Semalam, saya tertarik dengan tulisan Outsyed The Box di bawah posting: 'The Daddy-kasi Generation'. Sebenarnya beliau mengulas tulisan kolumnis STAR: Dina Zaman,
Dina Zaman mengkritik generasi Malaysia yang bermewah dan 'show off'' bukan dari hasil titik peluh dan kerja kuat, tetapi harta benda warisan ibubapa mereka. Dan warisan itu juga bukan dari hasil kerja kuat ibubapa mereka, tapi hasil dari 'patronage' dan 'rent-seeker' mentality.
"IF in the past all roads led to Rome', kata Syed Akbar Ali, "in Malaysia, all the easy money leads back to the Gomen".
Bravo!
Ini antara realiti yang berlaku di Malaysia, dan masih berlaku. Kata Dina Zaman:
"If you do not have the right political connections(no use getting chummy with a state assembly man unless if he can really pull strings), corporate network and an illustrious family, you might as well chuck your dreams aside."
Homo Novus dalam bahasa latin secara harfiah bermakna: "orang baru". Pada permulaan Rom sebagai sebuah negara yang belum menjadi empayar, Rom mempunyai struktur 'kebangsawanan' dan aristokrat yang unik. Selepas membunuh raja terakhir mereka, Rom bukan lagi feudal seperti di zaman medieval.
Mereka adalah republik tetapi sarat dengan aristokrat yang membuat segala keputusan. Senat dan senator adalah nadi kepada politik Rom. Dan golongan yang menjadi senator adalah keturunan senator, dari 100 senator awal yang dipanggil 'patres' atau father kerana sememang mereka adalah bapa kepada anak-anak bangsawan Rom.
Keluarga-keluarga besar seperti Brutus,Cato, Cinna, Scipio, Julian dan sebagainya mendominasikan politik Rom. Kemudian, muncul Marius, orang biasa yang tiada connection politik, bukan dari nama keluarga besar, the outsider(di Rom, outsider bermakna bukan dari keluarga senator - Pompey dan Julius Caesar optimate atau bangsawan tetapi outsider).
Marius sebagai orang biasa telah mereformasikan sistem ketenteraan Rom. Dari hanya hastati, principe dan trirari; Marius telah menjadikan mereka sebagai cohort, unit penting dalam sesuatu legion. Marius berjaya menjadi consul sebanyak 7 kali, satu pencapaian yang tak mampu ditandingi walaupun golongan bangsawan Rom.
Marius adalah homo novus, atau 'new man'.
Di Malaysia, Tun Mahathir merupakan homo novus. Beliau memecahkan tradisi golongan aristokrat untuk menjadi PM. Beliau PM pertama belajar di universiti tempatan, bukan dari connection MCKK, anak seorang guru dan bukan bangsawan.
Saya akui, dalam sistem yang dibincangkan oleh Syed Akhbar Ali dan Dina Zaman, amat susah bagi homo novus untuk 'breakthrough'. Tapi saya percaya setiap Melayu perlu berubah menjadi homo novus.
Sebagai homo novus, mereka perlu membuang tabiat buruk nenek moyang mereka - suka dinaungi, suka disponsor, pak turut,taksub dengan tahyul dan dogma agama.
Homo novus perlu mempunyai ciri-ciri yang bertentangan dengan itu - berdikari, berfikiran rasional dan logik, cintakan ilmu, dan merdeka dalam berfikir.

1 comment:
AKU HENSEM
Jangan dilupa homo novus juga bersikap revolutionary
Post a Comment