Followers

Friday, July 30, 2010

Guru Berpolitik dan Daftar Pemilih.

Ketua Setiausaha Negara telah mengeluarkan arahan membenarkan guru gred 41 hingga 48 dibenarkan berpolitik. Tidak ada apa yang mengejutkan saya pun. Seperti halnya judi bola, guru tetap berpolitik walau adanya larangan. Memberi kebenaran hanya formaliti sahaja. 

Sambutan yang menggalakkan bila guru dibenarkan berpolitik. Kedua pihak samada pembangkang dan kerajaan menganggap kebenaran ini memberi kelebihan kepada mereka. Tiada kajian yang empirical dijalankan untuk mengetahui siapa sebenarnya untung. Kerajaan menganggap mereka untung kerana guru tulang belakang UMNO sebelum larangan dikenakan pada tahun 1990. Namun zaman sudah berubah sekarang ini.

Saya berpendapat, ada isu yang lebih menarik untuk diliberalkan. Saya berpendapat, benarkan sahaja sesiapa yang berumur 21tahun ke atas untuk mengundi tanpa pergi daftar pemilih. Seperti guru, kita juga tidak tahu siapa yang untung dalam cadangan ini tetapi zaman teknologi maklumat ini, kurangkan birokrasi dalam banyak hal termasuk daftar memilih. 

SPR boleh berunding dengan Jabatan Pendaftaran dan mengambil rekod bakal pengundi di situ. SPR hanya perlu wartakan sahaja semua warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas layak mengundi. Oleh kerana Melayu majoriti di negara ini, yang akan untung Melayu juga. 



1 comment:

Anonymous said...

Baik cadangan ni, boleh majukan kpd PM