Followers

Saturday, March 5, 2011

Malam Akhir.

Malam ini merupakan malam terakhir kempen PRK Kerdau dan Merlimau.

Bagi saya sebagai orang Pahang lebih menekankan PRK Kerdau. Melalui blog rakan-rakan, saya merasakan Merlimau juga dalam keadaan selesa. Kerdau insyaAllah dalam genggaman BN lagi. Melihatkan isu yang diangkat oleh PAS, nampak PAS ketandusan isu dikubu kuat BN ini.

PAS tidak mengharapkan menang. Jika mereka ingin menang, atau berjuang bersungguh-sungguh mereka akan meletakkan calon heavyweight mereka, Tuan Ibrahim Tuan Man. PAS hanya ingin mengurangkan undi BN, kerana dengan ketiadaan undi kaum Cina, PAS agak lemas. Ironi juga bagi parti yang memperjuangkan Islam, mengharapkan undi kaum yang majoriti bukan Islam.

Malah saya rasa kaum Cina Islam seperti Ridhuan Tee akan mengundi kerajaan BN, walaupun PAS mendakwa mereka menekankan Islam dan bukan bangsa. Satu lagi hipokrasi PAS apabila 12 resolusi baru-baru ini, kepentingan Melayu mereka tekankan seperti UMNO juga.

PAS makin hilang punca, mahu menjadi Islam atau nasionalist walhal menjadi nasionalist tidak bertentang dengan akidah pun. Ini kerana mereka menuduh UMNO tak Islamik kerana nasionalist. Sekarang mereka ingin bercakap soal perjuangan bangsa Melayu pula.

Kata Shidee: 'Sayang semuanya sudah terlambat'.

No comments: