Followers

Thursday, March 3, 2011

Doa

Kita sering berdoa memohon sesuatu dari Yang Maha Kuasa. Doa adalah senjata orang mukmin. Kita boleh minta apa saja untuk kebaikan dalam doa kita, satu permohonan yang dibuat oleh hamba kepada Khaliknya. 

Dalam posting terdahulu saya upload gambar 'doa' PAS yang minta Allah menghancurkan UMNO. Mengapa tidak didoakan sahaja UMNO dan PAS boleh bersatu sebagai bangsa Melayu yang beragama Islam. 

Doa juga personal dan kita boleh minta apa saja. Namun doa juga mencerminkan hati nurani kita. Pembaca boleh menilai sendiri hati kita ikhlas atau tidak dalam berdoa. Setiap Islam bersaudara dan Rasulullah sendiri sering berdoa untuk musuh-musuhnya agar menerima Islam.

Antara 'musuh' Islam yang memeluk Islam kerana doa baginda adalah Umar Al Khatab.

PAS pula minta Allah hancurkan saudara seIslamnya. Mereka lebih rela mendoakan kesejahteraan DAP dari saudara UMNOnya yang sudah tentu Islam. Di bawah ini ada sebuah doa yang ditag oleh sahabat saya saudara KMK dalam Facebook. Menarik juga doa blogger PAS yang membuat umrah ini. Mari kita lihat:



Mengapa doa begitu ya sahabat, mengapa tidak didoakan sahaja mereka menerima hidayah dan minta Allah redha dengan mereka? 

Saya pula seorang peminat Chairil Anwar, penyair Angkatan 45 yang meninggal dunia ketika berumur 28 tahun. Beliau menulis sebuah sajak yang bertajuk 'Doa' yang dipopularkan oleh Allahyarham Zubir Ali. Mari kita dengar.



Doa sebeginikan ikhlas walaupun Chairil Anwar bukan seorang ulama. Ikhlas keluhan seorang hamba yang cuba mencari keredhaan Allah. Tidak minta Allah pecahkan perut sesiapa.

Allahyarham Chairil Anwar, penglopor Angkatan 45

Dan mari kita baca sajak terakhir Chairil Anwar yang bertajuk 'Yang Terampas dan Yang Putus'. Bait-bait terakhirnya sesuai untuk PAS. Dan ini bukan doa, sekadar menikmati keindahan karya seni:

"Hidup hanya menunda kekalahan,
Tambah terasing dari cinta sekolah rendah,
Dan tahu ada yang tetap tidak diucapkan;
Sebelum pada akhirnya kita menyerah."

Calon kitar semula? Tidak perlu pengetahuan agama untuk menjadi wakil rakyat Kerdau? Calon meragukan di Tenang dan Merlimau? Sajak ini sesuai untuk memberi gambaran keadaan PAS sekarang.

Al Fatihah untuk Chairil Anwar dan Zubir Ali yang telah pulang ke Rahmat Allah.




1 comment:

Abu said...

Org. Berilmu belum tentu beriman, org beramal belum tentu diterima Tuhan