Followers

Tuesday, November 10, 2009

Penguasa Agama

Saya rasa saya perlu menulis lagi tentang kemelut 'polemik' Dr. MAZA dengan beberapa penguasa agama. Selepas penangkapan beliau, berbagai-bagai pihak memberi penerangan dan kenyataan. Isu penahanan Dr. Asri bukan besar, beliau hanya seorang individu yang berilmu yang dinafikan hak mengajar oleh penguasa agama.

Disebalik tidak besarnya isu ini, berbagai kepincangan dapat dilihat terhadap mentaliti dan dasar 'tutup pintu' golongan penguasa agama, atau ulama atau authority agama. Berbagai kenyataan yang mengelirukan juga timbul dan ramai orang Islam makin keliru dengan Islam yang sepatutnya mudah dan simple.

Dr. Mashita mempertahankan tindakan JAIS dengan hujah, tauliah merupakan amalan sejak zaman Syadina Ali lagi. JAIS sendiri mempertahankan tindakan mereka apabila menyediakan peruntukkan undang-undang yang dicipta manusia.

Sementara Menteri Besar Johor pula mengeluarkan kenyataan di Johor tidak perlu tauliah dan siapa-siapa boleh mengajar asal berlandaskan ajaran Islam.

Banyak sungguh pendapat dan saya tahu ramai yang keliru. Soalnya, individu yang ditangkap bukan seorang Ayah Pin, Ashaari Muhamad atau Rasul Melayu cuma berbeza pandangan dari segi feqah dan dalam banyak hal menangani kemelut penguasa agama yang tidak efficient.

Islam agama mudah. Al-Quran yang diturunkan juga mudah difahami dan untuk dijadikan panduan. Jika kita kembali ke zaman Rasulullah, apabila Muaz bin Jabbal dihantar oleh Rasulullah ke sebuah kampung dan bertanya bagaimana cara sepatutnya beliau memutuskan hukum yang tidak jelas dalam Quran dan sunnah Rasulullah, baginda menyatakan gunakan ijtihad Muaz.

Jelas ijtihad tidak salah selagi berpandukan Al-Quran dan sunnah. Kebetulan Islam di Tanah Melayu ini dibawa oleh pengikut Imam Syafii maka mazhab ini menjadikan kita jumud dan taklid. Apa jadi jika mazhab Hanafi di ikuti oleh nenek moyang kita? Adakah kita akan menutup pintu kepada mazhab Syafii pula?

Ini menunjukkan kita tidak mengikuti ajaran Rasulullah yang meminta kita kembali ke Al-Quran dan Sunnah, malah terlebih-lebih fanatik dengan mazhab sendiri. Islam agama progressif dan kita tidak boleh menutup pintu kepada pendapat baru - selagi ianya tidak bercanggah dengan akidah.

Ketika Imam Syafii diikuti ramai, beliau pernah cuba dibunuh oleh pengikut Imam Hambali yang terlalu fanatik dengan mazhabnya. Sejarah nampaknya berulang lagi di sini apabila kita menutup pintu kepada apa-apa reformasi baru kerana jumud dengan ajaran lama sedangkan Islam agama universal dan Al-Quran bukan menjadi panduan berdasarkan ijtihad ulama silam sahaja.

Malah Dr. Mashitah sendiri mengakui tidak ada salah ajaran Wahabi kerana penguasa Mekah dan ramai Islam Arab Saudi menganut ajaran itu. Kalau tidak salah mengapa hendak disekat? Ada pula ulama lain kata Wahabi bukan ahli sunnah wal jamaah dan ini mengelirukan lagi umat Islam.

Dr. Asri sendiri menafikan dia bukan berpegang mazhab wahabi dan bertanya apa wahabi itu. Bagi saya, penguasa agama perlu bertoleransi dengan banyak pendapat samada mengikut fahaman tradisional atau tidak. Menangkap seorang yang tidak berbahaya yang berceramah di rumah persendirian dengan 30 anggota polis dan 20 penguasa JAIS sangat tidak perlu jika hanya hendak tunjuk kuasa sahaja.

Kemudian selepas ditangkap, tidak ada tuduhan pula yang dibuat. Ini bukan sahaja mencabuli hak seorang pedakwah, malah mencabuli hak asasi seseorang. Ditangkap, tidak dikenakan tuduhan dan jika ini berlaku JAIS boleh menangkap sesiapa sahaja kerana tidak perlu menyediakan peruntukkan undang-undang mengapa dia ditahan. Kelemahan ini memalukan kerana memang penguasa agama terkenal tidak cekap melaksanakan tugas.

Jika kita bimbangkan akidah penganut Islam dari terpesong, adalah kerja penguasa agama untuk 'educate' umat Islam dengan akidah yang betul dari menangkap orang khalwat, minum dan menyerbu kedai-kedai ekor.

Mereka juga perlu menyelesaikan segera masalah isteri teraniaya yang tidak diceraikan dan memudahkan urusan perkahwinan jika mereka ingin dihormati. Ramai anak muda yang lebih rela bersekedudukan kerana proses kahwin dan belanja sangat tinggi dan ini menjadi kewajipan mereka menjadi lebih pro-aktif dalam mendidik mereka. Menangkap khalwat tidak akan menyelasaikan masalah.

Dan akhir sekali, saya bimbang dengan kuasa yang diberi kepada mereka, mereka menjadi seperti institusi agama Kristian yang mana Bishop dan Cardinal sangat powerful untuk 'excomunnicate' sesiapa yang mereka rasa perlu - termasuk musuh politik mereka.

Jika ini berlaku, kita menggunakan agama untuk berkuasa dan sangat menyimpang dari ajaran Rasulullah. Wallahualam bissawab.

4 comments:

AiNeRzA said...

Kalo perasan...isu ni senyap begitu sahaja...JAIS tetap mempertahankan kebenaran mereka...apa yg benar pun tak tahu la...itu la akibatnya kalo bertindak tidak mengikut akal fikiran...bertindak mengikut kuasa yang akhirnya memburukkan nama sahaja...

Samad said...

Jais & Dr. Asri tu 2x5 je... sama-sama EGO.

Anonymous said...

adakah perkara ini berkaitan dgn politik ...

Tok Ngah said...

Dr. MAZA bukan mangsa pertama. Sebelum Dr. Asri, Ustz Rasul Dahri pun dah pernah kena tangkap. Malah ramai lagi tokoh muda aliran salafi di bankan oleh JAIS.
JAIS bukan satu-satunya badan yang memusuhi aliran salafi (wahabi???) Yang namanya jabatan islam banyak memusuhi aliran salafi. Johor, Pahang, Perak, Negeri Sembilan and so on.
UMNO atau PAS atau PKR? Selama mengikuti golongan ini mereka tak pernah pilih bulu. Pati politik mana agaknya yang jadi dalang??
Sekarang ni zaman siapa ada kuasa dialah yang benar. Tapi kena ingatlah kuasa tidaklah kekal selamnya..............