Followers

Saturday, July 31, 2010

Siapa J. Lo?

 The young upstart - Jho Lo.


Tiba-tiba dia menjadi sensasi. Lupakan Jenifer Lopez. J. Lo bukan Jenifer Lopez. Selepas ini akhbar perlu hati-hati menyingkatkan J. Lo kerana ianya bukan ekslusif untuk Jenifer Lopez lagi. Jika Jenifer Lopez jelita, slim, curvy dan wanita, J. Lo ini segalanya opposite - tak hensem, chubby, gempal dan lelaki. Dia adalah 'new most powerful 28'. Dia adalah Jho Lo.

Datuk Marina Mahathir telah menggariskan beberapa pelajaran yang tidak diajar oleh Harvard Business School, tetapi rahsia kejayaan J. Lo sebagai the young upstart. Baca sini.

Goodbye KJ, your time is up. Now new comer enter the horizon. Tapi ada juga persamaan resepi mereka. Jika KJ ada Tun Dol, tapi J. Lo ada  Empress Dowager. He even organised and threw party for Her Excellency. Baca sini.

Dato' Sakmongkol juga minta kita lupakan DEB atau MEB. Jika PM terlalu kusyuk meningkatkan pendapatan rakyat, nah cara J. Lo merupakan contoh. Baca sini. Sesiapa yang boleh belajar dan praktikkan cara J.Lo ini, saya gerenti dia akan jadi billionaire sebelum 30an.

Saya yakin sebagai seorang Cina, J. Lo tidak bercita-cita untuk menjadi PM sebelum berumur 40an. Mungkin dia tidak bercita-cita menjadi presiden MCA atau DAP pun. Dari segi ini dia lebih bijak dari Khairy.

Akhirnya, PM walk the talk. 1Malaysia membuka kekayaan kepada siapa sahaja yang rapat dengan Empress tanpa mengira bangsa.

Datuk Ti Lian Ker, jadi-jadi lah complaint orang Melayu rasis, kesian Ibrahim Ali dan Perkasa.

1 comment:

Anonymous said...

Salam STB,


Realiti nya begitu , bagaimana harapan masa mendatang? apa impak kepada generasi mendatang. STB ulaskan.