Followers

Wednesday, July 28, 2010

Dunieq Tork Tau Maluq

 
 Baik PAS atau UMNO - hanya parti yang ingin memerintah.

 Saya dah muak melihat bagaimana isu perpaduan Melayu ini diperkatakan. Politik Melayu memang dangkal. Bukankah parti kaum Cina seperti  DAP, Gerakan dan MCA juga mengadakan pertemuan? Mengapa tidak sekecoh dua parti Melayu ini. PAS masih bercakap besar dan angkuh seolah-olah mereka sendirian boleh memenangi pilihanraya. Dari segi pedigree, PAS masih belum dapat menyamai UMNO yang mana masih mendapat sokongan dikalangan orang Melayu. Mungkin ada sedikit goyang, tetapi UMNO masih menguasai 78 kerusi parlimen. Berapa PAS ada?

Seorang mufti yang tidak ada kepentingan politik cuba membawa dua parti Melayu ini semeja dikata, difitnah dan dinista. PAS tanpa segan silu menjadikan mufti berkenaan seperti objek politik. Mereka tidak lagi cuba memahami niat asal ulama berkenaan. Jika PAS menolak kerjasama dengan UMNO, tidak perlu memburuk-burukkan UMNO dan mufti berkenaan. Katakan sahaja tidak minat, dan tutup buku.

PAS bukan parti demokratik dan liberal. Imej demokratik dan liberal yang cuba ditunjukkan oleh mereka hanya make up untuk mengelirukan pengundi bukan Islam. Apabila dua Naib Presiden PAS iaitu Salehudin Ayub dan Mahfuz Omar tanpa segan silu membelasah mufti Perak, Dewan Ulama PAS dan Mursyidul Am PAS sendiri mendiamkan diri. Umum mengetahui, Nik Aziz orang yang sangat menentang sebarang kerjasama dengan UMNO. Kegagalan beliau mendisiplinkan dua Naib Presiden yang 'kurang masak' ilmu agama ini membuktikan PAS tidak menghormati pandangan ilmuwan Islam diluar kelompok mereka. Ini sebenarnya assabiyah.

Khalid Samad, seorang yang menunjukkan imej liberal dalam soal isu khalimah Allah dan gereja, tidak pula seliberal itu dalam menangani perbezaan pendapat dalam hal politik. Beliau minta PAS memecat sesiapa yang mengusahakan ke arah perpaduan. UMNO dan PAS tidak perlu bersatu. Cukup sekadar bersetuju dalam hal-hal yang melibatkan Islam. Perbezaan pendapat umat Rasulullah merupakan hikmah, jika diguna dengan kepala yang bijaksana. Namun ia malapetaka dengan cara berfikir 'katak bawah tempurung' pemimpin PAS.

Kita lihat bagaimana DAP dan MCA berpolitik. Dalam isu yang menguntungkan kaum Cina, mereka boleh bersama atau paling tidak mendiamkan diri. Tidak seperti pemimpin PAS yang menanamkan kebencian terhadap apa saja yang berbau UMNO. Bila politik berasaskan kebencian, maka ahli-ahlinya tidak boleh nampak rasional sesuatu isu berkenaan.

Apa yang saya nampak, ada keresahan dikalangan beberapa pemimpin PAS yang menyedari mereka sedang diperkudakan oleh DAP. Seperti YB Zulkifli Nordin yang resah jiwanya dalam PKR apabila melihat kepentingan Islam dan Melayu dijual beli, sudah tentu beberapa pemimpin dalam PAS yang rasional merasakan perlu ada hubungan 'diplomatik' dengan UMNO. Niat asal mufti Perak untuk tidak mendedahkan nama pemimpin PAS berkenaan bertujuan untuk menyelamatkan beliau dari menjadi mangsa fanatik orang-orang PAS ini. Niat baik beliau sebagai ulama dan apolitical Islamic leader di keji oleh media PAS sendiri. 

Tanpa sega silu, Mahfuz Omar minta Mufti berkenaan minta maaf kepada orang PAS kerana mengadakan pembohongan tentang niat kerjasama dengan UMNO. Baca laporan Harakah disni. Kekerasan Naib Presiden PAS yang 'tak ngaji tinggi' ini mendapat teguran dari Mohd Sayuti Omar. Beliau menyatakan keresahannya kerana PAS - tidak sesuai dengan imej Islamnya - membelasah seorang non political ulama tanpa segan silu. Beliau risau ini akan mengurangkan hormat orang Islam lain terhadap parti ini. Dan sememangnya ramai orang Islam meluat melihat Islam versi PAS - hanya benar jika menguntungkan politik mereka sahaja. Baca huraian MSO disini.

Baca juga blog Penarik Beca disini Apa yang menarik, ulasan Nik Aziz  "bagi menjaga kepentingan Melayu, PAS lebih berkemampuan kerana ia merangkumi kehidupan didunia dan diakhirat". Bagaimana kemampuan PAS, mari kita lihat:

 
Begini?



Atau begini?

Dalam keadaan ekonomi Malaysia yang teruk, FDI kita merundum, PAS hanya tahu politik, politik, politik. Saya teruja untuk mengetahui apa fikiran pelabur melihat perangai penyokong PAS ini.

Meminjam kata-kata dari blog Urang Drulug: "Dunieq tork tau maluq"(Dunia tak tahu malu)








2 comments:

headbomb said...

pas memang begitu.. dari dulu macam tu.. cakap huhu hebat.. keje cam lahabat... bile nak perang cakap hebat sampai musuh leh dikalahkan dengan jentik jer... tapi bila perang bermual dia cabut lari.. itulah pas..!!! TAK SEDOR DIRI LAGI...

buletin pahang said...

sudah jauh menyimpang dr perjuangan asal yg kononnya untuk memperjuangkan Islam malah sekarang rela jadi kaldai tunggangan org yg terang-terangan menolak Islam. Telah merasa ujub dgn diri sendiri hinggakan apa yg diperkatakan oleh org lain salah belaka walaupun ianya benar malah membenarkan apa yg diperkatankan oleh musuh Islam..