menyatakan pendirian terhadap akhlak Anwar tiba-tiba berubah. Selama ini kita hanya melihat Nik Aziz yang membela Anwar kerana puak Erdogan dalam kem Nik Aziz, kini dengan garang dan lantang Haji Hadi juga sudah menunjuk simpati beliau kepada Anwar. Baca sini.

Jika Troy mendengar nasihat Hector supaya jangan menyerang tentera Greek dipantai, Achilles sudah tentu meninggalkan pakatan Liga Greek. Namun atas nasihat yang salah, Prem menyerang tentera Greek, dan terbunuh sepupu Achilles dalam serangan itu, menyebabkan Achilles kembali bersatu dengan tentera Greek yang lain. 

Rakaman video seks itu bukan kerja UMNO. Ianya satu blunder. Blunder kerana Rahim Thamby Chik mempunyai 'old score' dengan Anwar. Dan itu urusan personal mereka berdua. UMNO hanya terheret dek presepsi.

Namun PR kembali disatukan oleh rakaman itu. Anwar memang licik.




2 comments:

Anonymous said...

ANUgerah tuhanlah katakan......ALLAH DAN RASUL SERTA KEMALUANNYA SUDAH TIADA HARGA SEBAB ITU MAKHLUK ITU SANGGUP BERBUAT APA SHJ. MAKA KITA YG BERNILAI INI WAJIB NILAI-MENILAILAH SEBELUM TERPERANGKAP....

N A U Z U B I L L A H.....

Jeepers Creepers said...

sebab itulah saya x suka nak cerita fasal video ni..tak pasal pasal umno kena balik..tapi benda dah jadi..xley wat apa dah.